Edited by AnggurHitam at 5-8-2019 10:42 PM
Desas desus mengenai status hubungan pelakon cantik Nina Iskandar dan penolong pengarah Azlan Adzanan atau mesra disapa sebagai Lan Lebah akhirnya terjawab setelah majlis persandingan pasangan itu telah diadakan pada Ahad lalu.
Menurut kenyataan daripada pihak pengurusannya MIG Metrowealth, Nina dan pasangan sebenarnya sudah empat bulan bergelar suami isteri. Mereka dikatakan telah bernikah pada April lalu, majlis diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh pihak keluarga terdekat sahaja.
Tambah pihak pengurusanya lagi, punca resepsi hanya diadakan selepas empat bulan berkahwin adalah disebabkan oleh kengkangan waktu kerana jadual pengambaran yang padat.
Sumber F/b, MIG Online, OMM, iG. |