View: 1469|Reply: 4
|
Sejam setengah potong cincin lekat di jari wanita
[Copy link]
|
|
BINTANGOR: Seorang wanita berusia 38 tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam setelah cincin yang dipakainya pada jari manis tangan sebelah kirinya, tersekat.
Situasi tersebut turut menyebabkan jarinya bengkak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata kesakitan tersebut telah menyebabkan wanita terbabit terpaksa datang ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan cincin tersebut dari jari tangannya.
"Berikutan itu, pihak klinik telah memohon bantuan daripada bomba untuk mengeluarkan cincin tersebut. Sejurus menerima panggilan tersebut, dua anggota dikerahkan ke klinik terbabit untuk memberikan khidmat khas memotong cincin berkenaan.
"Anggota bomba bertugas menggunakan 'ring cutter' bagi memotong dan mengeluarkan cincin tersebut dari jari mangsa," kata Nicholas dalam kenyataan kepada media, semalam.
Menurut Nicholas, usaha memotong cincin berjalan lancar.
"Bomba telah mengambil masa setengah jam untuk memotong dan mengeluarkan cincin tersebut dari jari mangsa," ujar Nicholas lagi.
credit to
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik boleh dibuka..selamat jari
Hai Fc
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi
Mengapa yer ramai nak paksa2 juga cincin ke jari yang tak muat ...
atau tak tanggalkan bila terasa jari tu dah mula berisi dan cincin semakin ketat
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau sendat, naper la nk pakai lg. Sakit wo |
|
|
|
|
|
|
|
haaa itu la tak paham...
kalo rasa dah susah atau dah agak ketat... jangan la pakai lagi...
kalau dah sampai terpaksa guna sabun nak keluar kan ... jangan pakai lagi...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|