View: 3988|Reply: 2
|
Penggemar Sambal Pedas-Pedas, Tempat Makan Lesehan Ini Memang Untuk Anda
[Copy link]
|
|
Anda suka makan pedas? Kalau tak ada sambal tak sah?
Pergilah Seri Kembangan kerana anda akan mendapat apa sahaja jenis sambal yang anda idamkan! Tempat makan ini menyediakan 22 jenis sambal.
Foto: Facebook
Pelbagai rasa sambal ada untuk memenuhi selera pelanggan. Ada yang pedas, manis, masam dan terlalu pedas bagi yang berani atau benar-benar sukakan pedas!
Foto:Facebook
Antara menu sambal yang disediakan ialah sambal udang, sotong, ikan masin, petai, cendawan dan banyak lagi!Antara kegemaran ramai ialah sambal tempe, paru, kedondong, bawang dan juga hati.
Foto:Facebook
Untuk pengetahuan anda, kedai ni tidak menggunakan cili kering tetapi cili hidup jadi kepedasannya tidak menyakitkan perut. Selain itu kedai ini turut menyediakan bakso, mee pangsit, mee ayam dan segala jenis penyet dalam menu mereka.
Foto:Facebook
Anda patut cuba Nasi Goreng Gobal Gabul. Mengapa? Nak tahu datanglah dan rasai sendiri!
Foto:Facebook
Lokasi:
Tempat Makan Lesehan, G201 LP7 Uptown Kinrara, Seri Kembangan.
Air liur dah meleleh tengok gambar sambal, jangan lengah-lengah lagi. Seri Kembangan je pun! Ayuh! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nak makan ayam penyet |
|
|
|
|
|
|
|
Bakso beranak ko..hahaha..takut nk makan
Tp sambal2 tu mmg wajib try! |
|
|
|
|
|
|
| |
|