CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2284|Reply: 15

Tasik Titiwangsa-baru buka 5 jam dah jadi mangsa vandalisme

[Copy link]
Post time 16-12-2019 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 16-12-2019 05:33 PM

5 jam dibuka terus jadi sasaran vandalisme

TINJAUAN orang ramai di Taman Tasik Titiwangsa. - Foto BERNAMA

Oleh Samadi Ahmad

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan kesal dengan perbuatan vandalisme terhadap beberapa kemudahan di Taman Tasik
Titiwangsa di ibu negara yang baharu dibuka kelmarin.

Menterinya, Khalid Abd Samad, berkata perbuatan pihak terbabit tidak boleh diterima ketika ramai pengunjung memuji penampilan baharu taman awam berkenaan yang dibuka kelmarin.

Katanya lebih mengecewakan, perbuatan vandalisme itu berlaku lima jam selepas dibuka kepada orang ramai yang mana ia tidak patut berlaku.

“Kemudahan taman itu belum siap sepenuhnya dan masih ada satu atau dua perkhidmatan yang belum diselesaikan dan akan dibuka secara rasmi pada tahun depan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Peserta Program Pementoran Keusahawanan Start Up dan Scale Up dan Penyampaian Sumbangan Program Jom Balik Sekolah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Aminuddin Hassim dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) , Datuk Wan AhmadUzirWan Sulaiman.

Pada program itu Khalid turut menyampaikan sijil tamat kursus kepada 48 peserta dan penyampaian sumbangan Jom Balik Sekolah kepada 60 pelajar inisiatif kementerian dan agensi dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) membantu golongan keluargà B40 yang tersenarai dalam program e-Kasih di Putrajaya.

Kelmarin media melaporkan beberapa kemudahan baharu di Taman Tasik Titiwangsa yang baru dibuka lima jam menjadi sasaran vandalisme selepas ditutup sejak 1 September 2018 untuk kerja ubah suai.

Antara kerosakan yang dilakukan membabitkan papan tanda, buang sampah merata-rata dan penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen.

Khalid berkata, orang ramai yang berkunjung ke taman itu diminta menjaga keindahan serta kemudahan yang disediakan supaya ia boleh digunakan untuk jangka masa lama.
Menurut beliau, sebagai langkah keselamatan kementerian mengarahkan kawalan di taman itu ditingkatkan termasuk menambah jumlah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu bagi mencegah perbuatan vandilisme berterusan.

“Bagi yang ingin menjalankan perniagaan mereka seharusnya mengikut arahan dan datang ke pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan lesen,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2019 05:33 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 16-12-2019 05:36 PM

Bukan kat India ye..










Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:38 PM | Show all posts
Tak payah bukak senang.. memang berok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata budaya berok rakyat Malaysia semakin menulor
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 06:51 PM | Show all posts
Letak penguatkuasa ronda boleh terus kenakan denda pada mereka yang melakukannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:16 PM | Show all posts
hmmm....nak bersaing dgn penduduk tanah besar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang cctv
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup balikla.. until rakyat Malaysia layak.. bencilah perangai... dah jd satu keje pulak nak pungut... and harap adalah tong sampah yg senang nampak bukan hidden place
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Awek pailang??? what the..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat negara maju cctv diletak di public park sebab takut kejadian jenayah...ragut rogol etc....kat mesia sebab manusia bertukar jadik monyet...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:33 PM | Show all posts
Seperti yang dijangkakan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap ada swimming pool bagai, pikir 100 kali nk bagi anak berkubang ramai2 mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 11:53 PM | Show all posts
infra first class

mentaliti 3rd class country

sakai pprt selekeh n sewaktu dgn nye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Beruk Bandar.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
BODOH BETUL dah dapat kemudahan free kenapa tak jaga elok2. Sampah tu simpanlah. Dah balik rumah buang la. Perangai macam apa. Ni mentaliti tak pe, tak pe la ni. Aku rasa nak sumnat je balik sampah tu dalam mulut mereka2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 17-12-2019 12:05 AM
BODOH BETUL dah dapat kemudahan free kenapa tak jaga elok2. Sampah tu simpanlah. Dah balik rumah bua ...

Sure menurun Dari parents...asalkan Ada sampah campak je tepi longkang, luar kereta..asalkan jangan rumah atau kete sendiri yg kotor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056957 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list