CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: zek007

Hudud Pas dan kisah seekor kucing lapar..

[Copy link]
Post time 9-6-2016 11:30 PM | Show all posts
system_failure replied at 9-6-2016 09:46 AM
yap

We re multicultural, multiracial, multireligious country.
kenapa kalau cakap pasal Hukum Hudud je mesti akan cakap pasal potong tangan? is that Hudud is all about? huhu...dan mestilah sebelum buat hukuman tu ada perbicaraan, bukan terus potong tangan..yg kita tahu, ada syarat2 dan kadar hasil curian..bukan sahaja sebut mencuri terus dipotong tangan...

anyway, pada pendapat kita undang2 sekarang dah okay dah.. lagipun ada usaha penambahbaikkan dengan hukuman yg dah lapuk...yg latest pasal cadangan pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah...okay what..






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2016 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 9-6-2016 11:30 PM
kenapa kalau cakap pasal Hukum Hudud je mesti akan cakap pasal potong tangan? is that Hudud is all  ...

Potong tgn tu contoh yg paling selalu digunakan..

Ada lg,

Pertuduhan rogol mestilah mempunyai 4 org saksi lelaki.

Sesuai dgn peredaran zaman, pembuktian keatas kes rogol dah tak perlukan saksi manusia dah..

Ada penganti kpd saksi ini seperti pembuktian dna, bukti alibi mangsa,
Dan pelbagai jenis rekod yg jauh lebih reliable Dari pensaksian manusia sendiri.

Ada lg,

Mengikut hudud jika seseorg itu murtad hukumannya adalah dibunuh.

Dan mengikut undang2 negara, seseorg yg berumur 18 keatas bebas utk memilih agamanya sendiri.
Bukankah ini kontra? Adakah Kita menggalakkan murtad?

Nope. Bayangkan apa perasaan non muslim bila dia teringin nk convert Islam..

Jika Kita berkeras maka non muslim pun Akan minta agar golongan mereka yg nk convert tu dihukum bunuh jugak.
Tapi jika Kita berlembut, mereka juga akan berlembut.
Kena laa pandai main psikologi secara bertempat jugak kan..

At least Kita Ada klausa yg mana org Islam yg nk kuar agama tu mestilah kena kaunseling kaw kaw dulu dan mestilah mendapat aproval dari hakim mahkamah syariah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 10-6-2016 05:32 AM

Pendapat aku laa,
Hudud hanya sesuai dilaksanakan pd tempat majoriti muslim.
Manakala bg negara yg berbilang kaum, kita kena lakukan perkara yg sesuai dgn keadaan semasa dan juga perubahan zaman.

Dari sudut lain contohnya,
Individu A,B dan C adalah ore kelate. Maka cocok benarlah kalau mereka berbual dlm bahasa kelate.

Lain la pulak kalau individu A ialah org melayu, individu B ialah org keling, individu C ialah org hijau..
Maka kena la guna bahasa rojak manglish.. Iyo tak..



Sedapnya rojak..... hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 11:57 AM | Show all posts
Inilah masalahnya, bila hanya bicara satu aspek undang2 Syariah, sedangkan undang2 Syariah merangkumi Hudud, Qisas, Ta'zir dan Diyah.

Orang pertikaikan mengapa PAS perjuang hukum Syariah? Mudah, PAS adalah satu pertubuhan politik berideologikan agama. Jadi memperjuangkan hukum Syariah di Malaysia adalah salah satu teras perjuangan disamping membentuk sebuah negara Islam melalui wadah demokrasi.

Jika nak bicara hukum Syariah tak sesuai di Malaysia, mengapa PAS beriya2 nak meneruskan perjuangan berkenaan, tengok sejarah bagaimana golongan ulama dan agamawan yang dahulunya antara teras penubuhan UMNO yang ditubuhkan bersama golongan nasionalis dan bangsawan, mengambil keputusan keluar UMNO lalu menubuhkan parti PAS kerana menentang tindakan para bangsawan dan nasionalis bersekongkol dengan British bagi memerdekakan tanah Melayu mengikut acuan British, iaitu sistem demokrasi berparlimen dengan Raja berperlembagaan sebagaimana sistem politik Westminster. Ini menyebabkan undang2 Syariah yang telah sekian lama menjadi teras Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan oleh kerajaan2 Melayu sejak 1446 sehinggalah diketepikan era penjajahan British seawal 1850an digantikan dengan undang2 kolonial British yang menjadi teras perundangan Malaysia sekarang.

Salahkah PAS ingin memperjuangkan hukum Syariah melalui wadah demokrasi? Walaupun gagal melaksanakan draf undang2 Syariah di Kelantan setelah sekian lama, draf perundangan Syariah Kelantan yang merangkumi bil Hudud, Qisas, Ta'zir dan Diyah telah dibuat penyelidikan oleh panel perancang perundangan Syariah Acheh di Indonesia dan Brunei, sehinggakan menjadi rujukan dalam perancangan dan akhirnya implementasi dalam kanun Syariah Acheh dan Brunei.

Sebagai orang Islam, kita ditadbir dengan hukum Allah, maka sewajibnya kita meletakkan hukum Syariah yang bersendi Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tonggak perundangan tertinggi kerajaan kita. Soal terlaksana atau tidak, itu cerita lain, sekurang2nya kita telah memilih satu wadah perjuangan yang meletakkan Syariah sebagai landasan menuju negara Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2016 06:16 AM | Show all posts
robotech replied at 10-6-2016 11:57 AM
Inilah masalahnya, bila hanya bicara satu aspek undang2 Syariah, sedangkan undang2 Syariah merangkum ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.350547 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list