Edited by eddlisa_uyuk at 4-11-2016 07:46 AM
LOS ANGELES: Sejak tahun lalu, Sylvester Stallone sangat teruja berkicau di Twitter membocorkan rahsia bahawa filem Rambo akan menemui peminat dengan tajuk “Rambo: Last Blood“.
Sungguhpun begitu, filem yang melonjakkan nama Stallone melalui Rambo sekitar 1980-an itu tidak mengembalikan peranan Stallone beraksi sebagai Rambo yang gagah dan bijak itu, menurut Ace Showbiz sebagaimana dilaporkan Rauters.
Tidak seperti pada 2008, Stallone masih memegang watak Rambo, kini dengan penampilan Stallone yang sudah berusia, Rambo memerlukan aktor muda yang baru dan filemnya mungkin bertajuk Rambo: New Blood. Ariel Vromen yang pernah membikin filem kriminal The Iceman dan thriller Criminal ditampilkan sebagai sutradara baru Rambo. Sementara McLaren yang pernah menulis nashkah How It Ends dan Line of Sight diberi tanggungjawabmenuliskan skrip Rambo baru ini. Menurut The Hollywood Reporter, projek Rambo baru difilemkan berkaitan dengan watak James Bond, namun tidak diperincikan bentuk kaitannya, lapor berita hiburan CNN.
Rambo watak utama novel David Morrell 1972, berjudul First Blood disesuaikan dengan pasca-perang Vietnam melibatkan komando Amerika. Hollywood mengadaptasinya ke dalam filem 10 tahun kemudian dan ia meledak di dunia filem menjadikan Rambo idola baru anak muda. Pada 1985, Stallone beraksi semula untuk sekuen filem kedua Rambo: First Blood Part II.
James Cameron membuat aksi Rambo lebih gagah tanpa belas ihsan menghadapi musuhnya dalam perang Vietnam. Pada 1988 sekuen Rambo III kembali ke layar, namun Rambo III bukan sahaja tidak masuk box office, bahkan Rambo III mendapat pencalonan Filem Terburuk untuk Anugerah Razzie atau Raspberi Emas sebagai.
Sementara, Sttallone sendiri memenangi Pelakon Terburuk untuk filem berkenaan menerima oskar murah bernilai AS$4.97 (RM10) ketika itu. Watak Rambo yang hampir mati itu dikembalikan semula ke layar perak 2008 atas inisiatif Stallone tampaknya seperti mahu mengembalikan maruah Amerika yang sebenarnya kalah dalam perang Vietnam.
Rambo IV hanya mendapat pulangan pungutan AS$42 juta berbanding kos bajet AS$50 juta. Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi pembikinan filem terkini, pasti ramai peminat Rambo sedia menonton filem yang pernah box office dan mewarnai nostalgia zaman remaja mereka dahulu.
|