"Kes ini satu contoh keperluan untuk kita mengawal selia
pengasuh (tak berdaftar), kes ini jarang berlaku."
BH Online melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kes pembunuhan bayi yang kemudian diletakkan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/05/100253rrcdfdrstse7rf3l.jpg) Foto: IG Dr Wan Azizah
BACA JUGA: Bayi Didakwa Hilang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh
Sehubungan itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setiap pengasuh perlu didaftarkan di bawah kementeriannya.
"Saya masih menanti laporan penuh daripada timbalan saya sebelum memikirkan langkah konkrit untuk mengelak kes seperti berlaku lagi," katanya dalam sidang media, kelmarin.
Tambahnya, setiap pengasuh perlu menjalani latihan asas penjagaan bayi sebelum dibenarkan mengasuh di rumah sendiri.
Berikutan itu, beliau mencadangkan pusat penjagaan anak disediakan di pejabat mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.
Sementara itu, bapa kepada Adam Rayqal, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak mereka.
Dalam masa sama, Mohd Sufi meminta jasa baik orang ramai untuk menghormati privasi arwah Adam dengan tidak berkongsi gambar tidak sepatutnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/05/100415tf8a0k82kk0f8qab.jpg) Foto: BH Online
Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, malam tadi. - CARI |