CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7150|Reply: 37

Lagi sikit mati dalam lift Setia City Mall!

[Copy link]
Post time 19-3-2016 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Kami Mungkin Boleh Mati Dalam Lif Setia City Mall!
6:59 PM

Saya pergi ke Setia City Mall bersama dengan kakak saya, Sarah Sarwina dan Ayden, anak saya yang berusia lima bulan.

Kami makan tengah di sebuah restoran, jalan-jalan cuci mata sebelum balik ke rumah. Dengan stroller Ayden yang besar gedabak, kami memilih untuk menggunakan lif untuk pergi ke tingkat bawah P1, kerana ia lebih selamat.

Sebaik saja kami memasuki lif, pintunya tutup dengan pelahan-lahan dan tiba-tiba pintu lif tertutup dengan kuat. "Bang!!"

Bunyi itu membuatkan kami terus panik! Lif jatuh ke bawah dengan pantas ke tingkat bawah sebelum naik ke atas semula dan kemudian jatuh ke bawah lagi.

Kami hanya berdoa saja pada ketika itu dan menekan butang bantuan. Malangnya tiada sebarang butang intercom.

Ketika itu saat yang menakutkan itu juga, tiada sebarang bantuan yang datang. Bila lif sampai ke tingkat bawah, pintu lif terbuka. Kami masih panik dan tidka pasti sama ada hendak lari keluar atau terus berada di dalam lif. Kami bimbang, jika kami keluar, pintu lif itu akan tutup secara mengejut seperti sebelum ini.

Ada seorang lelaki berdiri di depan lif, terus kami menjerit padanya yang lif ini rosak dan serta merta kami berlari keluar secepat mungkin dari lif yang jahat itu.

Di dalam kepala, tiada lagi memikirkan hal shopping dan lain-lain. Kami masih diselubungi rasa takut yang maksimum, bimbang dengan keselamatan Ayden dan diri kami. Ia boleh menjadi lebih teruk.

Saya pergi melaporkan kejadian itu kepada pihak Setia City Mall. Seorang kakitangan wanita hanya memberikan kami sekeping borang aduan untuk diisi. Tiada sebarang tawaran bantuan selepas kami mengalami kejadian yang menakutkan itu di pusat beli belah mereka.

"Nanti kami akan e-mel puan semula," katanya semudah itu sahaja?

Kami mungkin boleh mati dalam lif itu dan Ayden benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku meskipun masih berusia 5 bulan!

Kakitangan wanita itu juga pernah memberitahu kami bahawa perkara seperti itu pernah berlaku sebelum ini. Apa-apa pun, saya tidak akan kembali ke Setia City Mall lagi. Lebih malang lagi, pihak pengurusan pusat beli belah ini bersikap sambil lewa dan tidak mengambil serius akan kejadian yang menimpa pengunjungnya meskipun ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Anak kecil saya pula trauma dengan kejadian itu dan demam. Kami bawa ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan. Masih juga tiada sebarang maklumbalas dari pihak Setia City Mall mahupun sebarang permohonan maaf. Terima kasih Setia City Mall. - Izzati Amanina | PIXEL MEDIA

http://pixelperfext.blogspot.com ... alam-lif-setia.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2016 10:14 AM | Show all posts
abam @spiderman80    pernah kena telan lift?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately SCM banyak problems
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 19-3-2016 10:14 AM
abam @spiderman80    pernah kena telan lift?

Choi!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 10:18 AM | Show all posts

tanah area sana ada berlaku mendapan?  


SCM bakal ditelan bumi?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:19 AM | Show all posts
Acong replied at 19-3-2016 10:14 AM
abam @spiderman80    pernah kena telan lift?

dia mana penah guna lift,

dia sekeluarga bergayut je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhh lif di setia cuty mall ni..pernah juga ada pengalaman..masa tu dtg dgn kwn and anak dia skali umur dh 4tahun..elok2 pintu tu terbuka.budak kecik tu masuk dlu,,xsmpt kami masuk terus tertutup dgn pantas..punya gelabah parentnya..

Ayahnya siap berlari turun ikut tangga..maknya muka dh puvat lesi..mmg dgr anaknya dok menjerit dlm tu..nsib xlama lepas tu lif tu terbuka balik elok je...scary wooo..kt sini juga yg kes escalator berundur tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 19-3-2016 10:18 AM
tanah area sana ada berlaku mendapan?  



Certain area sana ada. Fasa pertama. Hihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pnh pegi skali jer..pastu rasa xberminat da nak gi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 19-3-2016 10:19 AM
dia mana penah guna lift,

dia sekeluarga bergayut je..

Spidey dan kesemua 198 ekor anak labah-labah jer pandai bergayut. Bini jer berjalan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenama apa ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 10:22 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 19-3-2016 10:19 AM
dia mana penah guna lift,

dia sekeluarga bergayut je..

https://www.facebook.com/memes/videos/1346759662008284/






Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihh.. Scary tul kalau tetiba lif turun pastu naik semula.
Ingat kt negara china je ada masalah lif gila mcm ni. Rupanya msia pun ado
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:32 AM | Show all posts
scary jugakan lift macamtu... saya memang kerap ke setia city mall..  hari rabu pergi memang ada 1 lift ditutup..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:32 AM | Show all posts
setia city mall ini kuala lumpur ke

maafkan dubb, dubb buta kuala lumpur

kuala lumpur ada bangunan raksasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 10:36 AM | Show all posts
dubuk replied at 19-3-2016 10:32 AM
setia city mall ini kuala lumpur ke

maafkan dubb, dubb buta kuala lumpur

shah alam      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi saman ler, untung untung dapat juta juta
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:48 AM | Show all posts

setia alam tu considered shah alam jugak ek? Ingat dia berdiri sendiri, buta geografi rupanya aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:48 AM | Show all posts
aku satu masa dulu pergila jugak situ jumpa kwn tiap2 minggu. Skg dah makin jauh mmg takla.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 19-3-2016 10:48 AM
setia alam tu considered shah alam jugak ek? Ingat dia berdiri sendiri, buta geografi rupanya aku  ...

Betul, MBSA
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.170010 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list