Anda inginkan suasana yang romantis untuk majlis perkahwinan anda tetapi kekurangan bajet dan tiada idea yang sesuai? Anda boleh menggunakan idea DIY ini sebagai hiasan meja pengantin atau meja tetamu anda. Bahan yang digunakan juga senang untuk diperolehi. Jadi, mari ikuti bagaimana untuk membuat DIY hiasan lilin terapung ini.
Bahan-bahan yang diperlukan : - Pasu kaca
- Bunga
- Guli atau batu kecil
- Air
- Lilin
- Gunting
Cara-caranya : - Ambil bunga mengikut kuantiti yang anda perlukan dan guntingkan batang bunga.
- Kemudian, masukkan guli atau batu kecil ke dalam pasu kaca sebanyak yang anda inginkan.
- Seterusnya, masukkan bunga ke dalam pasu kaca.
- Selepas itu, masukkan air ke dalam pasu kaca sehingga menutupi bunga tadi.
- Akhir sekali, masukkan lilin ke dalam pasu kaca dan lilin terapung anda siap untuk dijadikan hiasan.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|