Anda inginkan kelainan untuk menghias majlis perkahwinan anda? Anda ingin menggunakan chandelier sebagai salah satu hiasan untuk majlis perkahwinan anda tetapi harga yang ditawarkan mahal? Anda boleh mencuba DIY benang chandelier ini dengan bajet yang lebih murah dan lebih kreatif. Di sini kami menyediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan benang chandelier.
Bahan-bahan yang perlu ada : - Tapak dawai chandelier.
- Benang (pelbagai warna)
- Gunting
- Double tape
- Tali
Cara-caranya : - Mulakan dengan melilit tapak dawai chandelier dengan menggunakan double tape.
- Kemudian, lilitkan benang di tapak dawai chandelier mengikut kreativiti anda. Anda boleh melilitnya secara berselang-seli dengan menggunakan benang yang berlainan warna.
- Selepas selesai melilit benang di tapak dawai chandelier, anda perlu gantungkan benang chandelier anda dengan menggunakan tali dalam bentuk segi tiga supaya benang chandelier anda di gantung dengan rata. Anda juga boleh meletakkan mentol untuk dijadikan sebagai lampu.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|