Drama Pujaan Hati Kanda lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah kian mendapat tempat di hati peminat. Gabungan kedua-dua pelakon ini dikatakan serasi selain sama cantik dan sama padan.
Kredit foto: Instagram
Seorang lagi watak yang mencuri perhatian penonton ialah watak Baby Iqy yang dibawa oleh seorang bayi lelaki comel dan montel. Nama sebenarnya ialah Ayden Mikael atau nama manjanya Mika.
Kredit foto: Facebook Anna Abdullah Kim
Ini sebenarnya kali pertama Mika membuat kemunculan di kaca televisyen. Syabas dan tahniah diucapkan!
Kredit foto: Instagram
Jika dilihat dalam episod-episod yang telah ditayangkan, Mika memang seorang bayi yang mudah diuruskan dan jarang menangis. Umur Mika kini mencecah hampir 10 bulan.
Kredit foto: Instagram
Ramai tertanya-tanya siapa Mika sebenarnya. Anak selebriti manakah?
Rupa-rupanya, Mika bukanlah anak selebriti tetapi ibu Mika bekerja sebagai seorang jurumekap artis dan pada masa sama, seorang perancang perkahwinan juga.
Ibunya yang dikenali sebagai Anna Abdullah Kim berkata, Mika banyak menerima tawaran untuk iklan produk bayi, selain tawaran berlakon.
Jom kita tengok foto ibu dan ayah bayi comel Mika!
Kredit foto: Facebook Anna Abdullah Kim
Comel betul! Tahniah adik Mika. Semoga selepas ini lebih banyak rezeki berlakon dalam drama lain pula. - CARI |