|
Islam : peranan akal dan hikmah dan era ledakan maklumat ~ 34
[Copy link]
|
|
hikmah, hakam, hakim, hukama |
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
in dis world both needed ..
dengan erti kata d'dalam terminologi ugama kita bermaksud ..
memerlukan dua ilmu ..
- fardhu 'ain (setiap individu wajib ) habluminallah .. hubungan dengan Allah
- fardhu kifayah (science) habluminannas .. hubungan dengan manusia
tapi fardhu kifayah mesti d'pandu dan berpedoman dengan fardhu 'ain ..
but hereafter/akhirat hanya memerlu fardhu 'ain aje ..
habluminallah tidak perlukan habluminannas ..
يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ۬ لِّنَفۡسٍ۬ شَيۡـٴً۬ـاۖ
[Yaitu] hari [ketika] seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain.
وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلَّهِ
Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
Setiap manusia itu pada hakikatnya ada dua diri, yakni diri akali dan diri hayawani, diri akali hakikat nya diri naqli
diri hayawani hakikat nya diri syaithani
pada pengetahuan tasauf hanya ada satu diri ..
tapi diri ini boleh berganti menjadi apa yang bertukar pada martabat ..
perbedaan ..
pangkat diri .. darajat diri .. naik atau turun .. berganti
martabat maqam tempat kedudukan .. hina atau mulia .. bertukar
maka tempat tukar menentukan akan ketetapan ganti
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca hingga KERAIH perut...
|
|
|
|
|
|
|
|
The Case Against State Terrorism
Ditulis oleh Dr. Mohd Sani Badron. Posted in The Star
Extremism refers to an attitude of exceeding the limits of golden mean. As to how to determine the right and golden mean in any situation, the answer is that the mean must be ascertained through religion and sound reason.
Without the aid of religion and reason as two inseparable civilising forces, one tends to be presumptuous, passing beyond the proper bounds of one’s sphere in intellectual and social lives, and therefore to act wrongfully.
We had identified two basic types of theological extremism (The Star, 19 July 2016). We had also implied another sort of extremism, which manifests as “state terrorism” and “state-sponsored terrorism,” perpetrated by rulers and political leaders who are haughty, insolent and tyrannical.
In the Qur’an, God prototypes such a leader by the Pharaoh, the Amalekite king of ancient Egypt. Another personification of this extreme evil is Nimrod, historically the first man to claim he was God having absolute power and hence tyrannised the Mesopotamian people.
Their reign and rule means society’s tragic departure from moral and religious truths, resulted in social disintegration, mutual discord, fear and violence. They embroiled their countries in endless warfare or struggle destructive to all.
Being intoxicated with their worldly power, such leaders tend to be domineering over their subjects in all affairs, and desire to wield an unlimited tyrannical power over them.
Whenever they exert their political power on others, they do it cruelly, with neither moral restraint nor religious consideration. They allow nothing to stop them and have unbounded confidence in their own earthly powers.
Once, in the 12th century Andalusia, the then Sultan asked Shaikh Abu Muhammad ‘Abdallah al-Qattan what the latter thought of the former’s reign and rule, at which question the Shaikh laughed out loud. On being asked the reason for his laughter the Shaikh said, “You call this mad folly you are in a dominion and you call yourself a king. You are more like he of whom God said, ‘There was a certain [unjust] king coming after them (the needy people) plundering every boat he could get by brute force,’ (18:79) which king now suffers punishment and burns in the hellfire” (R. W. J. Austin, 1971).
God recorded regal statement by the Queen of Sheba thus: “Indeed, whenever kings enter a country forcibly [by armed invasion or wrongful usurpation of power], they cause destruction and corruption in it, and make the noble ones of its people abased. And this is the way they always behave” (27:34). They act unjustly against others out of an excess of self-conceit.
Throughout the Qur’an, God condemns all political power obtained through war of aggression or criminal violence, inasmuch as it is bound to give rise to oppression, suffering and moral corruption in society.
The prophet Moses went to the Pharaoh and made him aware of the great wonder of God’s Grace. But the Pharaoh, who were too puffed up with pride to accept the Truth, committed open hostility against the prophet and the believers.
