CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4939|Reply: 13

Insiden Rumah Kena Pecah Ketika Berada Di Kampung Buat Wanita Ini Insaf..

[Copy link]
Post time 7-5-2019 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Jenayah boleh berlaku di mana-mana. Kadang-kadang, walaupun sudah sehabis baik kita menjaga harta benda dan sebagainya, perkara tidak diingini masih boleh berlaku, semuanya dengan izin tuhan.

Harta benda, malah nyawa diperjudikan hanya kerana nafsu menguasai diri. Namun, pasti ada hikmah di sebalik kejadian seperti dikongsi oleh saudari Nazia Suhaimi ini apabila rumahnya dipecah masuk ketika beliau tiada di rumah.

Perkongsian menginsafkan ini telah dikongsi beliau di laman Facebook dan telah dikongsi 2.9 ribu kali. Kejadian itu bermula apabila Nazia dan keluarga sedang berada di kampung dan menerima panggilan daripada pos laju yang sedang membuat percubaan menghantar barang ke rumah beliau.











Namun, lain pula yang berlaku apabila posmen bertugas memaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk berdasarkan kesan dikopak pada pintu rumah.


Menurutnya lagi, sebelum kejadian yang menimpa dirinya, telah berlaku satu insiden pecah rumah di kawasan perumahan yang diduduki dan hasil rompakan hampir mencecah RM2,000.


Nazia yang terkejut mendengar berita itu terus menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada group komuniti perumahan untuk melihat keadaan rumahnya.


Sudah jatuh lagi terduduk, sudah sah rumahnya telah berjaya dipecah masuk oleh perompak. Beliau kemudian terus laporkan kejadian tersebut kepada polis dan bergegas pulang ke Putrajaya.




Duit RM 500 persediaan untuk Ramadhan lesap,
bilik dah macam tongkang pecah!




Setelah membuat laporan polis dan mengisytiharkan nilai barang yang hilang, Nazlia dan suami diberitahu polis bahawa kawasan Putrajaya ketika ini memang sangat banyak kes pecah rumah.


Menurut polis lagi, jika ingin meninggalkan rumah, sila bawa barang berharga bersama-sama. Modus operandi si pemecah rumah ini adalah sama, hanya mencuri emas dan wang, dan tidak meninggalkan mangga. Polis juga mengesyaki bahawa suspek mempunyai pelbagai jenis alat untuk membuka mangga dan kerja yang dilakukan lebih daripada seorang.











Setelah siap semua aktiviti mengemas rumah yang terkesan akibat peristiwa itu, Nazia mengakui hatinya berasa sangat sedih dan kecewa dengan kejadian.


Kejadian pecah rumah di Putrajaya dan kawasan sekitar telah disahkan oleh polis dan pihak berkuasa menggesa penduduk supaya lebih-lebih berhati dan sentiasa membawa barang berharga jika ingin meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 11:32 AM | Show all posts
nasib baik la abg pos laju ni prihatin siap bg tau owner rumah kena pecah masuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kann.. ada jgk org baik.. rumah iols kena pecah seari sebelum posa.. jiran sebelah rumah wat vodoh je.. nampak gate ngan pintu ternganga.. boleh tengok saja.. katanya dah panggil tapi tak de menjawab.. abehtu tak call Tanya?
2 k Tu apa yang teringat time ni je .. Lepas dah 2 3 bulan baru perasan byk lagi benda hilang..
Macam kes iols pencuri siap ambik kereta.. 5 Bulan bayar buta je kat bank..
Tak masuk brg lain yg kena ambik.. mmg berjalan pun rasa takdak kaki.. punyala trauma ngan sedih.. anak2 paling terkesan.. shuben 3 minggu tak tido takut pencuri masuk lagi..
Yang paling geram smart tag pencuri siap pakai selama 2 minggu lepas kejadian..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 11:53 AM | Show all posts
VespaSilbe replied at 7-5-2019 11:45 AM
Kann.. ada jgk org baik.. rumah iols kena pecah seari sebelum posa.. jiran sebelah rumah wat vodoh j ...

