CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2851|Reply: 17

Hadiahkan Isteri Dengan Kesetiaan, Bukannya Hadiah Isteri Baru

[Copy link]
Post time 27-7-2016 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Kehidupan berumah tangga tidak pernah menjamin sebuah kebahagiaan yang kekal hingga ke akhir hayat.


Soal kesetiaan menjadi masalah besar kepada sesetengah golongan suami pada zaman sekarang. Ramai yang mudah lupa pada si isteri yang sentiasa bersama disaat kesusahan. Apabila sudah mula hidup senang dan mempunyai banyak harta, saat ini lah lelaki akan diuji dengan pelbagai ujian besar seperti godaan wanita.


Jika tak kuat iman atau sememangnya jenis "miang keladi", ini lah yang membuatkan terjadinya kes curang dan lebih teruk hingga terjadinya penceraian. Kesian si isteri dan anak-anak kerana menjadi mangsa kepada sikap "lupa diri" sesetengah suami.


Perkongsian dari saudara Redzuan Abd Manaf di laman Facebooknya sangat mendalam maksudnya untuk direnungi oleh para suami. Jom baca.






Jadilah lelaki yang cukup dengan satu. Jangan ikot sangat gelora/gelodak nafsu tu.


Ingat pesan abang, kita kaum lelaki ni akan diuji saat pakai kereta Mercedes, Ferrari, Lambhogini dan BMW. Saat duit kita berkepuk-kepuk dalam Maybank2U. Masa ini miss universe, miss world, dan miss pondan datang berhimpit kita berpusu-pusu.


Masa ni jugak kita akan lupa siapa kita dulu-dulu. Janganlah jadi lelaki dungu. Tolong ada sedikit perasaan malu. Tolong cerdik sikit dan fikir gunakan otak Allah berikan itu.


Ingat empat perkara ini:
- Ingat adakah betina nak datang masa kita pakai kereta Datsun baulu?
- Adakah betina yang pandang masa kita pakai seluar buruk lusuh tu?
- Adakah betina yang sentiasa doakan kita tidak mengira waktu?
- Adakah betina tanya abang sudah makan atau belum tu?


Sekiranya tidak ada, guys, tolong buka mata luas-luas dan hargai wanita mana yang ada semasa kita susah dulu, Hadiahkan mereka dengan kesetiaan dan apa yang mereka mahu. Bukan hadiahkan mereka dengan isteri baru.


Perempuan ni paling alergik dengan madu. Kita sebagai lelaki jangan jadi macam Dato Red tu, jadilah macam Dato Najib setia dengan Datin Rosmah sejak dari dulu! Even depa berdua ni perangai macam hantu.








Kepada para suami, sayangilah isteri anda sepenuh hati kerana isteri adalah amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk dijaga dengan sebaiknya. - CARI








Sumber : Redzuan Abd Manaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 12:07 PM | Show all posts
huh lelaki memang tak puas dengan yang satu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
X kaya pun boleh.. driver kat office pun ada affair..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bijan pun setia. Kalau setia x de la si dia kena C4
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:37 PM | Show all posts
ada lagi ke laki spesis setia camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alolo sweetnye ahkak pink n suami ..Yg dpt hubby setia n x pndang org lain, berbahagialah. Yg x dpt..redha jelah. Bahagia cuma pinjaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 03:04 PM | Show all posts
dibs replied at 27-7-2016 05:37 AM
ada lagi ke laki spesis setia camtu?

Masih ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:04 PM | Show all posts
aduh2sayang replied at 27-7-2016 04:07 AM
huh lelaki memang tak puas dengan yang satu

Tajam penyataan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki ni boleh dianngap x sopan sbb semua nama miss dia panggil miss pondan pun panggil
Tapi lupa @misnigga .  Hahahag
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh last tu best.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 08:24 AM | Show all posts
ayat perenggan last tu yang win
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:38 PM | Show all posts
missinpiece replied at 27-7-2016 03:02 PM
Alolo sweetnye ahkak pink n suami ..Yg dpt hubby setia n x pndang org lain, berbahagialah. ...

setuju. berbahagia la selama boleh. semua tu pinjaman
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:13 PM | Show all posts

kesetiaan yang dijanji mulut laki tidak boleh dipercayai
perlu ada aset yang diberi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:45 PM | Show all posts
kalau laki x setie ni ape kate kite hadiahkan die laki baru pulak..biar die rase
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:46 PM | Show all posts
ak x baca...tapi nak komen gambar......omeyyy nye deme berdua .....waakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 03:19 PM | Show all posts
kak mah manjaaaaa auuuummm hahahahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 03:33 PM | Show all posts
violet1212 replied at 1-8-2016 03:19 PM
kak mah manjaaaaa auuuummm hahahahahahha

sebab dia manja auuuummm la abg jib sayang sangat dengan dia..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:04 PM | Show all posts
dibs replied at 27-7-2016 01:37 PM
ada lagi ke laki spesis setia camtu?

masih ade lagi sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.543731 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list