CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3368|Reply: 24

[Tempatan] Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali

[Copy link]
Post time 1-8-2018 04:00 PM | Show all posts |Read mode




Seorang lelaki di Indonesia tidak menyangka tindakannya membakar longgokan sampah yang berbau busuk akhirnya membawa kepada penemuan satu mayat bayi baru lahir yang turut terbakar bersama-sama sampah tersebut.

Menurut Putra, kejadian tersebut berlaku di kawasan Perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, pada Rabu lepas.

Ketika kejadian, Putra keluar mahu membuang sampah di kawasan pembuangan sampah tersebut. Dia bagaimana pun yang terhidu bau busuk kemudian bertindak membakar longgokan sampah tersebut. Tidak lama kemudian, dia menyedari terdapat satu bungkusan aneh yang ada bersama-sama dengan longgokan sampah tersebut.

”Bungkusan tersebut bewarna coklat, setelah saya memeriksanya, saya terkejut kerana ada mayat bayi hangus terbakar di dalamnya,” kata Putra.

Putra kemudian turut memaklumkan di segera mencari air bagi memadamkan api pada longgokan sampah tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Berdasarkan laporan portal berita tempatan, pihak polis mendapati bahawa bayi malang itu merupakan anak luar nikah yang dilahirkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai En, asal Batam yang bekerja di Malaysia.

Wanita itu dikatakan telah mengandung anak tersebut di Malaysia dan pulang ke negara republik tersebut setelah kekasihnya enggan bertanggungjawab terhadap bayi yang dikandungnya itu.

“En merupakan Tenaga Kerja Asing (TKI) dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalan Batam. En juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia,” kata polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 04:06 PM | Show all posts
malangnya baby tu dibuang mak sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:07 PM | Show all posts
anak dengan bangla ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:10 PM | Show all posts
Astaga... Tak boleh ke dia tinggalkan kat masjid ke, rumah anak yatim ke... Boleh dibuang je kat tempat sampah??!!! kejam betul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:15 PM | Show all posts
bagi je la anak tu kat orang..
berlambak orang nak anak angkat..
suruh pakai kondom tak nak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:17 PM | Show all posts
Foxey replied at 1-8-2018 04:10 PM
Astaga... Tak boleh ke dia tinggalkan kat masjid ke, rumah anak yatim ke... Boleh dibuang je kat tem ...

Apabila seseorang dah terdesak, biasanya akal fikiran dia akan ambil jalan singkat je, sis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2018 04:20 PM | Show all posts
insulin replied at 1-8-2018 04:17 PM
Apabila seseorang dah terdesak, biasanya akal fikiran dia akan ambil jalan singkat je, sis...  ...

banyak sangat kejadian mcm ni kan? org yg takde anak ramai apa yg nak ambil anak angkat... nyawa kot... sukahati dia je buang2 mcm sampah yg takde nilai...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:24 PM | Show all posts
Foxey replied at 1-8-2018 04:20 PM
banyak sangat kejadian mcm ni kan? org yg takde anak ramai apa yg nak ambil anak angkat... nyawa k ...

Yup. Terlalu banyak. Kasihan bayi2 tu....

Yang si jantan yang tak mahu bertanggungjawap tu pun lagi hina dan jahat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 04:26 PM | Show all posts
ini perbuatan kejam..kasehan sama  bayi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:27 PM | Show all posts
insulin replied at 1-8-2018 04:24 PM
Yup. Terlalu banyak. Kasihan bayi2 tu....

Yang si jantan yang tak mahu bertanggungjawap tu pun  ...

teruk kan? patut nya berani buat, kena la berani tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:29 PM | Show all posts
Foxey replied at 1-8-2018 04:27 PM
teruk kan? patut nya berani buat, kena la berani tanggung...

Yup. Patutnya begitu. Bila xde pertalian ikatan sah ni, memang jantan2 laknat ni lepas tangan je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:34 PM | Show all posts
bagusnya polis indon cpt giler bleh trace ibu kpd bayi..saluteee
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:48 PM | Show all posts
kenapa perlu kejam mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 05:13 PM | Show all posts
Kejam sungguh si ibu sampai sanggup berbuat sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya. perangai kalah binatang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:49 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-8-2018 04:15 PM
bagi je la anak tu kat orang..
berlambak orang nak anak angkat..
suruh pakai kondom tak nak..

pakai kondom xrase nikmatnye kt depa2 ni... tau nak sedap jek..ujung2 jdik pembunuh anak sndiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 09:33 AM | Show all posts
sedihnya tergamak seorang ibu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu indon asyik kena gempa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 09:49 AM | Show all posts
allahu Akbar..mcm mana la bole jd mak bile ada sifat kejam cani
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah nasib malang baby tu..makpak pembunuh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195975 Replies : 4533
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30345 Replies : 177
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.097716 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list