CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 1

on Sijil halal JAKIM & Kepengunaan Islam : awasi iklan yg menggunakan Islam

[Copy link]
Post time 18-10-2016 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 18-10-2016 12:27 AM


Syarat sijil halal perlu diperketatkan demi kualiti




KOTA BHARU 16 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak bercadang memberi kelonggaran kepada usahawan bumiputera Islam untuk memohon sijil halal bagi produk mereka, sebaliknya akan mengekalkan prosedur sedia ada.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sijil pengesahan dan logo halal dikeluarkan oleh Jakim bukan sahaja sah di negara ini malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu katanya, syarat dan prosedur ketat yang ditetapkan sebelum pemohon memperoleh sijil dan logo tersebut perlu dikekalkan demi menjaga kualiti kesemua produk yang diperakui halal oleh Jakim.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempelopori persijilan halal sehingga diakui dan diiktiraf banyak negara-negara lain. Memandangkan standard logo halal Malaysia sudah tinggi, kita tidak boleh berkompromi.
“Sebab itu untuk pihak Jakim menurunkan piawaian bagi memenuhi keperluan usahawan bumiptera Islam adalah satu tindakan yang tidak akan dilakukan,” katanya selepas merasmikan Seminar Persijilan Halal Peringkat Negeri Kelantan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
sumber asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=26971






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2016 12:25 AM | Show all posts
Awas produk guna nama agama





KUALA LUMPUR 16 Okt. – Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan diri diperbodohkan oleh pihak tertentu dalam mana-mana skim atau perkhidmatan yang berselindung di sebalik nama agama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penjenayah akan sentiasa mencari jalan mudah untuk menipu dan akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memperdaya orang ramai.

“Zaman sekarang ini macam-macam aduan kita terima, pelbagai modus operandi digunakan untuk menjerat mangsa dan tidak terkecuali mereka yang tanpa segan silu menggunakan agama sebagai platform menagih kepercayaan kita.

“Namun begitu, apa yang le-bih menyedihkan adalah apabila masyarakat kita bersikap terlalu mempercayai sehingga mereka sewenang-wenangnya membiarkan orang mengambil kesempatan. Ada kes yang kita terima mereka anggap tidak mungkin ditipu lebih-lebih lagi melibatkan agama tapi sebenar-nya itu taktik mudah untuk menjerat mang-sa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Awang Selamat dalam slot Analisis Mingguan yang menyentuh isu skim pelaburan Islamic Hotel kerana dikatakan gagal melunaskan bayaran serta dividen kepada pelaburnya sehingga mereka merasakan tertipu.

Difahamkan, walaupun pelbagai laporan telah dibuat, sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pengasasnya terhadap individu yang terlibat kerana berkemungkinan di-sebabkan kelemahan dalam sistem kawal selia skim berkenaan.

Tambah Nadzim, pihaknya menerima sekurang-kurangnya 10 aduan berhubung pelaburan skim Islamic Hotel untuk tahun ini sahaja.

“Sekiranya tiada kesedaran masyarakat kita, sampai bila-bila pun mereka akan ditipu. Dalam hal ini tidak boleh harapkan pihak berkuasa saja untuk selesaikan sedangkan mereka sendiri yang menjerumuskan diri dalam masalah itu.

“Walau bagaimanapun, kita harap pihak polis boleh tubuhkan unit khas melibatkan cawangan khas untuk menyiasat perkara ini dengan lebih teliti supaya dalang-dalang yang me-ngaut untung itu dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.UTUSAN ONLINE

sumber sekunder :

http://www.yadim.com.my/v2/?p=26974



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list