CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 0

Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Mencari Baju Pengantin Part 3

[Copy link]
Post time 7-9-2016 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Proses mencari baju impian anda boleh memberi tekanan kepada diri anda, kerana anda kemungkinan akan mencuba atau memiliki sesuatu baju yang mahal dalam hidup anda. Maka, proses itu akan menjadi rumit dan mengerikan. Selain itu, dengan semua mata yang akan melihat anda, apatah lagi foto akan menjadi kenangan selama-lamanya, sudah tentu anda mahu kelihatan sempurna pada majlis perkahwinan anda. Tetapi apakah makna sempurna bagi anda? adakah pakaian terbaik anda bermaksud pakaian yang membolehkan pergerakan yang cukup. Berikut adalah part 3 panduan utama untuk mencari pakaian impian anda.




Jangan mencuba gaun atas bajet anda
Jika anda tidak mampu dan mempunyai had bajet yang tersendiri, tidak ada gunanya untuk mencuba pada pakaian perkahwinan yang anda tidak maampu. Ini kerana, anda hanya akan membuang masa dan mendera diri anda sendiri. Maka, anda seharusnya pilih dan terus mencuba pakaian yang kena dengan bajet anda.

Pertimbangkan membeli-belah dalam online
Mengikuti trend terkini, sudah sekitar 18 peratus daripada pengantin akhirnya membeli baju pengantin secara online. Ini kerana, ia dapat menjimatkan masa pengantin tanpa mereka pergi ke setiap butik pengantin untuk memilih pakaian yang mereka sukai. Hanya mengunjungi satu website, anda sudah boleh dapati banyak pilihan butik didalamnya.

Jika anda bersaiz besar, bertanya dahulu
Keadaan akan menjadi teruk bila mana anda pergi ke butik pengantin dan mendapati mereka hanya mempunyai sampel bersaiz kecil sahaja dan anda juga hanya membuang masa anda sahaja. Maka, anda disarankan untuk membuat panggilan dahulu untuk memastikan sampel di butik anda mempunyai baju pengantin yang bersaiz besar untuk gaya yang anda mahu cuba.

Pilih jika anda lebih tradisional atau bergaya
Mungkin anda adalah seorang yang jenis lebih mahu kelihatan klasik dan dan abadi pada hari perkahwinan anda, maka pilihan songket adalah pilihan yang terbaik. Atau mungkin anda seorang fashionista yang suka pada fesyen yang up-to-date. Jika demikian, anda perlu cuba pada beberapa trend pada 2016.

Mengambil inspirasi daripada gaya selebriti
Walaupun anda mungkin tidak mempunyai bajet perkahwinan yang tinggi, tetapi anda masih boleh mendapatkan inspirasi daripada gaya mereka dan olah kepada gaya yang anda mahu meniru dalam pakaian perkahwinan anda. Mungkin pakaian olahan anda akan mendapat inspirasi kepada bakal pengantin yang lain.

Tetap kepada apa yang anda suka
Anda mungkin seorang yang senang berubah hati apabila anda mendapat kritikan daripada ibu, kakak atau kawan anda pada pakaian perkahwinan anda. Tetapi jika perunding anda dan anda juga suka dan rasa itu pakaian impian anda, anda haruslah tanpa mengira kritikan orang lain.

Cuba pada pakaian selain warna putih
Jika anda seorang yang berani dan suka kepada sesuatu yang baru mungkin anda boleh mencuba pakaian selain warna putih, ia mungkin tidak sesuai untuk anda, tetapi kajian menunjukkan 14 peratus daripada pengantin akan memakai baju pengantin berwarna. Maka, jangan takut untuk menjadi unik.

Pilih butik dalam bajet anda
Jika anda memilih butik pengantin yang dalam bajet anda, anda akan berasa anda mempunyai pilihan yang luas dan juga mempunyai pelbagai dengan gaya impian anda, dan bukanya perasaan seperti anda perlu memilih pakaian perkahwinan yang terhad sahaja. Maka, pilihan butik pengantin yang betul adalah satu keputusan yang sangat penting bagi bakal pengantin.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044184 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list