CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4391|Reply: 4

Punca spam dan cara membendungnya

[Copy link]
Post time 22-6-2004 12:28 PM | Show all posts |Read mode
SECARA umumnya "spam" adalah e-mel komersial yang tidak diundang atau tidak diminta oleh penerimanya. Pihak pengirim spam (spammer) juga melibatkan perniagaan sebenar yang menjadikan orang ramai sebagai sasarannya dengan harapan untuk menghasilkan banyak wang. Soalnya, bagaimana mereka boleh mendapat alamat e-mel anda. Sebenarnya ada banyak cara yang digunakan penghantar spam untuk memperolehinya.

Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan penghantar spam untuk mendapatkan alamat e-mel:

-Program "spambots" digunakan untuk "menjaring" Web bagi mengutip alamat e-mel daripada laman-laman Web.

-Program "penuai" alamat e-mel digunakan untuk mengumpul alamat e-mel dari kumpulan berita (newsgroup) dan ruang sembang (chat room).

-Penghantar spam menyertai khidmat senarai pengiriman e-mel (mailing list) dan mereka mengambil alamat e-mel setiap orang yang terdapat dalam senarai tersebut.
  
-Khidmat yang dikenali sebagai "whois look-ups" digunakan untuk mengambil alamat e-mel bagi nama domain yang telah didaftarkan.

-Penghantar spam mencipta tapak Web palsu yang memerlukan pendaftaran para pengunjungnya untuk mendapatkan e-mel mereka.

-Penghantar spam boleh menggunakan serangan kamus (dictionary attacks) yang boleh menyusun nama menggunakan format e-mel pada nama domain tertentu seperti Yahoo dan Hotmail. Jika pelayan e-mel berkenaan menolak nama e-mel yang tidak diketahui, maka ia akan dibuang dari senarai milik mereka.

-Penghantar spam juga boleh menggunakan serangan yang dinamakan "brute force". Serangan ini mirip serangan kamus yang menghasilkan kombinasi aksara rawak (bukannya nama pada domain tertentu).

-Penghantar spam boleh membeli senarai e-mel dari syarikat dan penghantar spam yang lain. Senarai ini biasanya mengandungi alamat-alamat e-mel orang yang telah memilih perkhidmatan surat berita (newsletter) atau membeli produk dari syarikat pada satu ketika dan memasukkan alamat e-mel mereka semasa proses penempahan. Jadi, semak apa yang anda persetujui sebelum butang SUBMIT! ditekan.

Setelah mereka mendapat koleksi alamat e-mel baru, mereka akan mengenalpasti akaun e-mel yang masih aktif dan masih digunakan.

Antaranya mereka menghantar e-mel ke alamat tersebut dengan teknik berikut:

-Mereka mengirim kandungan berformat HTML yang sedia "ditanam" dengan pautan (links) agar anda boleh membuat tindakan susulan. Apabila pautan tersebut diklik, ini akan memberitahu pengirim spam bahawa alamat e-mel anda aktif - pelayar Web anda akan mengirim maklumat yang mereka perlukan.
  
-Mereka boleh menempatkan pautan "untuk tidak melanggan/pilihan keluar" yang palsu di dalam e-mel yang dihantar. Anda mungkin percaya pautan ini akan memberitahu pengirim spam bahawa anda ingin membuang alamat e-mel anda dari senarai penghantaran mereka. Sebaliknya, tindakan tersebut telah mengesahkan bahawa akaun e-mel anda berstatus aktif. Anda mungkin tidak lagi menerima spam dari mereka, namun ini tidak bermakna mereka tidak akan menjual alamat e-mel anda kepada orang lain.
  
-Mereka boleh menggunakan e-mel HTML yang berpaut pada kandungan yang disimpan pada pelayan Web mereka apabila anda melihat e-mel tersebut. Ini juga membuktikan akaun e-mel anda masih aktif.

