Edited by barfi at 4-8-2016 01:30 PM
Sejak mengumumkan beliau mempunyai kekasih baru, pelakon Fiza Halim tidak henti dihimpit pelbagai kontroversi. Malah, beliau didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya itu berantakan. ![](http://i2.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/fiza%201.1.jpg?w=584)
Terbaru, beberapa wanita telah bertindak “menyerang” akaun Instagram Fiza dan menghina beliau dengan pelbagai kata-kata kesat. Boleh kata agak teruk juga Fiza dihina oleh wanita-wanita berkenaan yan menuduh beliau sebagai perampas suami orang dan “setan bertudung”.
![](http://i1.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/fiza_1.jpg?w=584)
Fiza juga nampaknya ada memuat naik foto senarai penghinaan yang ditujukan kepada dirinya. Berikut antara cacian yang diterima oleh Fiza :- ![](http://i2.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/fiza%201.png?w=584) ![](http://i2.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/fiza%202.png?w=584)
Berbekalkan segala “screenshot” kecaman yang beliau terima, Fiza telah mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat laporan polis terhadap mereka. ![](http://i1.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/fiza%203.png?w=584)
Kalau dilihat, wanita –wanita itu sebenarnya adalah bekas pramugari. Hmmmph, macam-macam kecaman yang Fiza terima sejak beliau bercinta dengan kekasih juruterbangnya. Mungkinkah wanita-wanita yang menghina beliau kenal dengan bekas isteri kekasihnya? Kami pun tidak mahu komen lebih sebab tidak tahu cerita yang sebenar. Harapnya segala tuduhan mereka itu tidak betul.
-Beautifulnara
|