|
"Ayah awak faham situasi ni. Saya dah bagitahu yang awak mungkin akan tolak. Jadi kalau awak perlu tolak, buat je. Ayah awak takkan salahkan awak," Izhan berdehem. Tekaknya terasa gatal.
Nur Hana termenung berfikir. Semua kata-kata Izhan kedengaran logik. Cuma dia masih tidak faham kenapa Izhan bertindak sejauh ini. Bukankah boleh diselesaikan dengan bersemuka sahaja? Lagipun dia dan Izhan bukanlah di tahap serius.
"Lagi satu, saya rasa lagi baik awak turun dan balik mandi. Saya nak pergi satu tempat lagi, jauh sikit. Lambat pulak balik nanti," Izhan tersenyum menyakat.
"Aik? Sampai dah?" Nur Hana melihat sekeliling. Mereka berada betul-betul berhadapan Warung Kite. Dia betul-betul tidak perasan ke mana mereka pergi tadi dan bila Izhan kembali ke sini.
"Apa yang kita nak buat tu betul, tapi caranya salah."
Terngiang-ngiang suara Izhan melewati telinganya sebelum turun dari kenderaan itu. Nur Hana bersandar di keretanya. Akalnya ligat memproses perbincangannya dengan Izhan tadi. Ada yang dia setuju dan ada juga yang dia kurang setuju. Tentang kenapa Izhan mengambil keputusan untuk memberitahu ayahnya, dia masih tidak mempunyai jawapan.
Nur Hana menghidupkan injin untuk pulang. Dia mengetuk-ngetuk jarinya di stering kereta. Pasti sepanjang hari ini dia akan berfikir mengenainya.
"Kenapa suara dia lain tadi ye?" dia berkata sendiri.
Tamat bab ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 20
"Abang Zam,tengok abang Izhan tu," Nurul Iman menjuihkan bibirnya ke arah Izhan yang sedang mengemas meja. Lelaki itu sedang membersihkan meja yang baru sahaja digunakan pelanggan.
"Biarlah dia. Dia tengah 'high' tu," Zamani menjeling sekilas lalu menuju ke hadapan kedai untuk menghantar pesanan air.
Warung Kite pada malam ini agak sibuk. Memang menjadi kebiasaan pada malam minggu, restoran ini akan penuh. Di dalam mahupun di luar kedai. Di bahagian dalam menjadi tumpuan untuk keluarga besar dan kecil berkumpul manakala di bahagian luar, lebih kepada pasangan atau kumpulan belia untuk menjamu selera.
Sudah lebih setengah jam Nurul Iman memerhatikan Izhan. Lelaki itu tetap bekerja walaupun dalam keadaan kurang selesa. Memang pada waktu sekarang restoran ini sedang sibuk, di tambah pula seorang pekerjanya berhenti mengejut, tapi bukanlah sampai tak menang tangan.
"Abang Izhan, pergilah balik. Dah tahu deman, nak kerja buat apa..." Nurul Iman sedikit runsing. Dia tahu nasihatnya sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tapi melihatkan keadaan Izhan yang nampak lemah, dia sendiri tak sedap hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kejap lagi abang balik. Tunggu orang kurang sikit," Izhan membalas pendek. Dia segera membawa pinggan dan cawan yang sudah digunakan ke dapur. Di sana ada seorang pekerja yang akan melakukan tugasan membasuh.
"Aku ingat engkau waterproof Zan," Zamani menyakat, lucu baginya bila Izhan terkena demam akibat hujan. Dia jarang nampak Izhan sakit.
"Allah sayang aku ni, kafarah dosa-dosa aku dulu." senyap terus Zamani ditazkirah Izhan. Niat hati nak menyakat terus terbantut. Izhan pula tergelak di dalam hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Abang Izhan, ni dah 4 jam. Ambil lagi 2 biji," Nurul Iman menghulurkan sepapan panadol. Izhan terus menelan dua biji panadol tanpa air.
"Kenapa pahit sangat ni?" dahi Izhan berkerut. Nurul Iman yang melihatnya juga berkerut mukanya.
"Pergilah minum air tu! Boleh pulak telan macam tu aje???" Nurul Iman bagai terasa pahit ubat itu masuk ke kerongkongnya.
Izhan ketawa mengekeh melihat Nurul Iman geli geleman. Sengaja Izhan menelan ubat itu di hadapan Nurul Iman. Dia tahu Nurul Iman takutkan pahit ubat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Izhan berlalu ke belakang kedai untuk membasuh muka. Demamnya masih belum kebah walaupun sudah empat biji panadol ditelan. Jarang aku kena teruk macam ni? Izhan merenung singki. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia teringatkan arwah ibunya. Waktu sakit demam, memang dialah yang paling manja dengan ibunya.
