Bunga tangan adalah salah satu gaya yang paling penting setiap pengantin untuk tarik perhatian tetamu anda. Hari ini, bunga tangan adalah satu bahagian yang tidak dapat dielakkan bagi penampilan setiap pengantin perempuan. Sejambak bunga perkahwinan dianggap membawa kebahagian dalam perkahwinan, manakala reben yang mengikat sejambak bunga melambangkan persekutuan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya untuk sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan watak mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
Bunga Ros Warna ‘Beige’: Kesopanan. Warna Putih: Kesucian. Warna Merah: Cinta dan kebahagian. Warna Merah Jambu: Menarik. Warna Jingga: Terpesona. Warna Kuning: Persahabatan.
Bunga Hydrangea: Kebanggaan, Harga diri. Bunga Carnation: Keberanian. Bunga Orchid: Kecantikkan. Bunga Tulip: Cinta. Bunga Lily: Keagungan. Bunga ‘Lily of the Valley’: Kesucian dan rendah diri. Bunga Peony: Aura positif. Bunga Calla lily: Kesucian dan keimanan. Bunga Ranunculus: Daya tarikan. Bunga Gardenias: Kegembiraan.
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|