CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: trunks

Install Apps ini utk monitor Aktiviti anak dalam handphone,

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2019 10:11 PM | Show all posts
duricinta replied at 4-7-2019 09:56 PM
Klu bukan anak mgkn suami pengasuh wat hal cm ne? Mintk dijauh kn la...

Kebetulan anak kena sak ...

ya betul tu...saya masih ingat lagi kes ini
bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Kes Zara: Rupanya anak dijaga suami pengasuh...


KUALA LUMPUR: “Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia, kelmarin, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Rabu lalu.

Menurut Noraihan, dia dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya anak perempuannya sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berkenaan, berusia 28 tahun, 21 September lalu.

“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

NORAIHAN Ab Aziz bersama anaknya, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal.


“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.

“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.

“Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.

NORAIHAN Ab Aziz, 22, bersama anaknya, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal berusia 11 bulan yang maut selepas dipercayai didera secara fizikal dan seksual, kelmarin.


“Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.

“Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang yang memaklumkan anak sedang tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal,” katanya.

Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.

“Hasil bedah siasat, saya dimaklumkan terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

“Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.

Dia memaklumkan pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.

Moraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.

“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.

“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan,” katanya yang memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi, semalam.


-----------------------------------------

betul awak bagitau.minta doa
di jauhkan dari malapetaka
macam ni..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia guna incognito utk surf, kita masih blh detect ke kalau install apps ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:08 AM | Show all posts
trunks replied at 4-7-2019 05:14 PM
hehe.tapi kan awak,lelaki selalu akal panjang tau..kalau dia nak buat,
dia tetap akan buat, conto ...

ya betul

lelaki selalu akal panjang tau
tapi bini2 msti lebih selangkah advance pada laki, walaupun kita ni tuhan bg kekurangan tp tuhan bg instinct

kita nk tau aktiviti depa bukn sja sbb cemburu atau nk cegah, tapi yg penting, benci kena TIPU hidup2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:13 AM | Show all posts
sk8er replied at 5-7-2019 06:33 AM
Kalau dia guna incognito utk surf, kita masih blh detect ke kalau install apps ni?

depend kt apps gak

ada apps yg x cerita detail, ada apps yg report je, tpi kita kena monitor utk tau frequency dia,

contoh, guna ignito tp kita tau penggunaan jugak kt report tu, ah susah lah nk xplain


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 11:35 AM | Show all posts
manehnya replied at 5-7-2019 10:08 AM
ya betul

tapi bini2 msti lebih selangkah advance pada laki, walaupun kita ni tuhan bg kekuranga ...

hehe betul tu awak,saya sokong.saya paling benci
kena tipu dengan orang kita sayang..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 12:09 PM | Show all posts
bgus ni, blh try nnt, rasakan anak2 ku

tp anak yg sulung tu sll bgun pkul 3-4am utk study/keja sekolah... mau dia gegar pintu bilik mak suruh bukak password
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2019 12:16 PM | Show all posts
Ratutulip replied at 5-7-2019 12:09 PM
bgus ni, blh try nnt, rasakan anak2 ku

tp anak yg sulung tu sll bgun pkul 3-4am utk study/ke ...

kena setting tu ikut sesuai hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 12:24 PM | Show all posts
manehnya replied at 5-7-2019 10:13 AM
depend kt apps gak

ada apps yg x cerita detail, ada apps yg report je, tpi kita kena monitor ut ...
guna ignito tp kita tau penggunaan jugak kt report tu, ah susah lah nk xplain
maksud awak,apps ini boleh rekod juga walaupun
dalam incognito ? cuma yelah tak berapa nak details?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 4-7-2019 10:11 PM
ya betul tu...saya masih ingat lagi kes ini
bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan sek ...

X sanggup nk baca semua...syaiton btl la laki tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 02:57 PM | Show all posts
Edited by trunks at 6-7-2019 08:49 PM
duricinta replied at 5-7-2019 02:50 PM
X sanggup nk baca semua...syaiton btl la laki tu
kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

awak tak payahlah baca ,memang geram ,tengok quote ini saja.
saya takut dia terlepas aje hukuman gantung sebab
ada kes budak yg pengasuh masuk dalam peti ais tu
macam tak kena 302 pun.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 03:08 PM | Show all posts
trunks replied at 5-7-2019 12:24 PM
maksud awak,apps ini boleh rekod juga walaupun
dalam incognito ? cuma yelah tak berapa nak detail ...

dia x bg record secara nyata, tp kita bleh tgk kt phone usage, kalu ada yg mencurigakan tu ada laa something, n anak/suami tu mcm tupai jugak, pandai pun jatuh ke tanah, kdg2 lupa nk padam last history kan, leh check
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 5-7-2019 10:13 AM
depend kt apps gak

ada apps yg x cerita detail, ada apps yg report je, tpi kita kena monitor ut ...

Ok.
Aku dh try tp x blh sbb x tau pword emel anak aku so x blh nak sync.  Adoiii... Howww?  

Tnya anak mmg dia x bg laaa.  Aku tgh tension ni.  Anak rebel apa benda ntah tahap gaban langit ke7!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 09:28 AM | Show all posts
sk8er replied at 10-7-2019 09:29 PM
Ok.
Aku dh try tp x blh sbb x tau pword emel anak aku so x blh nak sync.  Adoiii... Howww?  

kena ada mutual agreement, kena ckp kt dia, klu x nak kerjasama, no henpon

kena terang kt dia knp kita wat mcm ni, klu x nak ikut rules, amik henpon tu baling dlm laut

ada byk parental apps kt play, cer cari yg bersesuaian, ada yg kena bayar, n ada yg free

ada yg akan track location, boleh kunci apps n mcm2.

pernah pakai secure Teen, tapi mcm ada yg lack, current tgh pakai MMguardian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 11-7-2019 09:28 AM
kena ada mutual agreement, kena ckp kt dia, klu x nak kerjasama, no henpon

kena terang kt dia k ...

Ok thx for info sharing.  Aku akn tgk apps lain2 tu

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.150169 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list