CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 12

Irsyad Usul Al Fiqh - website Pejabat Mufti KL

[Copy link]
Post time 20-10-2016 04:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-10-2016 05:02 AM

IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-8: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS

Written by Muhammad Fahmi Rusli.

Mukadimah


Baru-baru ini, di antara tajuk yang dikupas oleh pembentang di dalam seminar ‘Home of Hadith’ adalah berkenaan dengan ilmu usul fiqh di sisi ahli hadis. Kita semua tahu bahawa ulama feqh tidak semestinya merupakan seorang ulama di dalam bidang hadis, dan begitulah juga sebaliknya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam al A’masy Rahimahullah:
يَا مَعْشَرَ الفُقَهَاء أَنْتُمْ الأَطِبَّاء وَنَحْنُ الصَّيَادِلَة
Maksudnya: Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan ahli farmasi. Rujuk Nasihah ahl-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi(1/45).


Berdasarkan kata-kata di atas, dapatlah kita tahu bahawa pengkhususan kedua-duanya di antara para fuqaha dan ulama hadis adalah berbeza. Para fuqaha ibarat doktor yang merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan mengulas isu ini dengan lebih lanjut.

Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri
Di antara perkara yang tidak dapat dinafikan, di sana terdapat para ulama besar di dalam bidang hadis yang memiliki mazhab feqh yang tersendiri. Mazhab-mazhab mereka, ada yang masih kekal sehingga kini dan ada juga yang tidak kekal dan tidak dikembangkan oleh para pengikutnya. Namun pendapat-pendapat mazhab tersebut tidaklah hilang, akan tetapi ia tetap disebutkan di dalam kitab-kitab feqh yang muktabar.
Di antara contoh ulama hadis yang memiliki mazhab tersendiri adalah:


1- Imam Malik Bin Anas (W. 179 H)
Imam Malik bin Anas rahimahullah terkenal sebagai ulama yang mempelopori madrasah ahli hadis. Sebagaimana yang kita tahu, aliran ini sangat berpegang kuat dengan hadis-hadis dan athar dari Nabi S.A.W dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan juga hukum. Mereka tidak mendahulukan qiyas atau pendapat rasional ke atas hadis-hadis. Walaupun begitu, itu bukanlah bermakna Imam Malik tidak menguasai dan pakar berkenaan ilmu feqh. Bahkan beliau merupakan seorang mujtahid mutlak dan pemilik mazhab feqh yang masyhur.


Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah mendefinisikan mujtahid sebagai: “Seseorang yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Iaitu kemampuan untuk mengistinbat hukum-hakam syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsili”. Lihat al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Dr. Abd al-Karim Zaidan. Hlm. 402.
Berdasarkan definisi di atas, dapatlah kita fahami bahawa Imam Malik juga merupakan seorang ulama feqh yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik sekalipun beliau terkenal sebagai tokoh aliran ahli hadis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2016 04:58 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-10-2016 05:02 AM

2- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (W. 256 H)

Beliau rahimahullah merupakan seorang ulama hadis yang sangat masyhur. Kitabnya yang agung iaitu Sahih al-Bukhari dianggap sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran. Walaupun begitu, beliau juga turut menguasai ilmu feqh dan juga usul al-fiqh dengan baik. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa ulama yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahid.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (W. 728 H) Rahimahullah: “Adapun al-Bukhari dan Abu Daud maka kedua-duanya merupakan imam di dalam feqh dan juga tergolong dari kalangan ahli ijtihad (mujtahid)”. RujukMajmuk al-Fatawa (20/40).


Kata al-Syeikh al-Allamah Anuar al-Kashmiri (W. 1352 H) Rahimahullah: “Dan ketahuilah bahawasanya al-Bukhari merupakan seorang mujtahid yang tidak ada keraguan padanya. Adapun yang mengatakan beliau bermazhab al-Syafie adalah kerana beliau mempersetujuinya pada permasalahan-permasalahan yang masyhur sahaja”. Lihat Faydh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari (1/58).



Kata Muhammad bin Basyar: “Telah masuk ke tempat kita hari ini ketua bagi segala fuqaha’ (merujuk kepada al-Bukhari)”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/6).
Kata Ahmad bin Abi Bakr al-Madini: “Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) lebih faqih dan lebih ‘alim di sisi kami daripada Ibn Hanbal (Imam Ahmad)”.


Kata beliau lagi: “Sekiranya kau berjumpa dengan Malik dan kau melihat wajahnya serta wajah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) nescaya kau akan berkata: Kedua-duanya setaraf dalam ilmu feqh dan ilmu hadis”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/19).


