CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7736|Reply: 4

Sihir Ikatan Kemaluan punca rumahtangga hancur.

[Copy link]
Post time 1-11-2017 10:27 AM | Show all posts |Read mode






Bangsa melayu tak pernah terlepas dari amalan sihir walaupun dunia semakin moden dan pengetahuan agama semakin berkembang. Antara punca yang mendorong perlakuan sihir ialah hasad dengki dan juga cemburu dengan satu pihak yang lain.

Didalam banyak jenis sihir yang wujud di dunia, sihir jerutan suami isteri adalah yang paling ditakuti kerana ia berupaya memutuskan ikatan perkahwinan bagi pasangan yang terkena sihir tersebut. Ada beberapa tempat menggelarkan sihir ini sebagai sihir ikatan kemaluan.

Sihir jerutan ini mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu. Ini disebabkan oleh kelemahan alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Ransangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan. Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks. Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya. Namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta. Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.

Sintom Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami sintom-sintom berikut:

1. Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awaknya mempunyai ketegangan alat kelamin suami. Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu. Penulis pernah menemui pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapu tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh. Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.

Penulis ada menemui beberapa pasangan suami-isteri yang telah bernikah selama 5 hingga 7 tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi. Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.


CARA RAWATAN PERUBATAN.

1. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
2. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN JIN DAN SIHIR:


A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Asyu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.



B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Az-Zukhruf ayat 35 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-ra’d ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 02:48 PM | Show all posts
dengar cerita org tua2..zaman2 pedagang mamak2 mula datang  kat Mesia, isteri2 mereka tinggalkan dan salah satu cara menjaga kehormatan suami, istri2 ini dikenakan sihir papan sekeping, dimana siapa saja lelaki yg mendatangi wanita yg disihir ini tidak akan merasa apa jua nikmat ..mereka merasa seolah2 bersatu dengan papan sekeping sahaja..kejam sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 09:37 AM | Show all posts
puteribaya replied at 1-11-2017 02:48 PM
dengar cerita org tua2..zaman2 pedagang mamak2 mula datang  kat Mesia, isteri2 mereka tinggalkan dan ...

eh? macam pernah baca dalam cerita tamar jalis je
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:07 AM | Show all posts
galaxie83 replied at 3-11-2017 09:37 AM
eh? macam pernah baca dalam cerita tamar jalis je

kan..i pun penah tbaca dlm buku tamar jalis tu..dan nenek2 dulu penah citer pasal mamak2 malbari yg banyak bukak kedai makan esp kat batu gajah hometown meols
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 12:32 PM | Show all posts
good info.  Org zaman skrg dah tak takut Tuhan. sanggup buat apa saja sbb tak boleh terima ketentuan takdir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051399 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list