Izhan menjeling jam di tangan. Baru pukul lapan malam. Kemudian dia melihat di hadapan kedai. Pengunjung masih lagi ramai dan tiada tanda-tanda akan berkurangan. Dia bercadang untuk pulang awal hari ini, badannya sudah mula sakit-sakit. Tapi pukul berapa, dia sendiri tak tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul Iman di meja kaunter memerhati sahaja gelagat Izhan. Otaknya ligat berfikir bagaimana untuk menyuruh Izhan balik berehat di rumah. Dia terpandang pada telefon pintar Izhan yang diletakkan di kaunter. Sambil berkira-kira, dia mencapai telefon itu. Nombor pin keselamatan telefon itu dibuka dan dia mencari-cari nombor telefon seseorang. Nurul Iman berkalih pula pada telefon pintarnya sambil menekan sesuatu.
Deringan dari telco di sebelah sana berbunyi. Seketika kemudian, panggilan itu berjaya disambungkan.
"Assalamualaikum cik Hana, boleh datang kedai sekejap?" bibir Nurul Iman menguntum senyuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Hana tiba di Warung Kite kurang dari sepuluh minit. Dia menyarung sweaters untuk menutupi tubuhnya yang hanya berbaju lengan pendek. Sehelai instant shawl warna hijau melindungi rambutnya yang tidak diikat. Sejak akhir-akhir ini, dia lebih selesa bertudung. Mungkin sejak perkenalannya dengan lelaki bernama Izhan.
Dari jauh dia dapat melihat Izhan sedang sibuk melayan pelanggan restoran ini. Memang diakui yang Warung Kite agak sibuk ketika ini. Hampir tiada meja yang kosong. Nur Hana jarang melihat pemandangan sebegini. Mungkin dia sendiri jarang berada di sini sekitar waktu ini.
"Tu kat belakang," Nurul Iman menunjukkan di mana Izhan kepada Nur Hana.
Nur Hana mengeluh perlahan. Apa yang aku boleh buat? Dia mula rasa ragu-ragu.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Hai," Nur Hana menyapa Izhan takala lelaki itu mula perasan akan kehadirannya.
"Hana, duduk dulu ye? Kejap lagi saya buatkan air," Izhan meneruskan kerja-kerjanya menghantar pesanan. Dia hanya sempat menunjukkan sebuah meja kosong kepada Nur Hana.
Nur Hana tersenyum meleret. Matanya menyoroti langkah kaki Izhan. Dia kemudian berlalu ke kaunter.
"Nampak macam teruk aje?" Nur Hana membalas senyuman Nurul Iman.
"Dari petang tadi lagi. Degil orang tua tu," Nurul Iman menekan suaranya. Geram dengan Izhan. Sama sahaja perangainya dengan abangnya Zamani.
Nur Hana tergelak kecil. Memang patut pun di panggil orang tua. Bisik hati kecilnya.
"Abang Izhan, ambil duit seringgit dalam bilik," Nurul Iman memberi arahan sambil Izhan mengangguk. Pandangannya beralih pada Nur Hana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Hana mengekori Izhan menuju ke bilik rehat tanpa pengetahuannya. Dia berdiri di belakang Izhan sambil membiarkan lelaki itu mencari duit seringgit yang di pinta Nurul Iman. Izhan segera berkalih apabila not duit itu sudah berada di tanganya. Serta merta dia tersentak ke belakang apabila melihat Nur Hana betul-betul berada di hadapannya.
"Err... awak tak rasa yang awak dekat sangat?" Izhan sedikit gemuruh. Baginya tubuh Nur Hana terlalu rapat dengannya. Lagi-lagi berdua dalam bilik yang agak kecil ini menyebabkan jantungnya berdegup kencang.
Nur Hana melangkah setapak lagi ke hadapan. Izhan pula sudah bersandar di dinding. Bau harum wangian yang di pakai Nur Hana singgah di hidungnya.
"Saya rasa awak makin rapat ni," Izhan mula rasa tidak selesa. Mukanya berkerut.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Awak tak sihat tu..." Nur Hana memandang tepat pada anak mata Izhan.
"Oh... takpe. Saya dah belasah empat biji panadol. Kejap lagi okey. Saja nak bagi berpeluh sikit," Izhan sedikit lega. Sangkanya Nur Hana sudah mahu menjarakkan diri. Tapi gadis itu tetap berdiri tegak di hadapannya.
Nur Hana terdiam seketika. Wajah Izhan dibelek seimbas.
"Pergilah balik... berehat kat rumah ye?" Nur Hana cuba memujuk. Entah mengapa perasaan kasihan timbul dalam dirinya.
"Saya okey Hana, tak elok nak manjakan badan ni sangat." sekali lagi Izhan beralasan.
"Boleh tak dengar cakap tunang awak ni?" nada Nur Hana sedikit tegas. Dia sendiri kurang pasti tentang patah perkataan yang keluar dari lidahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Izhan kehilangan kata-kata. Ada memori silam yang secara tiba-tiba menerjah masuk ke benaknya. Patah perkataan itu dihadam hingga ke lubuk hati. Mata dia dan Nur Hana bertaut.
"Boleh?"
Izhan menarik nafas singkat. Bergilir-gilir otaknya memproses antara 'rehat' dan 'kerja'. Beransur-ansur hatinya dipujuk lembut. Hatinya bagai kalah dengan gadis di hadapannya ini.
