CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1715|Reply: 2

Tentang Si Syahid dan Si Bidadari

[Copy link]
Post time 13-3-2017 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 13-3-2017 08:14 AM

IRSYAD AL-HADITH
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-167: STATUS HADITH ORANG SYAHID DIKAHWINKAN DENGAN 72 BIDADARI
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 10 Mac 2017http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1496-irsyad-al-hadith-siri-ke-167-status-hadith-orang-syahid-dikahwinkan-dengan-72-bidadari






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2017 08:12 AM | Show all posts
Soalan:

Apakah status hadith orang syahid dikahwinkan dengan 72 bidadari?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 08:13 AM | Show all posts
Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan soalan di atas, hadith yang menceritakan berkaitan orang yang syahid dikahwinkan dengan 72 bidadari ada diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya iaitu Jami’ al-Tirmizi.



Daripada al-Miqdam RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ، وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الفَزَعِ الأَكْبَرِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الوَقَارِ، اليَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الحُورِ العِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ

Maksudnya: “Orang yang mati syahid di sisi Allah SWT mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran), diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga, diselamatkan daripada azab kubur, diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur, diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya”. [Riwayat al-Tarmizi (1663)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai sahih gharib]



Makna Hadith

Melihat pada hadith di atas, kita mengetahui bahawa orang yang gugur syahid di jalan Allah SWT mempunyai kelebihan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Di dalam hadith ini, dinyatakan enam kelebihan yang dimiliki oleh orang yang mati syahid di jalan Allah SWT. Antaranya ialah, mereka akan dikahwinkan dengan 72 bidadari di akhirat kelak.



Syeikh Mulla Ali al-Qari ketika mensyarahkan hadith ini berkata, dikurniakan bagi orang syahid dengan cara perkahwinan seramai 72 bidadari. Bilangan tersebut menunjukkan kepada bilangan yang ditentukan (تحديد) bukannya menunjukkan bilangan yang banyak (تكثير). Ia juga difahami bahawa 72 bidadari adalah pemberian yang paling sedikit dan tidak menjadi masalah jika mereka itu dikurniakan lebih daripada itu iaitu lebih daripada 72 bidadari.



Bidadari adalah wanita daripada syurga dan maksud (حور) daripada (حوراء) iaitu teramat putih (kulitnya) dan matanya kehitaman. Manakala (العين) jama’nya adalah (عيناء) yang bermaksud mata yang luas (besar). [Lihat: Mirqah al-Mafatih, 2483/6]



Penutup

Kesimpulannya, hadith tersebut menceritakan ganjaran yang besar bagi orang yang terkorban syahid di jalan Allah SWT. Untuk itu, para sahabat RA dan para solihin sentiasa mengimpikan untuk gugur syahid di jalan Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita pengakhiran yang baik serta memasukkan kita ke dalam syurga-Nya yang kekal abadi di dalamnya. Amin.




Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038380 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list