Edited by gigahertz at 8-7-2020 03:05 AM

KADANG-kadang dalam seminggu saya baru dapat satu tawaran untuk belikan barang. Tawaran untuk cuci rumah juga ada satu."Alhamdulillah, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah dan tak pernah mengeluh. Setakat makan untuk saya seorang memang tiada masalah," kata juara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan, 52, yang kini melakukan kerja mengambil upah membeli barang keperluan harian dan mencuci rumah.Alina ketika dihubungi berkata, dia juga cuba menjual rendang dan mendapat komisyen sebanyak 10 peratus. Sebelum ini dia ada menjual jubah dan jualannya habis tetapi tiada stok baru pula.Terdahulu, kisah Alina menjadi tular ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila dia kehilangan mata pencarian sehingga melakukan kerja mengambil upah membeli barangan keperluan harian bagi penduduk di sekitar tempat tinggalnya di Setapak.Sebelum PKP dilaksanakan akibat penularan wabak pandemik Covid-19, dia bekerja sebagai tukang cuci, mengambil upah mencuci dan melipat pakaian serta mengasuh kanak-kanak selain turut menerima undangan nyanyian.Alina yang tidak memiliki kenderaan mengerah keringat untuk menghantar barang yang dipesan dengan berjalan kaki lebih dua kilometer setiap hari.Menerusi pendapatan ini, dia yang menyewa sebuah bilik di rumah kedai mampu mengisi perut dengan membeli nasi bajet berharga RM3 yang mengandungi telur dan sambal.Alina berkata, sejak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan, dia makin kurang mendapat tawaran mengambil upah membelikan barangan.Alina juga bersyukur kerana sehingga kini dirinya masih mendapat perhatian daripada persatuan artis tanah air yang memberikan bantuan berupa keperluan makanan. Dalam pada itu, dia juga tidak berani lagi mengadakan persembahan secara langsung di Facebook selepas mendapat amaran berkaitan hak cipta lagu. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Semasa beliau menjadi juara... i baru umur 10 tahun. mak i baru 39 bapa i baru 38 . masa tu kita orang tengah hidup susah waktu tu....proses nak pindah rumah dan mulakan idop baru . tapi kakak mak i ada sorang yang tak kahwin tapi ada rumah 2 biji. yang satu tu di korbankan pada kitaorang. siap renobation lagi. guna duit dia jugak. kitaorang duduk 10 tahun satu sen duit sewa tak bayar.......yang kakak mak i tu menempel pulak kat rumah kakak mak i yang satu lagi ( mak i ada 8 adik beradik ) Tapi bila i tengok balik hidup kak alina Hassan ni i jadi takut pulak. kalau ada saving KWSP / ASB bagai pun tapi simpanan gitu hari hari tarah untuk kegunaan seharian ( Kos sara diri ) habis jua akhirnya. Actually i a bit down sebab. dulu masa arwah atok idop ok je. bila atok i meninggal. i slowdown sikit. raya macam xde rasa. keadaan jadi worse bila parents i berpisah 4 tahun lepas. sebab bila dengan bapa i . selalu bapa i backup bende i buat. tapi dengan mak i . kalau dia jeling je ......habis la..... kebetulan pula . adik beradik i ramai perempuan. setau i kalau diorang dah kahwin segala bende nak buat atau perkara kena bincang dulu dengan suami kan ? Since kalau mereka dah berkeluarga & Beranak pinak of course la kena utamakan tanggungan sendiri dulu kan ? So apa persediaan korang semua nak hadapi isu begini? bende yang kita sembang ni bukan sekarnag nak jadi. tapi akan datang.kecuali la kalau WWW3 meletus ...boleh bukak thread lain.
|