He gave the prophet the lie, rebelliously rejected revealed guidance and divine command. He quarrelled concerning God’s messages, without having any evidence for that. “Thus does God put a seal on every heart of insolent and arrogant transgressors” (40:35).
Exulting excessively in their power, wanton wealth and ease of life, leaders of the Pharaoh ilk come to behave insolently with boastfulness.
Turning his back on the prophet Moses, he gathered his people and proclaimed, “I am your Lord all-Highest” (79:20). The Pharaoh said, “Council! I did not know that you could have any deity other than myself!” (28:38).
He claimed himself to be God and committed crimes against the Egyptian people. Against the believers, his policy was to inflict terrible persecution: “We will kill their sons, and spare only their women. We have absolute power over them” (7:127). “Indeed, Pharaoh tyrannised over the land and divided the people thereof into different classes; he oppressed one class of them, slaughtering their sons and sparing only their women, for he was one of those who spread corruption on earth” (28:4).
It is such a Pharaonic claim to absolute power that is the overriding destructive force against human civilisation, whereby “he has transgressed all bounds of what is right” (20:24; 79:16) or the limits of golden mean confirmed by divine law and sound rationality.
God commands through the Prophet Muhammad in a hadith qudsi, “O My servants! I have forbidden Myself from oppressing anyone, and have made it (oppression) unlawful for you, too. Thus, you must not oppress each other” (related on the authority of Imam Muslim and Ibn Hanbal). |
|
|
|
|
|
|
|
Bayan Linnas adalah siri keterangan isu semasa bagi memandu umat Islam ke arah menghayati akidah dan syariat Islam dengan manhaj Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah dalam berfikir, beramal, berakhlak dan bermuamalat. Kenyataan ini adalah sebagai satu penjelasan secara ilmiah bagi menghilangkan keraguan dan kekeliruan masyarakat berhubung isu-isu yang berbangkit.
BAYAN LINNAS SIRI 36: JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET
Written by Umar Mukhtar bin Mohd Noor.
Gambar Hiasan
Alhamdulillah, dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan ‘Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet’. Ilmu yang kami maksudkan di sini ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.
Ini kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya. Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya. Justeru, sewajarnya kita berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahuinya.
Contoh Maklumat Yang Silap dan Salah
Terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang diviralkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya. Sengaja di sini kami kemukakan contoh agar kefahaman kita lebih jelas dan terang. Sebagai contoh, baru-baru ini peristiwa seorang imam Masjid Negara yang telah ditampar oleh seorang makmum ketika sedang mengimamkan solat Jumaat. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan peristiwa ini dengan menyebarkan fitnah mengenai makmum yang menampar imam tersebut dengan bermain sentimen. Antara contoh lain yang berkaitan dengan hadith palsu yang disandarkan kepada Nabi SAW ialah:-
“Aku orang Arab, al-Quran dalam Bahasa Arab dan pertuturan ahli syurga di dalam Bahasa Arab.” (Tazkirah al-Maudhu’aat, 112)
“Taufik yang sedikit lebih baik dari ilmu yang banyak.” (Al-‘Iraqi berkata: “Tiada asalnya”. Telah berkata Ibn al-Subki: “Tidak aku temui sanadnya.”)
"Cintakan dunia adalah kepala kesalahan.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 1/163)
“Bekas minuman orang mukmin adalah penawar.” (Tiada asal. Al-Asrar al-Marfu’ah, 217)
“Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.” (Ibn al-Jawzi. Al-Maudhu’at. 1/215 & Al-Fawaid al-Majmu’ah, 852).
“Manusia semuanya tidur, apabila mati barulah mereka terjaga.” (Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu’ah, 555) dan (Al-Fawaid al-Majmu’ah, 766)
“Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.” Kata al-Saghani: “Ini palsu.”
“Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 506) dan (Tanzih al-Syari’ah, 2/402)
“Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar.” Di dalam Tanzih al-Syari’ah, hukumnya palsu.
“Sultan adalah bayangan Allah di mukabumi-Nya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk dan barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.” (al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’at. No. 475)
Pelbagai Informasi
Selain itu, kita juga dihujani dengan pelbagai cabaran yang lain yang memerlukan kita agar berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Banyak sekali informasi yang disampaikan dan sering kali juga kita terlepas pandang akan kebenaran disebaliknya. Antara maklumat-maklumat tersebut seperti:
Hadis palsu.
