CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2145|Reply: 0

Panduan Untuk Memilih Kasut Perkahwinan Anda

[Copy link]
Post time 18-8-2016 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 18-8-2016 09:11 AM


Kita gemar memakai kasut yang flats, tumit, atau sandal. Jadi, agak jarang kita jumpa kasut yang kita tidak suka. Tetapi itu tidak bermakna memilih kasut perkahwinan anda adalah satu tugas yang mudah kerana kita perlu tahu konsep yang sesuai untuk perkahwinan kita. Maka, kami kongsikan tip-tip utama untuk untuk mencari kasut yang sesuai untuk bakal pengantin.

Jangan beli saat-saat akhir
Beberapa kasut ‘handmade’ mungkin perlukan banyak masa untuk menyiapkannya, maka anda perlu manghantar lebih awal kepada pakar kasut. Ini bermakna anda akan mendapat kasut lebih awal dan dapat menjimatkan banyak penderitaan untuk menunggu kasut impian anda. Selain itu, kasut juga sangat penting untuk anda suai padankan kepada pakaian perkahwinan anda.

Melengkapkan gaya anda
Bakal pengantin kebiasaanya meletakkan banyak usaha untuk mencari pakaian yang sesuai atau paling cantik untuk perkahwinannya, selain itu ia kemungkinan besar membawa maksud, pakaian anda mewakili perasaan dan gaya anda. Maka, lihatlah tema pakaian yang anda rasa paling menarik. Adakah tema unsur elegan atau klasik, jika anda memilih tema unsur klasik maka pilihlah unsur-unsur yang sama dalam kasut perkahwinan anda untuk melengkapkan pakaian anda dan gaya anda.

Pilih yang selesa
Anda boleh selesa tanpa mengorbankan gaya anda. Apabila anda memilih kasut anda, anda perlulah mencari padding yang tebal untuk menghilangkan kebas, atau memilih kasut dari buatan bahan-bahan semula jadi yang membolehkan ‘breathability’.

Nilai sentimental VS Nilai praktikal
Ini adalah penting untuk anda memutuskan jika anda sedang mencari kasut untuk nilai yang sentimental atau praktikal. Jika anda mahu sesuatu yang nilai sentimental, anda perlu memberi tumpuan carian anda pada kasut pengantin yang boleh disimpan lama sebagai diturunkan untuk pusaka. Jika anda adalah seorang yang suka kepada nilai praktikal, anda perlulah melabur kasut yang boleh dipakai gaya harian anda supaya anda boleh memakainya lagi selepas hari perkahwinan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069107 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list