Seorang juruteknik di sebuah hotel hairan apabila pengurus hotel tiba-tiba bertanyakan tentang keadaannya sewaktu dia membuat kerja penyelenggaraan di bumbung bangunan itu.
Rupa-rupanya ada orang yang mengambil rakaman ketika dia sedang berlegar di atas bumbung untuk menjawab panggilan telefon. Rakaman itu tular di media sosial mengatakan pemuda yang bernama Asyraf itu cuba untuk membunuh diri.
“Ketika itu saya berada di tingkat atas untuk menjalankan rutin bulanan menyelenggara sistem air panas.” katanya.
Pengurus hotel memberi tahu Asyraf bahawa dia menerima laporan tentang perkara tersebut dan polis serta bomba sudah bersiap sedia di bahagian bawah dan sedang mencari mayat.
Dia kemudian di bawa ke balai polis untuk memberi keterangan dan terpaksa berbuka di balai. Selepas lebih empat jam baru dia dibenarkan pulang.
Berikutan insiden itu Asyraf menerima banyak mesej dari keluarga dan rakan sekerja yang memberi semangat dan nasihat supaya dia tidak membuat perkara yang tidak wajar.
“Kejadian ini agak lucu tetapi memberi pengajaran kepada saya.” kata Asyraf.