Jika anda sukakan hiasan menggunakan pasu, ini adalah DIY yang sangat sesuai untuk anda. Dimana DIY pasu tali ini sangat mudah dan murah untuk membuatnya. Anda boleh menggunakan mana-mana tali warna atau benang untuk mewujudkan suasana ceria dan indah pada perkahwinan anda.
Barang yang perlu ada: - Tali.
- Benang warna.
- Botol kaca atau pasu.
- Gunting.
- Gam.
- Bunga segar.
Cara-caranya: - Mulakan dengan meletakkan beberapa gam pada pasu, kemudian mulakan melilit dengan warna pertama anda. Anda dinasihatkan untuk memulakan di bahagian atas pasu dahulu.
- Kemudian, anda selang-selikan melilit pasu anda dengan tali dan benang. Kreativiti itu terpulang kepada diri anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan mana-mana warna yang anda suka selain dari warna contoh digambar atas.
- Pastikan semua hujung tali anda dimatikan pada satu pihak sahaja, ini kerana bahagian itu boleh digunakan untuk menghadap belakang bagi menampakkan hiasan yang sempurna.
- Selepas itu, biarkan pasu anda kering beberapa jam.
- Bila sudah kering, anda boleh meletakkan sedikit air didalam pasu anda dan mulakan hiaskan bunga segar anda didalam pasu.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|