Biasanya kita makan 'Lasagna Cheese' atau keju sahaja yang menggunakan keju mozarela. Belum lagi rasanya ada resepi lain daripada keju ini.
Ha, kali ini nak kongsikan dengan anda resepi 'Chocolate Lasagna' atau Lasagna Coklat ini. Sedap ke tak ya? Memang sedaplah apabila lasagna coklat ini menggunakan biskut oreo hancur dan puding coklat. Anak-anak pasti suka.
Penulis sediakan resepi di bawah ini untuk anda semua. Selamat mencuba! - CARI Infonet
1. Pukul krim keju sehingga lembut.
2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu.
3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
4. Di dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar bukan tenusu hingga lembut dan kental.
5. Kemudian campurkan ke dalam adunan krim keju tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
6. Masukkan adunan ke dalam beg pastry (piping bag).
Bahan B
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan pekat
185 gm coklat masakan – dicincang
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar coklat emulco
Cara penyediaan bahan B
1. Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas.
2. Kemudian campurkan susu segar, santan dan kacau perlahan. Masakkan secara periuk berlapis (double boiler)dengan api sederhana.
3. Sentiasa kacau adunan sehingga ianya sebati dan pekat. Masak antara 15 - 20 minit.
4. Masukkan coklat masakan dan coklat emulco. Kacau sehingga sebati dan pekat.
5. Alihkan dari api dan masukkan esenvanila. Kacau rata.
6. Ketepikan dan sejukkan.
Cara penyediaan coklat lasagna
1. Masukkan campuran biskut oreo ke dalam bekas sebagai dasarnya. Padatkan.
2. Kemudian paipkan adunan Bahan A di atasnya.
3. Lapiskan atasnya dengan lapisan Bahan B. Ratakan.
4. Paipkan lagi adunan Bahan A.
5. Akhir sekali hiaskan atasnya. Dah siap!