Justeru, sebagaimana yang kita ketahui bahawa seorang mujtahid itu tidaklah mendapat gelaran tersebut melainkan dia menguasai al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan seumpamanya dengan mendalam. Yang mana kesemuanya ini adalah termasuk di dalam perbahasan usul feqh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 04:59 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-10-2016 05:04 AM

Ulama Hadis Mengistinbat Faedah Feqh Daripada Hadis

Sebahagian ulama hadis mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam mengeluarkan hukum dan faedah yang terdapat di dalam hadis-hadis.


Di antaranya ialah al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah (W. 852 H).

Beliau sangat terkenal dengan kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah bagi Sahih al-Bukhari.
Bahkan sebahagian ulama menyebut bahawa tidak ada hijrah lagi selepas al-Fath (merujuk kepada Fath al-Bari). Di antara tanda yang menunjukkan kepada keilmuan Ibn Hajar di dalam ilmu usul al-fiqh dan juga feqh ialah ketika beliau mengeluarkan berpuluh faedah feqh daripada sebuah hadis iaitu sabda Rasulullah S.A.W:


يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ

Maksudnya: Wahai Abu Umair, apakah yang telah dilakukan oleh al-Nughair (seekor anak burung yang kecil).
Sahih al-Bukhari (6129)


Berdasarkan hadis di atas, para ulama telah mengeluarkan beberapa faedah dari hadis ini. Ia terdiri dari faedah feqh, akhlak, dan seumpamanya.

Di antara yang terawal mengeluarkan faedah daripada hadis ini ialah

Imam Ibn al-Qaas al-Syafie (W. 335 H)  

- yang merupakan seorang faqih dari kalangan pengikut mazhab al-Syafie.

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa di antara sebab yang membawa Ibn al-Qaas mengeluarkan faedah-faedah yang banyak daripada hadis ini adalah kerana terdapatnya sebahagian golongan yang mencela ahli hadis dengan mengatakan mereka meriwayatkan sesuatu yang tidak ada faedah padanya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar. (10/584).




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 05:00 AM | Show all posts
Walaupun Imam Ibn al-Qaas tergolong dari kalangan fuqaha, akan tetapi turut terdapat para ulama hadis yang telah memberikan isyarat berkenaan feqh al-hadis yang terdapat daripada hadis ini. Di antara mereka ialah Imam Abu Hatim al-Razi, Imam al-Tirmizi, dan juga Imam al-Khattabi. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/585).


Selain dari itu, Imam Ibn Batthal (W. 449 H) yang merupakan seorang ulama besar di dalam ilmu hadis dan telah mensyarahkan Sahih al-Bukhari juga turut mengeluarkan beberapa faedah lain dari hadis tersebut sebagai tambahan dari apa yang telah disebutkan oleh Ibn al-Qaas. Di antaranya ialah:


1- Keharusan sajak (rima akhir yang sama) di dalam ucapan selama mana tidak terdapat unsur takalluf(memberat-beratkan).
2- Sajak tidak terhalang untuk berlaku daripada baginda Nabi S.A.W · Bolehnya meriwayatkan hadis dengan makna. Ini kerana kisah ini sebuah kisah yang sama akan tetapi ia datang dengan lafaz yang pelbagai.
3- Memegang kepala anak kecil untuk berlemah lembut dengannya. Demikianlah beberapa faedah ataupun feqh al-hadis yang disebutkan oleh para ulama hadis berdasarkan hadis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga turut mempunyai pengetahuan di dalam ilmu usul feqh sehingga boleh mengistinbat hukum-hakam daripada hadis-hadis.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 05:01 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-10-2016 05:04 AM

Ulama Hadis Menjadi Mufti Dan Qadhi

Di dalam sejarah, di sana terdapat ulama-ulama hadis yang telah di angkat ke jawatan Mufti dan juga Qadhi. Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jawatan ini memerlukan seorang itu memiliki kepakaran dalam berijtihad, penguasaan ilmu usul feqh dan feqh yang baik, serta mengenali dalil-dalil yang bersifat ijmali.


Di antara mereka ialah:



1- Imam Abu Zur’ah al-Dimasyqi (W. 302 H)
Beliau adalah al-Imam al-Kabir al-Qadhi Abu Zur’ah Muhammad bin Uthman bin Ibrahim. Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Qadhi di Diyar al-Misriyyah pada tahun 284 H. Beliau merupakan seorang ulama bermazhab Syafie. Selain itu beliau juga turut memegang jawatan sebagai qadhi di Dimasyq.



2- Imam Ibn Hibban. (W. 354 H)

Beliau merupakan al-Imam al-Allamah Syeikh Khurasan Abu Hatim Muhammad bin Hibban iaitu pemilik kitab Sahih Ibn Hibban yang masyhur. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang yang pakar di dalam ilmu feqh dan juga bahasa arab. Kata Imam al-Hakim: “Adalah Ibn Hibban merupakan seorang yang sangat alim di dalam ilmu feqh, bahasa arab, hadis, memberi peringatan, dan beliau dari kalangan lelaki yang paling berakal”. Lihat Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).


