CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 1

Cara Untuk Memilih Jurugambar Perkahwinan

[Copy link]
Post time 14-9-2016 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 14-9-2016 04:03 PM



Memilih jurugambar perkahwinan adalah keputusan yang paling sukar bagi pengantin untuk merancang perkahwinannya, kerana banyak aspek perlu mereka lihat sebelum membuat keputusan muktamat. Maka, jom kita ketahui bagaimana untuk memilih jurugambar perkahwinan yang terbaik.

Buat senarai panjang
Banyakkan senarai nama jurugambar kerana ia dapat menyenangkan untuk anda membuat perbandingan dan membuat pilihan jurugambar yang anda suka. Selain itu, jika anda membuat majlis perkahwinan contohnya di johor, tetapi jurugambar pilihan anda berada di selangor, maka anda perlu pastikan jurugambar anda sanggup untuk menjadi jurugambar disana.

Cari seseorang yang kena dengan style anda
Jurugambar mempunyai gaya mereka tersendiri, dan selalunya mereka tidak akan berubah. Maka tidak adil untuk menempah jurugambar dan kemudian anda meminta mereka untuk meniru gambar yang anda lihat di online. Jurugambar adalah profesional kreatif, jadi anda perlu memilih seseorang yang berkebolehan dan anda perlu percaya seratus peratus, dan bukannya anda cuba untuk mengarahkan mereka pada hari perkahwinan anda atau mengharapkan mereka mengubah gaya mereka untuk mengikut citarasa anda.

Sesuai dengan bajet anda
Mungkin untuk mencari jurugambar yang berkemahiran, berbakat, dan cekap datang pada harga yang agak mahal, tetapi anda bukan sahaja membayar mereka untuk masa mereka pada hari perkahwinan anda, tetapi anda membayar mereka pada pengalaman, peralatan dan editing mereka. Selain itu, jurugambar yang profesional kebiasaanya mempunyai disiplin dan prinsipnya sendiri untuk mengurukan gambar-gambar perkahwinan. Jadi ada sebab yang terbaik mengapa mereka adalah mahal, disebabkjan itu anda perlulah memperuntukkan bajet anda dengan sebaiknya.

Pilih seseorang yang anda boleh bekerjasama
Jika anda tidak suka personaliti jurugambar anda walaupun mereka mengambil gambar yang paling menakjubkan, maka anda dinasihatkan supaya jangan mengambil mereka. Ini kerana, kebanyakkan pasangan tidak sedar bahawa mereka akan menghabiskan banyak masa dengan jurugambar mereka, jadi ia adalah penting untuk mengambil seseorang yang akan anda senangi. Cuba yang terbaik untuk bertemu, atau sekurang-kurangnya skype dengan mereka sebelum majlis perkahwinan anda supaya anda sudah mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Melihat blog kahwin
Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti fotografi yang anda suka dan mencari seorang jurugambar yang anda suka adalah dengan melihat blog perkahwinan mereka. Dengan melihat banyak majlis perkahwinan sebenar, anda akan mendapat idea yang baik untuk perkahwinan anda. Maka, pastikan anda melihat blog jurugambar anda sebelum anda membuat keputusan muktamat.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 11:53 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.096782 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list