CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

"Tolong Mak Cik Bawa Jenazah Rafie Balik Dari Australia'"

  [Copy link]
Post time 6-12-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
I selalu ambik axa travel insurance..mmg Ada cover. Kalau selalu travel, better ambik yg yearly punya..lagi murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah lebih murah untuk embalm mayat, and repatriate ke Malaysia?

Maybe lepas ni sesapa yang rajin tulis article, boleh buat penulisan bertajuk ‘Kos mengebumikan mayat jikalau meninggal di negara orang’. Dalam tu list kan lah kalau meninggal kat ostolia berapa kosnya. Kat new zealand berapa, kat prc berapa etc.
Masukkan sekali prosedur ( kalau nak repatriate mayat, atau nak kebumi kat negara orang ).

Entah lah, dedulu masa belajar, ada lah senior yang meninggal. Kebumi sahaja di negara orang. Tak repatriate pun. Tak de pula dengar isu tak cukup duit etc. Maybe as students kita ada insurance kot, and then ada Muslim society juga.

I am a bit ignorant on this matter. Sesiapa yang berilmu tentang prosedur nak uruskan mayat di negara orang, bolehlah share di sini. A lot of people can benefit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiun...smakin kerap berita rakyat mesia mninggal,/ditimpa kcelakaan kat luar negara..smoga Allah permudahkan urusan kluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:36 PM | Show all posts
ye ke bercuti ni? ker kerja petik buah? tgk rumah kawan dia tu mcm rumah kongsi jer..... apa2 pun moga mak dia dpt bawak balik mayat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Saje kongsi info dlm wasap

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI TEMPAT BELIAU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR? INILAH JAWAPANNYA. AKHIRNYA KITA BERTEMU PERBEZAAN YG KETARA DIKALANGAN ORG YG BERILMU. ALFATIHAH

                :
                  :       :        :                .
Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :
"Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
"Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
"Kenapa begitu ya Rasulullah?".
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
(HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar

ALMARHUM DATO DR HARON DIN

#ALFATIHAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:19 PM | Show all posts
tanam ajelah kat situ...
anggap ajelah takdir tanam jejauh
tu harun din ke apa nama dia, meninggal tanam kat usa aje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2018 10:20 PM | Show all posts
serinegara replied at 6-12-2018 08:05 AM
Adakah lebih murah untuk embalm mayat, and repatriate ke Malaysia?

Maybe lepas ni sesapa yang raj ...

quebec city dalam 2 ribu dollar lebih...
tak termasuk kos hospitallah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 6-12-2018 08:38 PM
I selalu ambik axa travel insurance..mmg Ada cover. Kalau selalu travel, better ambik yg yearly puny ...

September lepas pg UK akak pun ambik AXA. Ada package utk tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 07:46 AM | Show all posts
WiRa_MiSTiK replied at 6-12-2018 09:43 PM
Saje kongsi info dlm wasap

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI  ...

Terima kasih atas info ini.
Aku kena pesan kat family aku ni. Tanam ja aku kat mana aku meninggal kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:53 AM | Show all posts
WiRa_MiSTiK replied at 6-12-2018 09:43 PM
Saje kongsi info dlm wasap

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI  ...

sgt tepat sekali. org kita yang sememangnya lahir2 terus islam ni ramai je yang tahu hukum2 ni tapi ntah kenapa selalu ignore. macam wajib sgt nak tatap muka si mati untuk kali terakhir. tak fikir sgt seksanya mayat org yang dia sayang tu. kat kampung aku kelmarin ada anak dia yang dah lama duduk kat US .. meninggal kat sana. beria2 family kat sini nak bawak balik & kebumi kat sini. tunggu kumpul duit & urusan segala mala .. ambik masa lebih sebulan okeh. ntah apa yang dia org pikir ntah. macam la kat US tu tak ada muslim cemetery, tak ada org yang boleh uruskan, wajib sgt nak tatap muka buat kali terakhir. imam kariah surau aku ni .. tak de makna dia nak melewat2kan pengkebumian. siap je jenazah dimandikan & dikafankan .. kubur dah siap gali, keizinan dah dapat mmg terus ayoh je. tak kira la anak yang duduk jauh still otw .. dah sampai simpang 4 pekan tu je ke .. tak de nya dia nak tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 07:54 AM | Show all posts
b_n_c replied at 6-12-2018 08:35 PM
bukan kah dalam islam ada mengatakan jangan melewat2 kan pengkebumian?
kat mana seseorang muslimin/ ...

saya setuju ini, pernah dengar ustaz bgtau . semoga Allah permudahkan urusan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:03 AM | Show all posts
WiRa_MiSTiK replied at 6-12-2018 09:43 PM
Saje kongsi info dlm wasap

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI  ...

good info semoga dipermudahkan urusan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:53 AM | Show all posts
cik_chili replied at 6-12-2018 08:35 PM
Murah jer travel insurance skang ni...bru amik utk asian country rm50 utk cover satu family for one  ...

kene bc polisi jugak, or tny agent siap2, insurance to pay n claim ke or terus claim je, lg 1 bab kematian sume tu cane, diuruskan kt sane or di bw blk ke atau etc
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh sedihnya tgk, kita tgk pun sedih tambah lah mak dia. Semoga urusan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ada sorang lg ye meninggal kat sana..moga dipermudahkan urusan bawa balik jenazah ye makcik..Aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. kesiannuye.. Moga dipermudahkan urusan olehNya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada keluarga.....
Biarlah ITU permintaan si IBU..... Selalu nya yang I jumpa parent yang ada anak sakit critical....selalu nya mereka berharap biar mereka (parent ) Mati dulu sebelum anak .... Penerimaan kematian setiap individual lain lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 6-12-2018 06:19 AM
tanam ajelah kat situ...
anggap ajelah takdir tanam jejauh
tu harun din ke apa nama dia, meninggal ...

Harun din ITU family mampu untuk melawat kubur arwah di USA ..... I faham jah perasaan makcik INI yang mati anak .... Selalu nya parent akan wish berada dekat dengan pusara anak ..... Kalau jadi pada I pun I akan buat perkara yang sama......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 7-12-2018 11:53 AM
kene bc polisi jugak, or tny agent siap2, insurance to pay n claim ke or terus claim je, lg 1 bab  ...

Oh ye kan...sy overlooked yg tu ...tp dah selamat sampai...Alhamdulillah...next purchase will look into it...tq for the tips..but the point is kita slalu x amik kan ? Sbb tkut mahal...tp sbenarnya murah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 6-12-2018 08:35 PM
bukan kah dalam islam ada mengatakan jangan melewat2 kan pengkebumian?
kat mana seseorang muslimin/ ...

Dik....ni bkm soal lewat lewatkan...
Ni soal kos...kos tau....
Nak bawak balik sini kos rm25,k...
Kebumikan kat sana kos rm40k.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063099 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list