CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2351|Reply: 8

Lagi Petrol Percuma, Peniaga Katering Rai 1,500 Penunggang Motosikal

[Copy link]
Post time 4-11-2016 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Video: FB Abd Ghani Haron





Rezeki terpijak buat lebih dari 1500 orang penunggang motosikal di Sungai Petani, Kedah kerana mendapat sumbangan petrol percuma.


Sejak 6.30 hingga pukul 10 pagi tadi, stesen minyak di Tikam Batu dibanjiri oleh penunggang motosikal untuk mengisi minyak petrol RON95.


Sumbangan tersebut disumbangkan oleh peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Cikgu Abdul Ghani Haron, 60, yang kini aktif dalam kegiatan kebajikan.


Sumber Foto: FB Cikgu Ghani



"Bukan untuk menjadi popular tetapi sekadar melakukan sedekah jariah. Bukan minyak sahaja yang diberi malah pelbagai barangan lain turut disalur pada mereka yang memerlukan," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya lagi, sumbangan petrol percuma tersebut adalah usaha untuk meringankan beban masyarakat dan merupakan sebahagian dari program sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya yang lain.








Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Antara komen netizen yang berterima kasih dan berasa kagum dengan usaha yang dijalankan:







Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang ramai dalam menangani kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa sekarang. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2016 01:56 PM | Show all posts
mulianya hati mereka. semoga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 05:59 PM | Show all posts
harap2 wakil rakyat derma setiap daerah satu pam minyak percuma.... sampai kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 06:22 PM | Show all posts
Huntonglahhh.bila agaknya sis nak merasa petrol percuma
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 10:36 PM | Show all posts
Syukur le ada yang sudi nak membantu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah membalas sebaik baik ganjaran Cikgu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2016 12:31 PM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
siskepoh replied at 4-11-2016 05:56 AM
mulianya hati mereka. semoga dimurahkan rezeki

perasan tak kalau jenis melayu macam ni (jenis baik) biasanya individual.perseorangan.   tapi jenis rosak macam rempit pecah amanah (jenis jahat) biasanya berkumpulan. ada geng.

orang tua tua dahulukala macam inilah. dia nak buat sesuatu perkara cth bina masjid. terus dia bina. apa pedulik kos dan sebagainya. zaman sekarang tapak ada.simen ada tapi x siap siap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 09:46 PM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 1.043725 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list