View: 2617|Reply: 4
|
qawwam - rijal !!! : UMar bin Abdul Aziz
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 6-3-2019 02:47 PM
Assalamualaikum ...
Berikut adalah paparan rencana yg 'pretty APPEALING ' to my eyes...Khalifah Umar bin Abd Aziz - he was one of the best illustration of the 'gentleman with good adab'...
Adab ni tak bermaksud susila sopan sahaja tapi ia merangkumi unsur faham ilmu dan tahu tata letak di mana setiap sesuatu itu ditata susun.
Manusia yang boleh berucap sebegini adalah yang sedar akan hakikat kebenaran, hakikat kehidupan dan addeen...
pautan asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/sumber/ ... l-aziz-rahimahullah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada petang yang mulia ini, tatkala membelek beberapa buku, saya terpandang sebuah buku yang bertajuk Mawa’iz li al-Imam Umar Ibn Abd al-‘Aziz yang disusun oleh Syeikh Soleh Ahmad al-Syami. Pada halaman 99, ditajukkan dengan khutbah pertama tatkala Umar Ibn Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah dan berucap di hadapan orang ramai. Selepas memuji Allah, kemudian berkata:
أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّهُ لَا كِتَابَ بَعْدَ الْقُرْآنِ، وَلَا نَبِيَّ بَعْدَ مُحَمَّدٍ، عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَإِنِّي لَسْتُ بِقَاضٍ وَلَكِنِّي مُنْفِذٌ، وَإِنِّي لَسْتُ بِمُبْتَدِعٍ وَلَكِنِّي مُتَّبِعٌ، إِنَّ الرَّجُلَ الْهَارِبَ مِنَ الْإِمَامِ الظَّالِمِ لَيْسَ بِظَالِمٍ، أَلَا إِنَّ الْإِمَامَ الظَّالِمَ هُوَ الْعَاصِي، أَلَا لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَإِنِّي لَسْتُ بِخَيْرٍ مِنْ أَحَدٍ مِنْكُمْ وَلَكِنِّي أَثْقَلُكُمْ حِمْلًا، أَلَا لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ، أَلَا هَلْ أَسْمَعْتُ ؟
Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya tiada kitab yang sebenarnya selepas al-Quran. Dan tiada Nabi yang diutuskan selepas Muhammad Alaihis Salam. Dan sesungguhnya, aku bukanlah Qadhi atau hakim, tetapi aku hanyalah pelaksana.
Dan sesungguhnya aku bukanlah yang melakukan bid’ah tetapi aku mengikut Rasulullah SAW. Sesungguhnya lelaki yang lari daripada Imam yang zalim, bukanlah yang zalim. Ketahuilah, sesungguhnya imam yang zalim adalah yang derhaka.
Ketahuilah tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah Azza wa Jalla yang Maha Pencipta. Dan sesungguhnya aku bukanlah orang yang terbaik dari kalangan kamu, tetapi aku orang yang paling berat tanggungjawabnya.
Ketahuilah tiada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah. Ketahuilah, adakah aku telah menyampai dan memperdengarkan kepada kamu. (Lihat juga al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir, 12/692)
Ucapan dari hati yang bertakwa, penuh keikhlasan untuk menuju kepada Tuhannya dalam mencari mardhatillah. Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa mentaati dan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Amin.
|
|
|
|
|
|
|
|
profile personaliti macam ni menunjukkan individu yg memang sedar dan kenal akan diri, faham makna AGAMA, FAHAM ILMU , FAHAM ADAB...
|
|
|
|
|
|
|
|
cucu kepada saidina umar alkhattab ra...
keturunan org soleh warak...
dan sememangnya sejak ribuan tahun dulu, sistem2 pondok telah menanamkan ADAB SEBELUM ILMU...
jepun pula terapkan sistem itu dlm pendidikan awal mereka pd budak2 skolah...
dan betapa sistem pondok ini maseh TERASING DR MINDA MELAYU DI MALAYSIA..
sedangkan imam syafie mengaji pada imam malik bab adab 10 tahun...
setelah itu baru dicurahkan ilmu pengajian dr imam malik pd as syafie...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|