CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 0

7 Bahan Yang Anda Boleh Menghilangkan Lingkaran Gelap Pada Mata

[Copy link]
Post time 7-10-2016 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Disebabkan anda terlalu sibuk untuk menguruskan majlis perkahwinan anda sendiri mungkin anda akan kekurangan tidur. Maka, terserlah lingkaran gelap bawah mata anda pada hari perkahwinan anda. Untuk mengelak dari situasi ini, mari ikuti cara-cara bagaimana untuk mencegahnya.

Hirisan timun
Timun kaya dengan kandungan air dimana ia akan membantu menghidrat kebawah mata halus anda. Selain itu, ia juga mempunyai vitamin K iaitu untuk membantu mengurankan sebarang keradangan atau perubahan warna. Maka, untuk membuatnya anda hanya perlu memotong timun secara nipis dan biarkan beberapa minit sebelum menggunakannya.

Hirisan kentang
Jika anda tiada timun dirumah, ada juga boleh mencuba dengan menggunakan hirisan kentang untuk menggantikanya. Caranya adalah sama, anda perlu menghiris kentang anda secara nipis, kemudian letakkan beberapa minit kedalam peti sejuk.

Daun pasli
Anda juga boleh menggunakan daun pasli bagi menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Daun pasli ini adalah kaya dengan vitamin C dan K, dimana ia dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bengkak bawah mata. Cara untuk menggunakanya adalah dengan mencampurkan daun pasli yang dicincang didalam air panas, ini adalah untuk mengeluarkan air daun itu. Kemudian, biarkan ia sejuk dan letakkan dibawah mata anda dengan menggunakan span makeup.

Mask kunyit
Kunyit adalah salah satu rempah yang sangat banyak kegunaanya. Dimana bahan curcumin yang aktif dalam kunyit  boleh menjadi ejen anti-radang yang kuat yang boleh mengurangkan keadaan bengkak dan juga mencerahkan warna pudar. Caranya adalah dengan mencampurkan kunyit kedalam air nenas dan kemudian letakkan terus kepada lingkaran hitam anda. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati untuk tidak sapukan terlalu dekat dengan mata anda.Selepas sepuluh minit, lapkan sisa dengan menggunakan tuala kecil yang hangat. Air nenas ini adalah berfungsi untuk mencerahkan kulit, dimana ia kaya dengan vitamin C.

Bags tea
Tea bukanlah hanya digunakan untuk dihidangkan sebagai minuman, ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan saluran darah dan juga mencerahkan bayang-bayang apabila ia diletakkan pada kulit anda. Selepas anda selesai minum air tea anda, bags tea anda boleh diletakkan didalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 20 minit. Kemudian, anda boleh letakkan pada mata anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.030231 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list