|
ade.. but sangkut 1-2 category je.. mcm beto untuk supporting actor.. kalah ngan sam
rasa mcm tak adil lak movie ni baru tayang 1 week mcm tu before FFM dh masuk pencalonan..
rasa mcm tak diadili dengan sempurna..
|
|
|
|
|
|
|
|
lorrr ye ke? urmm xpe laa at least penonton puas nengok cite ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat astro td..sedihnya hoiiii..dr awal smp akhir..berair mata...superb performance from all .. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu Film Malaysia yang sangat berquality .. seharusnya memenangkan Oscar tahun 2017 lalu .. tetapi sayang kerana pertimbangan rasial.. anugerah oscar yang seharusnya diterima digugurkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
eh...aku da komen ke blom ?
malas nak throwback
nway..cerita n cinematography mmg best
cuma aku agak kecewa dgn pemilihan pelakon lelaki yg jadi bf ummi
x berapa cemerlang dalam menghayati watak
x seswaiiiiii
kalau dia letak shukri yahya ke....abam remy ke...lagi ok kot
saje nak luahkan sbb dah tertgk kali ke2 |
|
|
|
|
|
|
|
I baru nengok. Giler ketinggalan ketapi.Neways, jenazah hajar tu dah siap berkafan masa sampai kat masjid.
Cuma dibuka muka dia nak bagi ayah mak & adik2 tengok untuk kali terakhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye I pun mula2 heran jugak apasal boleh kata sume orang yang dah tengok, kalau tak nangis keluar hingus pun, kurang2 mesti bergenang airmata.
Tak delah sedih mana pun.
Sampai lah part nazak ni...that did it for me.
Tewas jugak hati macho i ni dengan ayah yang tengah ajar hajar nazak bersyahadah melalui hp.
|
|
|
|
|
|
|
|
Babak yang sangat terkesan:
1. hajar nazak
2. masa jenazah sampai kat masjid
3. masa satu family tengok video hajar |
|
|
|
|
|
|
|
dari fb Khairul Hakimin Muhammad, pasal watak Zaidi:
Selepas beberapa kali menonton Bisik Pada Langit, saya baru sedar yang kisah itu adalah tentang Zaidi, bukan Ayah, bukan Hajar.
1. Dari awal plot, semasa Hajar diajar menaiki basikal, Zaidi yang memujuk Ikram supaya sabar apabila si ayah tak habis-habis dengan anak perempuan kesayangannya.
2. Setelah Hajar besar, Hajar memohon bantuan Zaidi untuk membantu merayu kepada ayah bagi beliau dapat melanjutkan pelajaran di Australia. Zaidi berkorban peluang belajarnya, demi adik.
3. Hajar pun kemalangan. Panggilan pertama yang dibuat oleh Irwan diangkat oleh Zaidi. Kemudian dirampas ayah kerana rindu sangat dengan suara Hajar. Namun, itu adalah Irwan. Zaidi melihat sahaja.
4. Zaidi yang membawa ayah ke kedai Tauke Tan. Menerima dengan reda yang ayahnya sendiri mengatakan dia ada anak-anak yang tak mahu mengerjakan tanahnya, lalu ia perlu dijual. Sedangkan itulah yang Zaidi mahukan. Berkorban lagi.
5. Zaidi menjadi tukang pandu, tukang pujuk, tukang segala-galanya di dalam naskhah ini. Dan oleh kerana wataknya itu sekadar menempel di sebalik kuatnya emosi ayah, emak dan Ikram, Zaidi hilang begitu sahaja.
6. Beberapa kali plot di dalam kereta menunjukkan ikhlasnya Zaidi dalam mengawal emosi ayahnya yang sudah kehilangan Hajar.
7. Semasa jenazah Hajar dibawa ke dalam masjid, Emak dan Ayah menangis. Zaidi terus sahaha memandang dengan air mata yang bergenang. Sekali lagi Zaidi menjadi manusia paling kuat di dala keluarga.
8. Semasa Irwan menunjukkan video Hajar di dalam rumah kepada seisi keluarga, Zaidi duduk di belakang ayah. Zaidi menangis seorang diri di situ. Tanpa ayah, tanpa emak, tanpa Ikram. Terus menyembunyikan dirinya kerana dia perlu jadi manusia paling kuat dalam keluarga. Semasa Zaidi mengesat air mata, dia sengaja melakukannya dengan cepat. Plot ini memang menjadi sangat-sangat.
9. Plot terakhir semasa Ayah mengajak Zaidi memancing bersama cukup buat kita semua terkesan. Yang Zaidi merupakan anak beliau yang sentiasa ada di sisinya. Sentiasa.
10. Untuk kali terakhir juga, Zaidi menghantar Irwan pulang. Simbolik tanggungjawab seorang abang untuk membawa pulang kawan baik Hajar ke tempatnya. Sekali lagi tentang tanggungjawab seorang abang.
Di dalam mana-mana keluarga, kita selalu tak perasan ada watak yang sangat besar peranannya di dalam keluarga.
Oleh kerana mereka ini pendiam, suka buat kerja, suka membantu, suka beralah, suka benar mengundur apabila ada yang lebih hebat dan besar, mereka ini jadi tersorok di belakang.
Walau sentiasa ada di hadapan mata berbuat kerja dan selalu menolong tak kira masa, namun atas sebab kerapnya hidup dalam habuk dan debu, sinarnya itu tidak kelihatan.
Ia suram di pandangan orang sekeliling. Hingga lalu di hadapan mata pun tidak kelihatan. Yang lebih ialah yang selalu digilap-gilap hingga sinarnya itu menutupi yang lain.
Jadi apabila Tuhan mengambil cahaya yang itu, perlahan-lahan yang sudah berinci debunya disapu dan dikesat-kesat.
Lalu muncullah dia dengan wajah paling manis. Rupanya ada seorang yang sentiasa di sisi.
Orangnya tak pandai mana,
Tak juga bijak hebat dan kaya,
Yang ada,
Hanya sekeping badan yang ringan membanting tulang untuk keluarga.
Tak pernah merungut, tak juga bercakap belakang. Ikut sahaja semuanya, kerana yang didahulukan itu bukan puji-pujian, namun sebuah kasih sayang yang Tuhan janji-janjikan.
Iaitu sebuah syurga.
Begitulah.
Terima kasih Kabir Bhatia kerana memilih pelakon sehebat Beto Kusyairy memegang watak Zaidi. Ia sangat dekat di hati kami.
Khairul Hakimin Muhammad,
Langit limpah hujan, sembuhkan luka.
Angin tiup awan, terangkan dunia.
(Baru faham maksud ini.) |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo...well written
malam tadi nonton drama kat tv9
beto gak belakon
tah sape potong bawang sepanjang cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by thanawat at 17-4-2018 05:18 PM
Woow ....Aneh Betol ... tak dihargai dan tercalon oleh FFM .... padahal dunia telah memberikan title film ini sebagai salah satu dari 10 film terbaik dunia sepanjang masa ..
Apakah mungkin kriteria anugeah FFM lebih ketat dan sengit dibandngkan anugerah Oscar atau Academy Award ?
|
|
|
|
|
|
|
|
i baru tgk creta nie semalam...best sangat2...
dah lama tak tgk cerita melayu yang betul2 berkualiti |
|
|
|
|
|
|
| |
|