CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 9

Tak sembahyang lebih serius daripada isu dadah?

[Copy link]
Post time 24-7-2016 07:35 AM | Show all posts |Read mode


Majlis Dakwah Negara (MDN) digesa memandang serius terhadap kelekaan sebahagian besar umat Islam dalam menjalani tanggungjawab menunaikan solat fardu.

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, kejayaan resolusi tidak akan dicapai sekiranya tuntutan asas agama itu tidak dapat diselesaikan.

“Banyak kajian telah melaporkan antara 70 hingga 80 peratus orang Islam yang sudah akil baligh di negara ini tidak solat lima waktu.

“Dalam mana-mana resolusi, kita harus ingat bahawa, bila kita rapatkan hubungan dengan ALLAH, maka ALLAH akan merapatkan hati manusia,” katanya ketika menyampaikan usul di Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, di Hotel Bangi-Putrajaya Bandar Baru, di sini, hari ini.

Perhimpunan anjuran bersama MDN, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Ulama Malaysia dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan Malaysia itu dihadiri kira-kira 300 peserta.

Katanya, MDN harus menubuhkan satu gerak kerja yang lebih serius dalam menangani perkara tersebut sebelum menyentuh perihal lain.

“Hal ini lebih serius daripada isu dadah. Kalau masalah asas ini pun belum selesai, jangan cakap mengenai perpaduan sebab kita masih kurang ajar dengan ALLAH,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...dadah-1.543445

__________________


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2016 07:39 AM | Show all posts
Boleh bagi sumber kajian tersebut?

Interesting
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-7-2016 11:39 PM
Boleh bagi sumber kajian tersebut?

Interesting

Ko tgk time solat Jumaat pun dah tahu. Ada lagi lepak kedai mamak ketawa kuat kuat time tu. Padahal Azan dah berkumandang la tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2016 07:56 AM | Show all posts
ultra78 replied at 24-7-2016 07:39 AM
Boleh bagi sumber kajian tersebut?

Interesting

kah kah kah kah kah


Ghossssss!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 05:33 PM | Show all posts
Orang solat selalunya takde la nak lalok isap dadah bagai. Betul la statement tu. Ade ke imam lepas mengetuai solat maghrib, sementara tunggu isyak dok tepi dinding luar masjid sedut-sedut hidung layan meth kejap? Takde kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 10:36 PM | Show all posts
saje dia nak buat issue jeer tu.  dah kena ban dengan supermod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 03:27 PM | Show all posts
wooooo cun thread ni
tabik spring kat tt
tq ya

kita ni ciput je kat negara kita ni kan
sapa lah yg nak dengar keluhan kita ni kan
jadi baik kita sembang bab kita kita je
depa2 tu bukan nye nak tanggung dosa kita sikit pun

maka DIRIKANLAH SOLAT KERANA TUHAN MU
buatlah baik sikittttttttt
senyum senyumlah selalu tauuuuuu, kerna senyum itu sedekah
dan
BERILAH PERINGATAN
SESUNGGUHNYA PERINGATAH ITU BERMANFAAT
MEREKA YANG TAKUT AKAN MENDAPAT PENGAJARAN
MEREKA YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 10:38 PM | Show all posts
“Banyak kajian telah melaporkan antara 70 hingga 80 peratus orang Islam yang sudah akil baligh di negara ini tidak solat lima waktu.

this is a lot...majoriti besar ni...betul ke statistik ni?  ramainya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 09:56 AM | Show all posts
Solat 5 waktu itu tiang agama...dengan hanya solat yang khusyuk kerana Allah dapat menjauhi segala bentuk kejahatan di muka bumi Allah ini...

dan ingat lah tanggunjawab setiap umat nabi Muhammad SAW adalah untuk membawa saudara seIslam dan bukan Islam ke jalan Allah dgn cara berhikmah dan bersesuaian...murka Allah datang bagi hamba2Nya yang lalai.. berusahalah kita walau hanya dengan sebaris doa..InshaAllah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:34 AM | Show all posts
salam


hadith rasulUllah tentang sembahyang dan pesanan beliau ..

الصلاة عماد الدين
sembahyang itu tiang ugama

بين الرجل وبين الکفر ترک الصلاة
beza antara beriman dan kafir ialah meniggalkan sembahyang

اول مايحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة
amal pertama yang d'hisab dari seorang hamba pada hari qiamat adalah sembahyang

فان صلحت صلح سائر عمله
jika sembahyang nya baik .. maka baiklah seluroh amalan nya
وان فسدت فسد سائر عمله
jika sembahyangnya buruk .. maka buruklah seluroh amalan nya



wassalam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.210635 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list