kete baru 5bulan?
abistu jumpa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:01 PM | Show all posts
semoga perompak tu dapat ditangkap
suatu hari nanti dan terima hukuman..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya ke? Hmm rumah saya kena pecah masuk tahun 2004. Masa tu lepas raya, duit raya anak saya dalam almari hilang. Cincin merisik dgn cincin tunang dlm almari pun hilang. Tapi cara dorg masuk ni mcm nak cepat sbb dorg tumpu masuk ke bilik terus.
Dah ambik cap jari semua pun xdpt kesan. Tahun 2013 mcm tu dpt surat dari balai katanya masih x dpt lagi pelaku dia. Xpe lah nak buat macam mana bukan rezeki kami.
Kuarters ni time2 cuti mmg sunyi. Cuma rumah tt ni x kunci grill ke. Mcm x nmpk ada grill sbb tunjuk gamba pintu kena kopak je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2019 01:08 PM | Show all posts
Edited by haryatie at 7-5-2019 01:16 PM

sedih nya..
seronok pergi bercuti/balik kpg tup2 rumah dimasuki pencuri
setiap kali nak pergi mana mmg risau giler nak tinggalkn rumah
kalau area putrajaya..majoriti jiran tetangga org gomen..hari2 cuti pjg maybe sunyi sikit
aku yg tinggal kat area lain hari2 seram sbb berjiran dgn mcam2 org/bangsa
byk jugak kes rumah dimasuki pencuri..cuma berserah jerk kpd Allah..
cuba lah amalkan cara ini..selalu ini sja yg aku amalkan,
selain dr pastikan kunci betul2..ada 5 yg perlu dikunci kat pintu n grill umah aku
ni kalau dr luar rumah, kalau dr dlam 7 termasuk 2 jnis selak
giler takut jiran pelik2...seram oiiii
semoga Allah melindungi rumah dn kita semua..InnsyaAllah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 01:08 PM | Show all posts
Syabas buat abam pos laju sebab usaha melapurkan kejadian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 01:09 PM | Show all posts
mamasaffiya replied at 7-5-2019 12:21 PM
Putrajaya ke? Hmm rumah saya kena pecah masuk tahun 2004. Masa tu lepas raya, duit raya anak saya da ...

ada grill serupa xda grill... boleh potong mcm potong kertas

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 02:56 PM | Show all posts
kalau tgk kat pintu tu.. mcm takde pasang pintu grill...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 02:58 PM | Show all posts
haryatie replied at 7-5-2019 01:08 PM
sedih nya..
seronok pergi bercuti/balik kpg tup2 rumah dimasuki pencuri
setiap kali nak pergi mana ...

saya biasa guna ayat dari surah yasin tu, bila ada road-block
lepas ni boleh amalkan untuk lindungi rumah  pulak... biasanya utk rumah, saya baca surah al-Kahfi, ayat 1-10.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 03:13 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 7-5-2019 11:53 AM
kete baru 5bulan?
abistu jumpa tak?

Kerata baru gakla.. tak sampai 2 tahun..
Lesap.kena angkut ngan penyamun..
5 bulan bayar bank macam kereta dok adala..  kira bayar loan bank buta la 5 bulan tunggu insurance.. kalau kereta tu rega 1k lebih.. x5.. tak ke boleh wat down payment kereta lain..
Tak masuk sakit hati call insurance bagai..
Hari2 iols doa dipulangkan kejahatan..
Boleh masa buat report kata kereta hilang dibawak penyamun.. ayat pertama polis tanya.. Payment camna? Cik tak bayar kereta kan?
Ko pikir apa? Dahla kena timpa musibah.. boleh pulak bagi soalan cemgitu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 8-5-2019 12:40 AM
Kerata baru gakla.. tak sampai 2 tahun..
Lesap.kena angkut ngan penyamun..
5 bulan bayar bank ma ...

Letak je nuklear dalam kereta siapa curi mai kaka mode active. Sabar banyak2 k sis.. moga sis ada rezeki lebih baik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.879982 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list