CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3573|Reply: 23

[Tempatan] Kamera AES dirosakkan lagi

[Copy link]
Post time 27-12-2017 09:44 AM | Show all posts |Read mode


KEADAAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang dirosakan manakala komponenmya turut dicuri dalam kejadian jam 7.12 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

TANGKAK: Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sekali lagi dirosakkan, pagi tadi.

Ia adalah kejadian kedua berlaku selepas sistem penguatkuasaan trafik di lokasi yang sama dirosakkan pada 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata kejadian itu disedari oleh Polis Bantuan pihak konsensi lebuh raya terbabit pada jam 7.12 pagi tadi ketika membuat rondaan di laluan berkenaan.

KEADAAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang dirosakan manakala komponenmya turut dicuri dalam kejadian jam 7.12 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

"Ketika pasukan Polis Bantuan PLUS membuat rondaan di laluan terbabit pada jam 5.30 pagi tadi, tiang yang menempatkan AES itu masih lagi berada di tempatnya dalam keadaan baik.

"Bagaimanapun, rondaan pada jam 7.12 pagi mendapati peralatan itu tumbang dan dirosakkan. Tiang AES itu juga dipotong pada ketinggian 0.3 meter dari tapaknya.

"Kotak kamera dipecahkan dan beberapa komponen di dalamnya seperti kamera AES, komputer dan kotak memori juga hilang," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

KEADAAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang dirosakan manakala komponenmya turut dicuri dalam kejadian jam 7.12 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

Mohad Idris berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM250,000.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan kerosakan ini dilakukan oleh pihak yang sama berikutan modus operandi sama seperti kejadian pada 10 September lalu," katanya.

Beliau berkata, difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang juga pihak yang mengendalikan sistem AES terbabit, sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian berkenaan.

KEADAAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang dirosakan manakala komponenmya turut dicuri dalam kejadian jam 7.12 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohad Idris meminta saksi kejadian khususnya pengguna lebuh raya terbabit yang melihat kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan membuat laporan di balai polis berhampiran.

KEADAAN kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang dirosakan manakala komponenmya turut dicuri dalam kejadian jam 7.12 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 09:54 AM | Show all posts
Lantak lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:55 AM | Show all posts
spesis batak rosakkan kamera AES
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Johor lg..hrtu pon kat johor jugak kamera aes drosak n dicuri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 10:04 AM | Show all posts
pasang la cctv kat tiap tiang yang berdekatan dengan aes..
letak kat tengah antara highway tu..

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 10:20 AM | Show all posts
la       sape punya kerja     ni........ hahahaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2017 10:21 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-12-2017 10:04 AM
pasang la cctv kat tiap tiang yang berdekatan dengan aes..
letak kat tengah antara highway tu..

Rasenye kat hway memang ade banyak dah cctv.
Takkan tak dapat trace jugak.
Ker cctv pun dummy je?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 10:30 AM | Show all posts
kivio replied at 27-12-2017 10:21 AM
Rasenye kat hway memang ade banyak dah cctv.
Takkan tak dapat trace jugak.
Ker cctv pun dummy j ...

tak dummy tapi lebih untuk pantau lalulintas..
dan tak cover sepanjang highway kot..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 10:37 AM | Show all posts
kivio replied at 27-12-2017 10:21 AM
Rasenye kat hway memang ade banyak dah cctv.
Takkan tak dapat trace jugak.
Ker cctv pun dummy j ...

dia lalu jalan kampung tepi highway.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:11 AM | Show all posts
lantak laa...ilang terus lagi baik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:46 AM | Show all posts
Ye ke harga kamera Aes 250k...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:59 AM | Show all posts
mane2  saksi kejadian..xyah la report..nnt saman AES tetap sampai kat korang jgk..
pandai2 la dia siasat sendiri..
perkara ni membuktikan rakyat malaysia x sokong AES...
undang2 jalanraya Malaysia ni lebih kepada nak mencekik duit rakyat dari nak mendidik rakyat.
hansuang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 12:08 PM | Show all posts
horror nya perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 12:30 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 27-12-2017 10:04 AM
Johor lg..hrtu pon kat johor jugak kamera aes drosak n dicuri..

batak sakai sgtkah perangai leluhur jawa-buragis di sana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 27-12-2017 12:30 PM
batak sakai sgtkah perangai leluhur jawa-buragis di sana?

Me ogt cim hrtu pon jd kt johor jugak.. ini pon kt johor..haiyo
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 03:19 PM | Show all posts
sape la yang rosakkan benda ni
da la beli benda ni pakai duit rakyat
yang rosakkan pon rakyat jugak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 04:25 PM | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 27-12-2017 11:46 AM
Ye ke harga kamera Aes 250k...

Kagum dengar rege dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 04:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 04:30 PM | Show all posts
ORANG yang wat keje ni mesti sah2 kena rachun bunga chibai.... OL:
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nisako replied at 27-12-2017 10:20 AM
la       sape punya kerja     ni........ hahahaaaaaa

Jahanam je ganti baru, rosak je tukar.. tah ye tidak 250k sebijik. Masyuk ar bleh markup lebih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 305088 Replies : 7521
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 14130 Replies : 196
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9743 Replies : 55
Kena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysia  dapat tajaan Skechers penyokong kuat Israel
YgBenarKena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysi
Views : 4246 Replies : 10
Anaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
YgBenarAnaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pen
Views : 3385 Replies : 1
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11704 Replies : 93
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 31025 Replies : 170
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11504 Replies : 73
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 90255 Replies : 815
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 107017 Replies : 2932

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074061 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list