Izhan mengeluh lembut. "Okey... saya hantar duit ni kat Iman kejap boleh?" Izhan mengalah. Keberanian Nur Hana mengatasi rasa degilnya.
Nur Hana tersenyum manis. Segera dia berundur setapak dua ke belakang. Langkah kaki Izhan diikutnya hingga ke meja kaunter.
"Selamat berehat abang Izhan," Nurul Iman tersenyum kemenangan. Sempat dia menghulurkan baki ubat panadol, segugus kunci dan sebuah telefon pintar.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Awak boleh drive? Nak saya hantar tak?" tanya Nur Hana sebaik sahaja mereka berada di luar kedai.
Izhan menggeleng. "Takpe Hana, saya boleh drive. Dekat aje,"
"Balik terus tau," mereka berdiri bertentangan. Bagai ada banyak perkara yang ingin diperkatakan tetapi semuanya tersangkut di lidah. Hanya mata dan hati sahaja yang seakan berbicara.
Izhan menghadiahkan seulas senyuman sebelum berlalu pergi. Nur Hana menunggu hingga Proton Satria itu hilang dari pandangannya. Dia berteka teki. Betul ke apa yang aku buat ni?
Nur Hana melepaskan keluhan berat. Ada rasa sangsi, was-was, dan seribu satu rasa yang bersarang. Yang pasti, jalan untuk berpatah balik sudah disekat. Dia perlu menempuh jalan baru yang terbentang untuknya. Dan pasti jalan itu untuk Izhan juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Apa yang dibelek lama sangat tu?" Haji Kamaruzzaman mengusik Nur Hana yang sedari tadi menilik bekas merah itu. Nur Hana hanya membalas dengan senyuman.
"Bukaklah tengok,"
"Nantilah ayah," Nur Hana menyorokkan bekas cincin itu dari pandangan ayahnya. Dia terasa segan.
"Apa pun keputusan Hana, ayah terima. Kalau tak mau bagitahu, ayah boleh pulang balik. Nak? Nak?" sekali lagi Haji Kamaruzzaman mengusik. Lega hatinya bila melihat Nur Hana tersenyum.
Muncung Nur Hana sedepa. Tak suka diusik begitu. "Tapi ayah... kenapa Izhan bagi sendiri? Bukan selalunya keluarga dia yang akan bagi?"
Haji Kamaruzzaman tersenyum. "Tak semua orang bernasib baik Hana. Izhan tu dah lama hidup sendiri, sejak remaja. Mak ayah dia dah lama takde."
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Hana mengangguk faham. Patutlah Izhan tidak pernah bercerita tentang keluarganya.
"Ayah masuk tidur dulu ye? Jangan berjaga lewat sangat," Haji Kamaruzzaman meniti anak tangga menuju ke bilik atas. Nur Hana pula bersendirian di ruang tamu.
Nur Hana kembali membelek kotak cincin itu. Kotak kecil itu dibuka lalu isinya dikeluarkan berhati-hati. Sebentuk cincin warna emas bersama sebutir batu berwarna merah jambu mencuri perhatiannya. Belum pernah dia lihat bentuk sebegini.
"Batu delima ke?" dia bertanya sendiri.
Nur Hana menyarung cincin itu di jari manis kirinya. Sedikit longgar. Tapi agak selesa dipakai. Batu kecil berwarna merah jambu itu benar-benar menyerlahkan cincin keemasan itu. Nur Hana tersenyum simpul. Cantik jugak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
"Mudahnya aku jadi tunang orang?" Nur Hana mengelamun.
Kalau betul apa yang dikhabarkan ayahnya, memang dia sudah menjadi tunang orang. Semudah itu dan cukup ringkas. Apabila keluarga kenal, setuju dan memberi keizinan, maka ikatan pertunangan itu akan terbentuk. Tidak perlu pelamin, kenduri atau jurufoto. Cukup dengan persetujuan semua pihak.
Berbanding pertunangannya ketika dia di tingkatan empat, semuanya diatur indah. Pelamin, jemputan, khemah, jurufoto malah sepersalinan pakaian. Nampak gah semuanya. Sampai ada yang keliru samaada majlis tunang atau majlis nikah. Tetapi apabila putus tunang, akibatnya sangat teruk. Hendak sahaja dia membuang segala kenangan itu ke dalam tong sampah. Tapi kenangan mana yang akan terus luput?
Nur Hana tekad. Dia mahu kekal positif. Akan dia gunakan tempoh pertunangan ini untuk mencari cinta. Dia yakin, kalau Izhan sudah ditakdirkan memilikinya, dia hanya perlu redha. Hanya perlu menunggu masa. Lagipun Izhan bukanlah seorang lelaki yang tidak baik. Semua ciri-ciri lelaki idaman sudah ada padanya, cuma tentang hati, kena lebih banyak memujuk dan berserah. Allah lebih tahu.
Habis bab 20... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya i tinggal baca ni..rupanya still ada update..nnti nk baca balik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|