Dengan sendirinya, teh mempunyai beberapa ciri-ciri detoxing semula jadi. Tetapi dengan membuat teh detox sendiri itu adalah perkara yang lebih baik. Berikut adalah empat resepi sihat, resepi teh detoxing semula jadi dimana anda boleh membuatnya dengan mesin pengisar anda sendiri. Diharapkan diy teh detox dapat membantu anda.
Epal cider cuka teh detox Walaupun anda akan berbau tajam dengan epal cider cuka, tetapi ramai yang suka menggunakannya sebagai alternatif semula jadi untuk kencantikkan muka. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk bantuan sembelit atau kulit gatal. Untuk membuat minuman ini, anda perlukan air masak, epal cider cuka , jus lemon, serbuk kayu manis dan madu. Cara untuk membuatnya, anda perlu campurkan 1.5 liter air masak, 4 sudu besar apple cider cuka, 4 sudu besar jus lemon, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 4 sudu besar madu. Kemudian, simpankan semalaman di dalam peti sejuk.
Green teh detox Tidak hairan bahawa perubatan cina telah menggunakan teh hijau untuk beribu-ribu tahun lamanya untuk kegunaan detox badan. Selain itu, teh hijau ini juga boleh membantu merendahkan tekanan tinggi untuk mencegah kanser. Apa yang anda perlukan untuk campuran ini adalah teh hijau, buah lemon, buah strawberi, timun dan madu. Cara untuk membuatnya, anda perlu campurkan 1 uncang teh hijau, 1 keping lemon, 1 sudu teh madu, 2 biji strawberi dan 2 keping timun.
Teh halia detox Halia mempunyai beberapa detoksifikasi dalam bentuk teh juga. Teh halia ini dapat membantu terutamanya untuk pencernaan. Selain itu, teh halia ini juga boleh mempercepatkan penyingkiran toksin dalam usus anda dan memperbaiki peredaran secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, halia adalah tinggi dengan vitamin C, maka ia juga dapat melawan kesan penuaan. Bahan-bahan yang anda perlukan adalah halia mentah, air masak dan 1 biji lemon. Cara untuk membuatnya, anda perlu campurkan halia dengan air masak dalam periuk, biar seketika sehingga mendidih dan kemudian campurkan dengan satu biji lemon.
Tembikai/ timun atau lemon/ limau nipis teh detox Teh detox adalah bertujuan untuk membersihkan sistem peredaran darah dan penghadaman tubuh. Oleh itu, ia masuk akal bahawa dengan membuat teh detox semula jadi akan menjadi kesan yang terbaik. Maka, cara-cara untuk membuatnya adalah anda campurkan 1-2 liter air, tembikai atau timun, 1 biji lemon atau 1 biji limau nipis, segenggam daun pudina segar (anggaran 10-13) dan ketulan ais.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|