|
PERSATUAN penjaja dan pengusaha restoran India Muslim berjanji tidak akan menaikkan harga jualan makanan mereka dalam tempoh terdekat walaupun harga minyak masak akan dinaikkan mulai 1 November ini.
Namun, kedua-dua pihak tersebut menjelaskan, mereka tetap akan menaikkan harga jualan makanan sekiranya berlaku peningkatan kos-kos lain yang perlu ditanggung.
Presiden Persatuan Penjaja Persekutuan Malaysia, Yaw Boon Choon ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh berkata, memang tidak dinafikan, kenaikan harga minyak masak sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan golongan penjaja, tetapi pihak persatuannya memberi jaminan tidak akan menaikkan harga jualan makanan dengan serta-merta.
"Kenaikan harga minyak masak kali ini tidaklah terlalu tinggi dan tidak memberi kesan ketara kepada penjaja. Bagaimanapun, bagi penjaja yang menjual makanan yang perlukan minyak masak yang banyak, sudah tentu mereka akan merungut jika makanan dijual tidak dinaikkan harga," kata Boon Choon.
Sementara bagi Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), T Muthusamy berkata, sekiranya pihaknya menaikkan harga, sudah tentu akan membebankan pelanggan terutama sekali pelajar kerana merekalah yang kerap mengunjungi restoran.
"ersatuan kami pernah mencadangkan kepada kerajaan agar membenarkan koperasi yang ditubuhkan oleh persatuan kami menjual barang-barang seperti beras, gula, minyak masak dan tepung kepada ahli-ahli kami sendiri.
"Harga yang dijual oleh koperasi sudah tentu akan lebih murah dan sudah tentu ahli-ahli kami pun akan jual dengan harga yang murah. Langkah ini juga akan menguntungkan pelanggan," katanya.
Janji siapakah yang akan ditepati dan janji siapakah yang akan dicapati minggu depan...sama sama kita nilai.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...harga-1.576237
|
|