View: 5852|Reply: 0
|
TIPS HILANGKAN JERAWAT WANITA KOREA SELATAN
[Copy link]
|
|
Petua atau panduan merawat dan menghapus jerawat di wajah ini adalah amalan tradisional para wanita Korea Selatan. Ia merupakan alternatif penjagaan kulit dan kecantikan wanita Korea selain menggunakan produk produk kecantikan dan penjagaan kulit teknologi moden yang begitu terkenal di Korea malah di seluruh dunia. Bagi anda, wanita yang lebih suka kepada kaedah penjagaan/perawatan tradisional, bolehlah amalkan cara wanita Korea merawati wajah mereka tatkala berjerawat.
1. Penggunaan Beras
Beras dijadikan scrub wajah. Rendam beras dalam mangkok (simpan air rendaman pertama). Kemudian asingkan beras rendaman tersebut dan gunakan ia bersama sabun pencuci muka. Setelah itu bilas seperti biasa. Seterusnya sapu/usap rata rata air rendaman beras tadi ke muka dan biarkan ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. Lakukan ini sekurng kurangnya 3 kali seminggu.
2. Penggunaan Teh Hijau
Sebenarnya hampas teh hijau untuk minuman yang tidak digunakan lagi di rumah (yang masih baru) adalah penawar jerawat dan flek hitam di wajah yang baik. Ramai wanita Korea suka mengamalkan teh hijau ini untuk atasi jerawat, noda dan flek yang mencacatkan penampilan wajah mereka. Ini kerana cara penggunaannya amat mudah, hanya sekadar menampal hampas teh hijau yang masih basah itu terus ke kulit. Tekap/tekan hampas teh hijau ke kulit agar ia dapat diserap ke dalam lapisan kulit. Biarkan selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan ini minima 2 kali seminggu.
3. Penggunaan Air Batu/Ais
Wanita Korea kerap mengguna air batu ke wajah mereka yang berjerawat khususnya jerawat yang telah radang/membengkak merah. Peranan ais adalah untuk menutup liang pori selain menegang dan menyegarkan kulit. Amalan ini sering dilakukan diwaktu malam sebelum tidur. Selain ia boleh menghilangkan/memudarkan kesan jerawat, wajah juga terasa segar sewaktu bangun pagi. Perkara terpenting ialah perlu gunakan air batu yang terhasil dari mineral water (air galian) dan ini boleh disediakan sendiri menggunakan peti dingin beku di rumah. Lebih tinggi Ph air mineral itu, lebih baik dan berkesan.
Bagaimana pun kebanyakan wanita moden Korea hari ini, khususnya kalangan muda mudi yang malas dan inginkan cara serba mudah , mereka cenderung memilih Acropass Trouble Patch untuk menghilangkan jerawat di wajah mereka. Teknologi penghapus jerawat terbaru Korea Selatan itu menjadi pilihan kerana cara pemakaiannya simple, hanya tampal di kawasan dikehendaki sebagaimana kebiasaan menampal plaster.
Mudah mudahan tip/petua amalan atasi jerawat wanita Korea ini manfaatkan anda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|