View: 2172|Reply: 3
|
Khasiat minum serai..kongsi info
[Copy link]
|
|
Edited by haryatie at 6-9-2017 12:10 PM
serai mempunyai "Citral" yang mampu membunuh sel Kanser dlm tubuh badan kerana minyaknya punyai beta-carotene yg punyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh mengelak dari penyakit kronik kanser.
Serai juga punyai Detoxification yang boleh membantu lawaskan pembuangan air kecil dengan mencuci buah pinggang, hati dan juga pundi-pundi kencing.
Serai boleh mengurangkan tekanan darah , kolestrol, asid urik yang berlebihan, toxic dan lemak ditubuh badan.
RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
Cara-cara Penyediaan:
1. Ketuk perdu serai - potong kasar dan masukan dalam periok yang berisi 2 liter air.Masukkan daun pandan bersimpul.
2. Bila air mula didih..kecilkan api dapur bawa kepada "reneh". Reneh selama 30 - 60 minit. Air akan bertukar kehijaun sikit.
3. Masukkan gula batu, bila gula dah hancur dan sebati, matikan api dapur.
4. Masukkan jus lemon dan minuman anda sudah sedia dihidangkan sejuk atau panas
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak letak gula seram tak rasa die? i prefer minum sugarless. Kat rumah takde gula pun haha |
|
|
|
|
|
|
|
Saya minum tanpa gula & daun pandan. Lemon pun kadang-kadang tak masuk sebab suka perah lemon dalam bekalan air masak di office.
|
|
|
|
|
|
|
|
lately selalu lunch kat kafe BMS Organics....sbb kita sukaaaa air lemongrass mint tea kat kafe ni..sedap sgt... last week cari lemongrass tea supaya boleh buat sendiri dan minum kat rumah..dah jumpa kat Aeon midvalley tapi tak beli sbb nak beratur membayarnya punya la panjang..weekend kan.so letak balik..huhu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|