Beliau juga merupakan seorang qadhi (hakim) yang bertugas di wilayah Samarqand. Kata Abu Sa’ad al-Idrisi: “Beliau menjalankan qadha’ di Samarqand dalam beberapa tempoh dan beliau dari kalangan golongan yang faqih dalam agama”. Rujuk Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).
Ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun beliau merupakan seorang tokoh besar di dalam ilmu hadis dan banyak menulis kitab berkenaan ilmu hadis, pun begitu beliau tetap mempunyai kemahiran yang luas di dalam feqh dan juga usul al-fiqh.


3- Imam Ibn Hajar al-Asqalani (W. 852 H)

Pada tahun 811 H, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dilantik untuk menjadi mufti di Dar al-Adl sehinggalah beliau wafat. Di dalam sehari beliau mengeluarkan fatwa sebanyak 30 fatwa. Bahkan beliau juga turut mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan sekalipun ketika beliau sedang mengembara. Ini menunjukkan kemampuan dan kemahiran beliau dalam berfatwa. Rujuk al-Jawahir wal-Durar, al-Sakhawi (2/600).




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2016 05:01 AM | Show all posts
Penutup

Akhir kalam, kami nyatakan bahawa memang di sana terdapat perbezaan di antara ulama feqh dan juga ulama hadis. Ini disebabkan berbezanya lapangan kajian yang dilakukan di antara kedua-dua golongan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa para ulama hadis juga ramai yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik dan menggunakannya di dalam kitab-kitab mereka. Ini boleh kita dapati apabila kita membaca kitab-kitab yang membicarakan tentang hadis-hadis hukum seperti Nailul Author karya Imam al-Syaukani dan juga Subul al-Salam karya Imam al-Son’ani.

Kami berharap agar penjelasan yang sedikit ini akan memberikan kefahaman kepada para pembaca. Ameen.



sumber :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... di-sisi-ulama-hadis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan :
1) Apakah itu fekah?
2) Apakah rukun2 fekah?

Cukuplah 2 soalan yg belum pernah org tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cabaran utama para ulama adalah memahami hakikat ilmu fekah (memahami).

Jika selama ini kita kenal makna fekah, pastinya kita kenal rukun2 fekah.

Sesuatu ilmu wajib dipelajari jika "tidak tahu". Soalnya, kita tahu byk perkara yg berkait-rapat dgn dasar sesuatu ilmu itu mempunyai rukun2nya, akan tetapi "dimana kita berada" ketika menyatakan Fekah sedangkan tidak tahu akan rukun2nya? Tak rasa "pelik"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 21-10-2016 11:30 AM

Kita tahu, Islam ada rukunnya, Iman pun ada rukunnya. Apakah itu rukun Fekah? Adakah fekah itu LEBIH BESAR dari Islam dan Iman hingga TIDAK MAMPU utk dinyatakan akan rukun2nya?

Sedangkan solat pun adq rukun2nya. Inikan pula Fekah?

Mungkin saya ini seorg yg jahil. Tapi sekurang2nya, saya tahu Fekah ada rukun2nya. Dan saya BELUM PERNAH NAMPAK LAGI ulama yg menyatakan rukun Fekah sedangkan mereka menceritakan Fekah?

Tidakkah itu kelihatan JANGGAL?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini cadangan saya : Semua mufti2, ulama2 gi buat meja bulat, cari kata sepakat makna Rukun Fekah dan sertakan dalil2 dari AlQuran jika diizinkan Allah.

Insya'allah....

Dengan cara ini, barulah ILMU FEKAH tidak disalah-guna oleh org awan dan golongan extremis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam saya pernah katakan sebelum ini, kita semua ni bongok. Dia sahaja yg mampu hilangkan "bongok" itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 22-10-2016 09:43 PM

285. Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali". [Surah Al-Baqarah]

Rukun Fekah itu ada 2 sahaja
1) Dengar
2) Taat

Mentafsir dan mentakwil ilmuNya bukan kerja "budak2 sekolah" yg bertuhankan AKAL, akan tetapi hak mutlak dari sisi Allah. Jika Allah mahukan sesuatu umat itu faham agama, Dia akan gantikan sesuatu yg "tidak terduga oleh sesiapa" sedangkan Al-Quran itu senantiasa dibaca oleh kita semua.

Jika ada sesiapa yg nak menyangkal hujah ini, silalah berikan dalil (jika mampu). Dan jika tidak mampu, ketahuilah! Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sekian, harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 22-10-2016 10:11 PM

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. [Ali ‘Imran/3:190-191]

Dan pastinya, tidak sia-sia Al-Quran melainkan mereka-mereka yg mensia-siakannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.649395 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list