dari jauh nmpk tinggi je kan tetiba eh eh nmpk rendah plk rumah ejim tu dari tanah.
satu lagi ejim tu mula2 nampak wan suraya, dia tgk je wan suraya. patut ade dialog dlm hati "sape prmpuan ni? cantiknya.. seumur hidup aku di hutan ini, aku tidak menemui seorang wanita.. hati aku rasa berdebar(sambil pegang dada dia sb nebesss khuens)" haaaa ak rse patut masuk part ni sb dlm novel kan ejim jatih cinta pandang pertamakat wan suraya tuh. so, utk org yg tak baca novel tp terus tgk filem ni, diorg mungkin tak tangkap ape sbnr scene ejim duk pandnag suraya dari jauh ngn penuh minat.
dlm novel, mne ade lg smartphone, part ni iols is kuciwa. tetiba wan suraya rakam guna smartphone yg uncle kepada amirudin tu tgh bercakap ngn wong. ok mcm ni, iols rse mybe akan ade sambungan tombiruo (novel kedua RAM) so mcmne nk buat cter tu still mcm suasana tahun 1996 ke brape ntah sori lupa lak.. zmn2 tu jgk mne ade smartphone bagai kan. tp dlm cter ni dia tunjuk dh zmn moden mcm zmn 2017 dah.
watak di makcik tua yg seru2 psl tombiruo ejim dan amirudin ni sbg anak, iols rse ok la blh diterima walhal dlm novel tak mcm tu tp yelah dah diberitahu siap2, mmg takleh ikut 100% novel asal. cara dia gantikan cerita novel ke filem part makcik bidan tu bgtau diorg adik beradik, bolehlah dipuji. sb 'menjadi' gak lah.
komen ikhlas dari hati, mood ak terus spoil bila tgk watak Salina, bini kpd Amirudin keluar. hello, xde pelakon lain yg semenggah sikit ke?? dan satu lagi, di poster2, letak gmbr M.Nasir walhal watak dia cinonet je dlm cter ni. kua kejap pahtu mati eksiden.. motif letak gmbr dia? mesti sb dia dh ade 'jenama' kan, retis tersohor la katakan... elok masukkan muke wong yg jahat tu sb dia lagi banyak beraksi kot dlm cter ni berbanding M. Nasir yg sekadar letak muka dia d poster utk tarikan....
setakat ni tu je ak komen lain2 blm ingat ape dia hehe
Post time 8-11-2017 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru tgk cerita ni td kat City Square JB kol 12.30 .. igt nak tgk kat tgv aeon.. tp tayangan semua start belah ptg.. nak x nak ke sini la sbb anak hantar umah babysitter..
Utk aku yg x pnh baca novel ni rasa mcm cerita ni sgt best!!! Walaupon mula2 agak blur.. mata & otak x leh ke lain langsung sbb kena baca translation sbb die bercerita bkn guna bahasa melayu.. then cerita die beralih ke zaman moden sikit.. tertarik sgt dgn watak m nasir.. menenangkan betul gaya die tu.. mula2 cerita ni buat org tertanya2 tp bile berham tu mati da nampak sgt siapa yg jahat.. cuma nak tau mcm mana kantoi je.. n yg geram si wong tu da kena belasah teruk2 pon masih kuat lg.. so far semua berlakon best n nampak setiap watak tu penting.. zul ariffin walaupon muka x nampak tp waktu bapak die mati tu sgt terkesan di samping faizal hussein tu.. nangis sikit gak part faizal n faye mati tu..
Owh.. yg part messtin tu pon awal2 aku da ckp kat laki aku.. kacau betul.. paling2 buat la mkn pakai tempuring kelapa ke.. cantik sket kot.. ni da mcm bdk2 pengakap punya mkn je..
Keluar dr wayang lalu popular nampak novel tombiruo byk gile.. igt nak beli.. asben x bg.. die kata kan da tau jln cite.. hehe..
So.. overall aku bg 4 bintang walaupon jd antara org terakhir yg tgk.. worth aku punye rm22.. nasib baik tgk hari rabu murah..huhuhu
FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba terus melebarkan jumlah kutipan tiket apabila berjaya memperoleh RM8 juta selepas empat minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara dan Singapura serta Brunei, sejak 12 Oktober lalu.
Situasi itu sekali gus meletakkan filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan ini berada di kedudukan kedua dalam mengaut kutipan tiket paling tinggi bagi tahun 2017 selepas filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions yang memperoleh RM18 juta.
Filem aksi yang diadaptasi dari novel thriller karya Ramlee Awang Murshid ini masih ditayangkan di 68 pawagam untuk minggu ke lima.
Justeru, pihak penerbit juga berharap filem ini masih mampu menarik penonton untuk menyaksikannya di pawagam.
Filem menggandingkan pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil buat kali kedua di layar perak ini turut membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan.
Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba.
Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.
Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam.
Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.
Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.