Tafsiran yang lemah.
Pendapat yang asing dan pelik.
Pendapat yang lemah.
Pendapat yang menyalahi pendapat imam mazhab setempat atau muktabar.
Kami nukilkan penegasan ini daripada buku Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi oleh Syeikh Muhammad ‘Awwamah (hlm. 320-321), antara lain menyebut:
“Awasilah penuntut ilmu pada masa kini lebih parah berbanding masa dahulu. Internet dan pelbagai medium baru ini membawa banyak bala, mudarat dan bahaya daripada manfaatnya. Justeru, awasilah daripada melayarinya dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga para penjaga hendaklah memberi pesanan yang tegas kepada anak-anak mereka dan mengawasinya.”
Lebih parah daripada itu, apabila kita menjadi ‘hatib lailin’ iaitu pemungut kayu api pada waktu malam yang mana dikutip kesemua kayu api itu sehinggakan dikutipnya juga ular yang disangkakannya kayu api. Inilah bala yang berlaku.
Apa Yang Perlu Anda Tahu
Apa yang amat perlu dalam menerima maklumat adalah:
Keabsahan maklumat itu sendiri.
Penyampai maklumat itu samaada fasiq ataupun tidak.
Tujuan maklumat itu disampaikan.
Sasaran kepada yang menerima maklumat.
Kesan daripada maklumat itu.
Tambah lagi dengan pelbagai tafsiran maklumat melalui viral yang dikemukakan.
Sikap Pengguna
Kepada pengguna laman sesawang terutamanya anak muda dan remaja amat perlu berhati-hati. Ini kerana, apa yang dimuatkan dalam internet juga membawa kesan yang amat negatif dan merugikan umat itu sendiri.
Kadar kethiqahan atau kepercayaan kepda maklumat juga perlu diambil kira agar ia benar tepat dari segi faktanya.
Tabayyun Dahulu
Dalam menerima berita atau perkhabaran yang diviralkan, perkara yang penting sekali adalah pengesahan terhadap butiran maklumat tersebut sama ada tepat atau sebaliknya.
Banyak terjadi maklumat yang telah tersebar dengan luas apabila disemak dan dipastikan semula didapati amat menyeleweng daripada asas kebenaran sedangkan ia telah menjadi buah mulut serta diulas dengan meluas. Begitu juga berapa banyak hati dan maruah yang telah tercarik dan terluka dengan sebab itu.
Kami telah nyatakan dalam Bayan Linnas[1] sebelum ini dengan terperinci, sila rujuk artikel sebelum ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci.
Gunakan Rujukan Yang Berautoriti
Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat. Rujuklah kepada badan-badan yang berautoriti dan bertanggungjawab. Hal ini amat penting agar peranan badan-badan yang telah diamanahkan dapat berfungsi dengan lebih efisyen, adil dan telus. Sebagai contoh, jika permasalahan berkaitan dengan penyakit atau wabak, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan. Jika isu berkaitan dengan hukum-hakam, walaupun di sana banyak para asatizah dan cerdik pandai yang mempunyai blog, Facebook atau Twitter sendiri, tetapi jadikanlah badan yang berautoriti seperti pejabat dan jabatan mufti sebagai medan bertanyakan kekeliruan dan pihak berautoriti ini akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi merungkaikan permasalahan tersebut. Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk kepada yang sepatutnya sesuai dengan firman Allah SWT:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Nahl, 16: 43)
Mengenai tafsir bagi ayat di atas, Ibn ‘Atiyyah telah berkata: “Ahli Zikri adalah umum pada setiap orang yang disandarkan dengannya ilmu. Mereka adalah yang pakar dalam bidang masing-masing.”Begitu juga dengan Al-Qurtubi. Beliau berkata bahawa orang awam perlulah taqlid (mengikuti) ulama mereka. Tidak boleh bagi orang awam untuk memberi fatwa kerana mereka jahil dengan maknanya yang membabitkan perkara halal dan haram.
