Edited by eltyna at 9-9-2016 09:28 AM
Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh membuat bunga tangan anda sendiri. Dengan membuat bunga tangan sendiri, anda akan berasa puas hati dan bangga untuk membawa bunga tangan anda pada hari majlis perkahwinan. Untuk membuat bunga tangan, anda perlulah mencari ruang kerja yang bersih dan luas. Selain itu, pastikan juga semua bunga anda disimpan di dalam baldi besar semasa proses membuatnya.
Barang yang perlu ada: - Bunga segar.
- Gunting bunga.
- Tape bunga.
- Riben/ tali.
- Pin.
Cara-caranya: - Pastikan bunga-bunga anda dibuang duri dahulu dan daun-daun anda dicabut dari batangnya dan tinggalkan daun yang paling atas untuk membuat sebagai hiasan.
- Dimulakan dengan memilih 2-4 bunga untuk dijadikan tapak pada bunga anda. Pastikan anda menyusun dengan cara 1 hingga 1 1/2 inci batang yang terdedah diantara satu sama lain.
- Kemudian, mula membina sejambak bunga anda dengan menambah sedikit demi sedikit bunga dan diselang selikan dengan batang daun. Anda dinasihatkan dengan mengabungkan pelbagai warna untuk menciptakan komposisi yang menarik pada jambangan.
- Apabila anda berpuas hati dengan sejambak bunga anda, anda harus membalut bunga anda dengan menggunakan tape bunga supaya mewujudkan konsisten.
- Selepas itu, balutkan bunga anda dengan riben bagi mencantikkan lagi jambangan bunga dan juga pinkan ia agar riben anda tetap dikedudukannya.
- Akhir sekali, potong batang jambangan anda dan pastikan bahawa kesemua panjang batang adalah sama selepas momotong.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.comPhoto credits: Google
|