CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: zakonah

Kisah Aku si Zakonah

[Copy link]
Post time 7-9-2020 04:59 PM | Show all posts
sambung la lagi tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2020 06:21 PM | Show all posts
Rabu ni baru start membaca..sambung la kasi Panjang sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2020 10:50 AM | Show all posts

Akan disambung. Tengah cuba mengimbas kembali. Banyak yg dah lupa laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2020 10:51 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 7-9-2020 06:21 PM
Rabu ni baru start membaca..sambung la kasi Panjang sikit

Cerita aku memang pendek-pendek dan tak la seram sangat. Nanti aku tambah lagi cerita
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aza replied at 3-9-2020 05:38 PM
selamber je tido ngan boiprennn..

Langsung tak seram.tapi gerammmm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2020 09:01 AM | Show all posts
Belibis replied at 12-9-2020 07:35 PM
Langsung tak seram.tapi gerammmm.

rilek aaa..takyah nk geram. korang tak buat gitu oklah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2020 11:33 AM | Show all posts
Bunyi Kat Atas Atap
Kisah kali ni kisah aku melawat keluarga arwah kawan baik aku dan at the same time aku couple dgn adik dia. Masa tu baru lepas seminggu arwah kawan baik aku ni meninggal sebab accident yg amat mengerikan. Aku kenal adik dia pun dari si abang dia ni jugak. Kitorang memang kamceng la dari dia bujang sampai dia kawen. Tapi tu la umur dia tak panjang.

So aku plan untuk pegi melawat keluarga dia lepas seminggu tu. Plan asal aku nk tido hotel je. Tak nak la menyusahkan family dorang plus masih bersedih. Tapi mak bapak dia kata stay je la kat rumah dorang. So aku akur je la cakap orang tua. Kawasan rumah dorang ni memang kena lalu ladang kelapa sawit bagai. Tapi bukan felda. Kawasan rumah tersusun rapi tepi jalan. Memang cantik dan kemas kawasan kampung dorang ni.

Masa aku sampai tu dah malam. Dah berkenalan dengan keluarga bf / kawan baik aku ni, dorang suruh aku rest dan tidur kat bilik adik perempuan dia. Single bed. Kat tepi kepala katil tu ada tingkap kayu. Rumah batu tapi tingkap kayu macam rumah lama. Kawasan tepi rumah banyak pokok-pokok yg tinggi dan besar. So suasana memang sangat gelap kat luar tu kalau jiran-jiran or rumah tu pasang lampu kat luar. Keadaan siang hari memang redup je. Sejuk je sebab banyak pokok. Memang bersih dan best suasana kampung tu.

Sebakan dah lewat malam, semua pun masuk tidur. Aku yang penakut ni memang tidur tak suka on lampu tapi aku bukak sikit pintu supaya ada cahaya samar-samar dari luar tu masuk ke dalam. Si bf dan abang dan anak bini dia tido kat hall sebab melepak tengok tv pastu terus membuta. Tengah aku elok tidur, tetiba aku rasa keadaan gelap gelita dan ada orang berdiri sebelah katil aku. Besar dan hitam. Tak lama lepas tu aku rasa berat. Aku tak boleh bergerak. Tak boleh menjerit. Tak boleh buat apa. Aku cuba baca apa yg patut tapi semuanya hilang. Semua blank. Aku cuma mampu sebut dalam hati Allahuakhbar. Aku cuba lawan. Lama jugak keadaan aku gitu. Bila aku berjaya bangun, meremang bulu roma aku. Cepat-cepat aku lari keluar bilik kejut bf aku. Dia bangun dan masuk bilik tengok keliling. Pastu dia bukak tingkap bilik tu dan berdehem 3 kali. Pastu tatau apa dia baca. Dia kata takde apa-apa. Aku cakap aku takmo tidur kat bilik. Atlast, aku keluar sambil heret bantal aku tido kat sofa ramai-ramai dengan yg lain.

Kejadian tu takde kitorang citer kat mak pak dia. Cuma bila kena tanya oleh abang dan kakak ipar dia aku cuma cakap aku tak biasa tidur rumah orang jadi aku takut tidur sorang hahahahahha. Actually bapak dia ni pandai mengubat orang sikit-sikit. More kepada mengubat budak-budak kecik yg sawan ke tersampuk ke. So siang tu activity melepak kat rumah je la takde apa sangat. Aku memang suka sangat suasana keliling rumah dia. Memang best dan aku terus lupa pasal kisah semalam tu. Dan bila malam muncul lagi. Aku buat-buat berani je la. Tidur lagi kat bilik macam malam sebelum tu. Sekali tengah lena, aku terganggu dengan bunyi-bunyi kat atas atap rumah pulak. Bunyi orang berjalan la. Berlari la. Mencakar la. Pastu ditambah pulak dengan bunyi burung hantu. Eh dah kenapa ni. Kacau betul aku tengah lena. Tapi aku takde fikir apa-apa pun yg bukan-bukan. Tapi makin lama makin seram pulak aku dengan bunyi burung hantu tu makin lama makin kuat je aku rasa. Lagi sekali aku keluar bilik kejut bf aku cakap aku takleh tido. Aku kata ada macam-macam bunyi. Dia pulak kata takde bunyi apa pun. Ok je sunyi sepi. Tapi dia bangun jugak dan masuk bilik ambikkan aku bantal dan selimut. Tido lagi kat sofa beramai-ramai hahahahahahahah.

Aku bangun pagi buat-buat muka takde jadi apa-apa jadi semalam. Sekali si bapak datang kat tepi aku. Dia kata "semalam tu bunyi monyet je, takde apa-apa. burung hantu tu pun biasa je berbunyi belah malam". Eh! apasal dia tau aku dengar bunyi-bunyi tu. Anak dia kata takde bunyi apa pun semalam. Something is not right ni dalam hati aku kata. Ini tak boleh jadi ni. Aku tanya lagi kat bf aku. Dia kata takde pun bunyi. Burung hantu memang ada je datang selalu kat kawasan rumah dorang tu tapi jarang la berbunyi. Hhuuhhuuhhuhu aku nak nangis dah masa tu. Dan akhirnya untuk malam terakhir tu aku pasrah pegi check-in kat hotel berdekatan dengan bandar. Dengan alasan senang aku nk balik ke airport esok walaupun bf aku jugak yang hantar bukannya naik teksi pun. Barulah lena aku tido kat hotel walaupun sorang-sorang ahhahahahahah.

Dah tamat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2020 12:08 PM | Show all posts
nice.. tambah lagi.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055462 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list