GEORGETOWN: Kira-kira 500 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, di sini, berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan.
Kumpulan penduduk termasuk warga emas mula berkumpul sejak awal pagi tadi, bagi menghalang jentera berat dan wakil pemaju masuk ke kampung memulakan kerja merobohkan 40 unit rumah.
Hari ini adalah tarikh terakhir mereka diminta mengosongkan kediaman masing-masing.
Perkembangan hari ini adalah kemuncak masalah yang berlarutan sejak sekian lama apabila tanah yang menempatkan kampung itu dibeli oleh individu untuk dibangunkan.
PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringghi berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju. - Foto Ramdzan Masiam
Bagaimanapun, penduduk membantah arahan berpindah kerana mendakwa mendiami kawasan itu sejak 1950-an tanpa gangguan.
Tinjauan BH sejak jam 8 pagi turut mendapati semua laluan masuk ke kampung dihadang menggunakan kenderaan dan konkrit selain penduduk turut berkumpul di setiap jalan berkenaan.
Wakil penduduk, Huzail Ismadi, 30, berkata ia adalah langkah terakhir mereka bagi mempertahankan kampung berkenaan yang sudah didiami sejak tiga generasi daripada diambil alih pemaju.
PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringghi berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju. - Foto Ramdzan Masiam
"Kami berkumpul hari ini bertujuan mempertahankan kampung dan meminta pemaju mengkaji semula tindakan mereka mahu mengambil alih kawasan ini.
"Sejak 67 tahun lalu, kami tidak berdepan masalah dan tiba-tiba ada pihak muncul mendakwa seluruh kawasan kampung sudah dijual. Ke mana kami nak pergi?" katanya.
Kira-kira 50 anggota polis dilihat berada di kawasan sekitar kampung bagi memastikan ketenteraman dan difahamkan penduduk dalam proses meminta wakil pemaju tampil berbincang.
tiada kepentingan pada pihak berkenaan , sbb tu tkde perbincangan.
cube kalu kes babi haram kt melaka masatu yg terbina sejak zmn merdeka, dgn satu tepon je ke MCA,
terus cancel operasi nk robohkn pusat ternak babi haram, dgn polis, FRU, jab. haiwan semua balik
Kesian pembeli itu tanah kena tipu oleh Lim Guan Eng. Dah gigih pinjam duit berjuta dari bank masih tak boleh bina apa lagi. Mesti buat pinjaman tambahan duit bank pulak lagi untuk bayar pampasan kepada penduduk
kenapa perlu bagi pampasan sedangkan diorang bina rumah di tanah kerajaan... kata la tu tanah ko dan diorang selamba bina rumah... bila ko nak majukan, ko suruh diorang keluar... pastu diorang suruh bayar pampasan... ko nak bayar ke sedangkan tu tanah ko...
kan.. nama pun tanah kerajaan..
boleh pulak kata mana boleh suka suka nak halau..
eh.. tanah bukan hak engkau kot..
lain la kalau tanah tu memang dia beli and ada dokumen kata tanah tu milik dia..
rumah/tanah kalau kita beli atas tittle leasehold pun lepas tempoh gomen boleh amik kalau dorang nak..
inikan pulak tanah takde apa-apa dokumen jual beli..
itu la pasal... pastu lagi nak demand pampasan... sendiri ceroboh tanak orang, pastu paksa orang bayar kerugian dia... dia tak fikir pulak tuan tanah tu rugi berapa banyak sebab orang guna tanah dia free of charge... belum lagi kena tanggung upah robohkan dan bersihkan tanah tu... banyak tau kerugian tuan tanah...
sikit2 pampasan... menceroboh pastu demand pampasan... ada sesetengah tu siap demand rumah lagi... sedapnya hidup cenggitu...