KUANTAN - Sekumpulan pensyarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan di sini berjaya menghasilkan perangkap tikus canggih yang dilengkapi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) jika berjaya memerangkap haiwan perosak itu.
Pensyarah Fakulti CADD Senibina ILP Kuantan, Ahmad Ismail berkata, kajian untuk menghasilkan alat yang dinamakan 'Litter Mouse Trap' dilaksanakan sejak tahun lalu tetapi ia tidak dilengkapi dengan sistem SMS.
Menurutnya, namun pada tahun ini inovasi itu ditambah baik bagi memudahkan kerja mengesan tikus apabila memasuki perangkap terbabit.
"Kita sudah menaik taraf alat ini dengan menggabungkan sistem amaran melalui SMS dengan menggunakan 'Kit Interface SIM900D GSM Modul Board With Ardulo Mega 2560'.
"Pengubahsuaian litar juga dilakukan dengan memasang sensor infra merah. Ini bertujuan untuk mengesan apabila tikus memasuki perangkap berkenaan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ahmad berkata, apabila tikus memasuki perangkap itu, sensor infra merah akan menghantar maklumat kepada GSM modul sebelum menghantar SMS ke telefon pengguna.
"Jadi setiap kali tikus terperangkap dalam alat berkenaan satu pesanan akan dihantar menerusi telefon bimbit.
"Ini membolehkan pengguna mendapat tahu jumlah tikus yang masuk ke perangkap berkenaan," katanya.
Menurutnya, alat itu dihasilkan menerusi kajian bersama dengan Ruseman Sani Surin, 43, dan Mohd Hafiz Awang, 47.
"Kos untuk membuat alat ini hanya RM150. Setakat ini, ada beberapa syarikat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sudah berminat untuk membeli alat ini," katanya.
Katanya, inovasi ini dianggap menarik kerana tidak memerlukan perbelanjaan besar malah tikus bersaiz besar yang banyak terdapat di kawasan bandar mudah ditangkap.
"Banyak kebaikan menggunakan alat ini untuk menangkap tikus antaranya tidak memerlukan perbelanjaan besar bagi membeli racun selain menjimatkan tenaga kerja dan dapat mengawal pencemaran.
"Saya berharap kaedah menangkap tikus menggunakan alat ini dapat dikembangkan kepada semua PBT di seluruh negara yang sebelum ini berhadapan ancaman mamalia perosak itu," katanya.
Post time 22-9-2019 02:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kaedah yg selamat dan civilized utk hapuskan tikus ade tak?
Aku tak gamak nak bunuh tikus. Hari tu tgh kemas para di stor, jumpa sarang tikus. Ada anak lam 4 ekor. Merah2 lagi.. tak gamak nak bunuh.. last2 suruh orang lain buang dan aku malas nak tanya dia buang kat mana. Aku rasa dia himbau anak2 tikus tu kat parit tepi rumah..
ala cukup la utk dia dpt pingat, nama masuk berite, then dapat naik pangkat....buat apa jual kt u...ehehhe #iambeingsarcasticifudidntnotice hehehe
tp betul gak hang ckp....selalu deme reka2 xnk jual
sebabnya byk sgt stage...
lg satu sb dia pensyarah gov...ada la nanti tu isu2 IP nanti...R&D lagi, sebab tuh dia malas kot nak jual...
tak buat inovasi kata bodo, buat inovasi kata kerja melepas batok di tangga. why not take up apa yang ada, improve. mcm jepun dorg cipta satu benda tu then orang lain amek untuk improve, pastu improve lagi, kurangkan kos, tingkatkan kualiti dan usability. jangan reti keje kecam je. i welcome anak-anak melayu yang mampu cipta teknologi baru regardless how lame it is.
Post time 24-9-2019 06:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
julielapadite replied at 23-9-2019 09:52 AM
tak buat inovasi kata bodo, buat inovasi kata kerja melepas batok di tangga. why not take up apa y ...
I x kata x sokong org melayu cipta benda br .I sokong tp lepas cipta x nmpk kemana ciptaan tu p.kan lebih bagus bila cipta sesuatu benda ia boleh mendatangkan manfaat pada semua.kalo boleh I nak guna perangkap tikus ni..umah I bnyk tikus tau.