CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 18

Wanita Cedera Kaki Tercucuk Besi Eskalator

[Copy link]
Post time 7-3-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Wanita cedera di kaki kanan selepas tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar di pusat beli-belah di sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang sedang menaiki eskalator tiba-tiba terjatuh selepas kakinya terkena besi berkenan.

Jurucakap pusat beli belah berkenaan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan lanjut.





Pihak pengurusan Sunway Pyramid mendakwa eskalator pusat beli-belah itu disalahgunakan sebelum berlaku kejadian tidak diingini kelmarin, mengakibatkan remaja perempuan cedera betisnya.

Pengurusan itu dalam kenyataan rasminya semalam, menyatakan hasil siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan eskalator itu, termasuk penggunaan kereta sorong bayi, sekaligus menunjukkan kurangnya etika sebagai faktor penyumbang terhadap insiden buruk itu.

"Pihak pengurusan pusat membeli-belah ini bersama-sama OTIS serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memeriksa pelbagai sumber dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan," kata kenyataan itu.

Insiden itu yang tular di media sosial menunjukkan mangsa terduduk di tepi eskalator dengan luka di betis, ditenangkan rakan-rakannya.

Menurut kenyataan itu, pelajar berusia 20 tahun itu semakin pulih dan kini dalam penjagaan yang baik di hospital berhampiran.

Kenyataan itu berkata, pusat beli-belah berkenaan akan memasang besi penghadang di semua eskalatornya bagi mengelak kereta sorong bayi, troli, kerusi roda atau sebarang bentuk barangan seumpama itu daripada menggunakan eskalator.

"Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning dan bukan bersandar di susur tangan yang bergerak," kata kenyataan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 10:03 AM | Show all posts
kesiannya.. mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Leceh la gunq stroller.. better guna carrier.. selamat, cepat nk bergerak..

Tp stroller boleh rosakkan eskalator ker..sbb roda atau sbb berat.. rsanya stroller x berat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
I kalau bawa stroller memang tak naik escalator.. sanggup bergasak masuk lif
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
my gosh poor her.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:24 AM | Show all posts
kesiannyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2017 11:38 AM | Show all posts
bahaya betul escalator skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:57 AM | Show all posts
The thing is manusia2 dekat Malaysia ni ramai yang malas. Ada escalator tapi tetap nak naik lif yang patut diutamakan pada parents yang bawak stroller. Ada tu siap buat muka seposen tak nak mengalah dengan parents yang bawak stroller, padahal theyols sihat walafiat, cuma malas nak guna escalator.

So bila tak dapat naik lif sebab setiap kali pintu lif terbuka, lif dah penuh dengan manusia2 macam ni, parents yang bawak stroller pun angkut je stroller tu naik escalator.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 11:59 AM | Show all posts
Anyway my sincere sympathy goes out to this lady. Tak pasal2 jadi mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 7-3-2017 11:57 AM
The thing is manusia2 dekat Malaysia ni ramai yang malas. Ada escalator tapi tetap nak naik lif yang ...

Yes that's the problem..  Sometimes bukan parents tu sengaja nk angkut stroller tu naik escalator  tp dh menunggu lif berjam2 tak dapat guna so no choice la kan..  Maybe bole start guna alternative pada stroller mcm carrier ke apa tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:16 PM | Show all posts
Apai90 replied at 7-3-2017 04:07 AM
Yes that's the problem..  Sometimes bukan parents tu sengaja nk angkut stroller tu naik escalator  ...

Carrier tu if I'm not mistaken only for baby 6 bulan ke atas. Correct me if I'm wrong. So parents yang ada baby younger than 6 months tu I rasa memang takde option kena jugak guna stroller. Some malls memang ada letak notice dekat lif, suruh utamakan parents with strollers, utamakan warga emas etc. Just imagine, dah ada notice pun most people choose to ignore je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 7-3-2017 12:16 PM
Carrier tu if I'm not mistaken only for baby 6 bulan ke atas. Correct me if I'm wrong. So parents  ...

Owh yeke haha I pun xsure sbb I xkahwin  or ada anak pun lagi hehe tp mmg betul la  I ada notice  certain mall yg mmg ada put notice  pasal beri keutamaan pada parents with stroller smua ni tp still mentality of our people paham2 jela kan  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:40 PM | Show all posts
kdg2 bila naik escalator mmg rasa seriau.. dok fikir mcm2 kjadian buruk berlaku pasal escalator nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:57 PM | Show all posts
hanasensei replied at 7-3-2017 10:08 AM
Leceh la gunq stroller.. better guna carrier.. selamat, cepat nk bergerak..

Tp stroller boleh ros ...

Pernah tengok kejadian lebih kurang cam ni di mall lain punca selalunya sebab roda stroller mudah tersangkut kat situ.  Kat area mall ni kadang bukan budak yang duduk dalam stroller tu tapi barang2 shopping dia orang letak dalam stroller anak dia dokong.  Silap haribulan stroller tersangkut dah menyusahkan orang lain.  Sebab tu kalau di Jepun atau Korea sapa yang bawak stroller bila naik naik eskelator kena tutup dulu stroller dan dokong si anak.  Dah sampai atas atau dah selamat turun kebawah baru buka dan guna stroller tu semula.  Nampak cam menyusahkan tapi demi keselamatan semua apa salahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 01:48 PM | Show all posts
tak pasal dpt parah kaki
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 02:10 PM | Show all posts
samannnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 04:37 PM | Show all posts
Kasihan, moga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 04:41 PM | Show all posts
Goshhh!!! Ngerinya. Mesti trauma seumur hidup nak naik eskalator.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-3-2017 12:57 PM
Pernah tengok kejadian lebih kurang cam ni di mall lain punca selalunya sebab roda stroller mudah  ...

Sptutnya mcm tu lh.. sbb ada parent yg ignorant yg snggup take risk letak anak dlm stroller msa tgh guna escalator . . Keempat2 roda tu mna boleh land skli..so kena jongketkan.. kita tgok pun risau
Actually ada jer carrier yg bby dri newborn guna.. tp jnis ikat2.. mcm ring sling..
Yg ala2 bagpack tu slalunya bby 5-6mth..tp ada brand yg bby newborn boleh guna..like emei bby, kokadi..

  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061039 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list