-Mereka memperalatkan ketetapan fungsi tertentu dan automatik yang terdapat di dalam aplikasi e-mel. Apabila penghantar spam memperolehi senarai pendek untuk alamat e-mel baru yang masih aktif, mereka akan menambahnya ke dalam pengkalan data mereka yang kemudiannya digunakan untuk mengirim emel spam. Dalam apa juga kemungkinan, mereka boleh menjual senarai ini kepada penghantar spam yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2004 12:29 PM | Show all posts

Mengurangkan spam

Anda boleh menggunakan khidmat enjin carian popular untuk membuat carian menggunakan alamat e-mel anda sebagai kata kuncinya. Jika pencarian itu berhasil (alamat e-mel anda berjaya ditemui), ini bermakna penghantar spam juga tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan e-mel anda kerana ia boleh diambil begitu sahaja melalui Web. Sekiranya enjin carian boleh melakukannya, maka penghantar spam juga boleh. Seterusnya, anda boleh menamatkan "kemunculan" alamat emel anda di dalam Web. Langkah ini mungkin tidak sesuai jika anda sering berurusan dan berhubung menerusi e-mel tersebut. Bagaimanapun, anda boleh membuat ubahsuai dan menambah teks tertentu pada alamat emel. Jadi, orang yang ingin mengirim e-mel kepada anda perlu membuang teks tersebut terlebih dahulu untuk mendapatkan alamat e-mel yang sebenar.

  Penghantar spam atau syarikat tertentu boleh mendapat alamat e-mel anda secara sah atau sebaliknya. Jadi anda mungkin pernah menerima mesej atau surat berita yang disertakan dengan "pilihan keluar" atau untuk menolak penerimaan e-mel yang seterusnya. Ada kemungkinan pilihan tersebut adalah palsu (tidak seperti yang dikehendaki). Jika demikian, anda boleh menyaringnya ke dalam folder "trash" dalam aplikasi e-mel.

  Sumber lain yang biasa dipantau penghantar spam ialah kumpulan berita, ruang sembang atau forum. Jadi anda dinasihati agar membina akaun e-mel berasingan untuk kegunaan kumpulan berita dan ruang sembang - supaya anda masih boleh menggunakan aplikasi tersebut - tetapi jangan keberatan menggunakan akaun lain jika perlu. Selain itu, anda boleh menghubungi rakan-rakan menerusi aplikasi lain seperti "messenger".

  Anda boleh membina akaun e-mel khusus untuk pembelian produk dan pendaftaran perisian. Jika ada surat berita, e-mel komersial, atau tapak Web yang meminta izin untuk memberikan butiran anda kepada pihak ketiga, anda mesti menolaknya. Pada masa yang sama, berikan perhatian terhadap perkara ini kerana ada syarikat-syarikat yang tidak mengendahkan penolakan tersebut, sebaliknya mereka terus menghantar spam.

  Ketetapan pada aplikasi e-mel yang digunakan perlu diubah supaya fungsinya tidak dieksplotasi penghantar spam. Sebagai perlindungan tambahan, anda boleh memasang perisian firewall peribadi, perisian antivirus yang boleh mengimbas e-mel, perisian penapis spam atau anti-spam yang berkesan. Untuk lebih selamat, anda perlu menyingkirkan sepenuhnya mana-mana perisian "adware" dan "spyware" yang pernah dipasang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 09:45 AM | Show all posts
defini spam sebenarnya masih kabur.. pasal tuh agak susah nak block secara total.. walaupun iklan 18XXX tuh boleh dikira spam, sesetengah pihak suka gak nak cari mende tuh, maka ia tak dikira spam,

macam lagu metal/rock la.. sesetengah dengar rasa "merdu" ( aku la tu ), sesetengah dengar kata bising.. jadi definisi "meyakitkan telinga" tuh tak berapa tepat la kalau nak diglobalisasikan...

p/s: aku pakai spamasassin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2004 12:47 AM | Show all posts
Aku spam dari companies tak banyak, yang banyak forward e-mail yg tak berfaedah......

Believe or not, aku ada more than 100,000 e-mail address, hasil daripada forward e-mail tu...

bila lah dorang tahu nak pakai BCC nie......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:21 AM | Show all posts
Ini salah satu cara melawan SPAM>>

Saya mengkongsikan secara percuma alamat email [email protected] untuk sebarang urusan. Untuk mengetahui lebih lanjut

Click sini >> Membenteras SPAM!

Tools mudah murah percuma dan selamat.  DIharap dapat membantu semua.

Click sini >> Membenteras SPAM!

Terima Kasih.

Mechanicolet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.511297 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list