Tidak kira berapa banyak pengantin terlibat dengan proses perancangan perkahwinan, akan ada perkara-perkara yang mereka ingin lakukan pada majlis perkahwinan mereka. Mungkin mereka akan menyesal dengan beberapa perkara yang mereka tidak sempat lakukan atau tidak sengaja lakukan. Untuk menjimatkan masa, kami telah senaraikan beberapa perkara yang kebiasaannya bakal pengantin menyesal selepas majlis perkahwinan.
Jumlah RM Apabila tetamu meninggalkan, bulan madu berakhir, dan bil-bil mula menuntut untuk dibayar. Maka, kos perkahwinan adalah perkara pertama yang pengantin-pengantin akan menyesal selepas perkahwinan. Jika anda tiada bajet komited sebenar untuk membayar kos perkahwinan selepas majlis perkahwinan, maka anda dinasihatkan untuk membuat majlis biasa-biasa sahaja. Ini kerana untuk mengelak daripada anda berhutang keliling pinggang selepas majlis.
Senarai nama tetamu Sebelum majlis perkahwinan, ia mungkin kelihatan seperti idea yang baik untuk menjemput sesiapa sahaja yang anda inginkan. Tetapi anda mungkin lupa untuk menjemput beberapa rakan rapat anda, mungkin anda terlalu sibuk untuk menguruskan perkahwinan anda sehingga anda tertinggal beberapa rakan-rakan penting anda. Maka, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, jadi anda dinasihatkan untuk membuat senarai panjang nama-nama tetamu.
Tiada senarai perancangan Kebanyakkan pengantin lupa akan tentang menyenaraikan perancangan yang terperinci untuk majlis perkahwinan mereka. Maka, mungkin ada beberapa perkara mereka tertinggal untuk melakukannya jadi ia akan membuatkan anda menyesal selepas majlis perkahwinan anda berlangsung. Jadi, anda dinasihatkan untuk menyenaraikan perancangan yang terperinci agar anda tidak menyesal kelak.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|