Kenyataan Mufti Wilayah
Adapun ungkapan yang masyhur لا تأخذ القرآن عن مصحفي ولا العلم عن صحفي yang bermaksud: “Jangan ambil Al-Quran daripada mushaf (tanpa guru) dan belajar ilmu daripada kertas atau buku semata.” Ini termasuk alat sebaran am, media massa seperti internet untuk dijadikan ilmu. Hal ini amat bahaya dan menyeleweng dari hakikat yang sebenar.
Al-Imam al-Auza’ie[2] menyebut satu sebab kenapa para ulama memberi amaran daripada mengambil ilmu daripada buku atau kitab semata-mata tanpa berguru (begitu juga dengan internet). Ini kerana boleh jadi berlaku tashif (salah cetak, ejaan atau tulisan) yang akhirnya memberi makna dan maksud yang berlainan. Kalau ini, pada zaman sifat amanahnya cukup tinggi ketika itu, maka bayangkan pada masa kini yang mana semua boleh muatkan maklumat dan informasi dalam internet tanpa kita kenali siapa dia, dari sumber mana di ambil dan adakah sudah berlaku tapisan, semakan atau dalam ilmu Usul al-Fiqh seperti ‘al-Sabr wa al-Taqsim’. Ini semua memberi kesan yang amat mendalam dalam keabsahan maklumat itu sendiri.
Faktor-faktor yang perlu dilihat dan dikaji dengan teliti kerana ia boleh berlaku:-
Kesilapan cetak yang tidak disengajakan.
Kesilapan cetak kerana lemahnya pengawalan.
Kesilapan fakta ilmiah.
Kami akhiri kenyataan ini dengan satu nasihat daripada Fadhilat Syeikh Muhammad ‘Awwamah daripada kitabnya Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi (hlm. 180-181):
“Sesungguhnya kita dibala dalam dunia dengan kelalaian dan kekeliruan terhadap ilmu turath yang suci lagi bercahaya. Ini sebesar-besar bala dan mudarat terhadap ilmu agama.
Justeru, ini menjadikan kewajipan dan keperluan utama secara daruri untuk bertalaqqi ilmu daripada para ulama dan guru-guru yang benar-benar berwibawa yang telah mewarisi ilmu daripada generasi kepada generasi secara syafawi (lisan) dan talaqqi.
Sesungguhnya aku pertegaskan betapa pentingnya talaqqi ilmu daripada guru-guru yang telah mewarisinya daripda generasi terdahulu. Ini untuk aku sampai kepada satu noktah kenyataanku yang memberi peringatan kepada apa yang berlaku dalam realiti sekarang ini. Bahkan untuk aku sampai kepada amaran yang tegas daripada neraka hawiah yang mungkin kita sampai. Inilah bala dan musibah akibat berkiblatkan ilmu yang tidak disaring dan tanpa berguru.”
Semoga kita sentiasa peduli dengan sebarang maklumat yang dikemukakan kepada kita lebih-lebih lagi berkenaan dengan agama yang kita anuti dan beriman dengannya.
Marilah kita semua berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dan ilmu apatah lagi yang berkaitan agama kita agar benar-benar menepati yang sebenarnya.
Akhukum fillah
S.S. Datuk Dr. Zulkilfli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
5 Oktober 2015 bersamaan 21 Zul Hijjah 1436H
[1] Bayan Linnas Siri 22: Konsep Tabayyun & Penerimaannya. Lihat: http://muftiwp.gov.my/index.php? ... =article&id=294
[2] Al-Imam, al-Faqih, Abu Amr, Abdul Rahman bin Amr al-Auza’ie. Dilahirkan pada tahun 88H di Ba’albak, Lubnan dan merupakan ‘alim dikalangan Ahli Syam. Beliau meninggal dunia pada tahun 157H di Beirut. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
pandangan saya yang dhaif ..
extremism datang dari dalaman ..
sukatan yang berlebehi .. atau tiada guidance ..
yang tidak seimbang dengan lahiriah ..
maka they dance yang meyebabkan lahiriah nya fanatik ..
yang tidak terkawal ..
orang sebegini atau kumpulan itu mengeluakan radical thot ..
orang kata ..
sikit bersyukur ..
banyak tak terpiku ..
anyway negara kita maseh terkawal .. insyAllah ..
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|