View: 2718|Reply: 4
|
Petua Atasi Masalah Anak Kencing Malam
[Copy link]
|
|
Salam,
Kencing malam merupakan satu perkara biasa bagi kanak-kanak dan sebagai ibu bapa hendaklah melatih mereka supaya tidak kencing semasa tidur malam seawal yang boleh. Bukannya apa, ianya juga melibatkan kos sebab perlu beli pampers lagi. Bayangkan umur anak sudah mencapai 5 tahun tetapi masih lagi memakai pampers. Bagaimana pula dengan adik-beradik yang lain? Bukankah banyak kos yang dikeluarkan?
Saya nak share sikit cara untuk mengatasi anak yang kencing malam. Saya tidak pasti apakah kaitan saintifiknya dalam tip ini, tetapi sepanjang saya dan keluarga saya menggunakan petua ini, boleh dikatakan berkesan. Tidak rugi rasanya kalau anda juga mencuba. Tetapi tips ini perlu diamalkan semenjak bayi itu baru lahir. Kalau budak dah umur 5 tahun, jenuh jugak nak mengangkat dia nanti.
Tipsnya adalah sebaik sahaja bayi anda mandi, tunggang terbalikkan (upside down) bayi anda. Bukannya lepas mandi terus buat. Lepas dia pakai baju pun tak apa. Buat dalam 5-10 saat dan dirikannya semula. Ulang langkah tersebut sebanyak 3 kali. Biasanya bayi mandi dua kali sehari. Jadi, anda kena buat dua kali sehari jugak lah ya. Rasanya tak lah membebankan sangatkan? Senang saja.
Saya harap tips ini membantu ibu-ibu atau bapa-bapa yang nak anak dia nanti tak kencing malam. Anda lihatlah sendiri kesannya apabila bayi anda sudah berumur 1-2 tahun. Selamat mencuba dan beramal.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ala lmbt lak tau..anak iolls dh xlarat dh nk angkat..berat kot 22kg |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gak staff iols bgtau tips ni. Dia kata mmg berkesan. Tp takde la nak bebetul angkat anak cenggitu. Cuma masa anak tu baring, angkat je kedua belah kaki dia sampe lepas aras kepala. Apa logik pun iols tak sure tp staff mmg sungguh2 la kata berkesan. Asal potty train da siang, malam buat je gitu. Pasang pampers juga la sampai la yakin pampers tu bebebtul kering dalam seminggu ha. Dia kata ada 4 org anak 4-4 buat cenggitu & takde kencing malam. Ada la terbabas skali dua tp biasa la bebudak. |
|
|
|
|
|
|
|
anak i suka sgt la tahan kencing.. kita selalu sibuk, selalu lupa tanya.
pastu terbabas la dia terkencing kat mana2., |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2018 12:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mrsjones replied at 6-5-2018 09:55 AM
anak i suka sgt la tahan kencing.. kita selalu sibuk, selalu lupa tanya.
pastu terbabas la dia ter ...
Tpaksala bawak seluar lebih masa jalan2..hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|